Biasanya bila kita melihat perkembangan anak-anak, kita akan lebih mudah memberi tumpuan kepada perkembangan fizikal memandangkan ia mudah dilihat. Contohnya seperti pertambahan berat atau pun ketinggian antara perubahan fizikal yang jelas kelihatan bermula selepas usia sebulan sehingga mencapai usia remaja.

Pun begitu daripada sudut perkembangan mental, kita kadang-kadang terlepas pandang.  Memahami berkenaan tanda-tanda pemikiran anak-anak kita berkembang dengan baik, Mohd Faish Salim berkongsi infonya.

Antara tanda anak yang ada “Growth Mindset”
Growth mindset adalah gaya pemikiran tanpa batasan yang sentiasa belajar dan cepat berkembang.

‘Growth Mindset’ Anak Pun Kena Pantau, Begini ‘Parenting Influencer’ Ni Kongsikan Untuk Mudahkan Ibu Ayah!

Ini tanda-tandanya :
1 – Dia suka bertanya
Setiap benda kalau boleh dia tahu. Pantang lalu depan mata, mesti dia nak tanya. Kenapa awan biru, rumput hijau. Bahkan sampai macam mana adik keluar dari perut mama tu pun dia tanya.
Anak yang ada growth mindset ni memang tinggi nafsu “belajar” dia. Jangan malas jawab soalannya ya, terbantut dia nak belajar nanti.

2 – Dia susah nak takut
Walau kita dah kata itu bahaya, tak boleh buat. Tetap dia nak buat juga. Bukan sebab dia tak tahu tu bahaya, tapi sebabnya dia tak “rasa” pengalaman tu lagi.
Anak begini dia kalau dah pasang azam nak tahu sesuatu perkara, dia akan buat juga. Larang la macam mana pun, kalau dapat peluang mesti dia buat juga.

‘Growth Mindset’ Anak Pun Kena Pantau, Begini ‘Parenting Influencer’ Ni Kongsikan Untuk Mudahkan Ibu Ayah!

Ads

3 – Dia suka experimen
Pantang nampak benda pelik atau baru sikit. Mesti di bedahnya nak tengok apa isi dalamnya. Yang selalu jadi mangsa ialah alat mainan dia sendiri.
Baru beli dah rosak. Bukan anak tu ganas tapi anak jenis yang suka “explore” benda-benda baru ni.
Kalau tak nak rosak kena la layan dia bedah dan experimen dengan cara yang betul supaya tak rosak.

4 – Dia tak boleh sabar
Selalunya anak yang ada growth mindset ni susah nak bersabar. Contohnya kalau dia dah tanya soalan, dia nak jawapan segera. Selagi tak dapat selagi tu dia duk tanya.
Lagi satu, kalau kita dah cakap awal dengan dia nak pergi bercuti. Setiap hari dia akan duk tanya, “bila nak pergi”
Dengan anak begini tak boleh cakap awal-awal sebab nanti otak dia tak boleh berhenti berfikir selagi dia tak pergi.

‘Growth Mindset’ Anak Pun Kena Pantau, Begini ‘Parenting Influencer’ Ni Kongsikan Untuk Mudahkan Ibu Ayah!
Photo by Kristin Brown on Unsplash

5 – Dia bijak dan kreatif
Hah habis periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan experimentasi dia. Semua benda dia nak main.

Anak begini senang nak bermain, apa sahaja yang ada di sekeliling dia boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul.
Tu yang tudung saji kadang jadi spaceship di baling sana sini konon terbang la. Sabar jela, huh!
Walau banyak keletah anak-anak, syukur alhamdulillah. Anak sihat fizikal dan paling utama sangat sihat mindanya.
Wallahu A’lam,

Sumber : Mohd Fhais Salim

Ads

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI