Kalau anda sudah bosan dengan grill rumah sedia ada atau inginkan konsep trendi seperti ini, bolehlah beralih kepada grill gunting. Grill gunting atau dikenali sebagai shophouse grille/collapsible grille adalah pintu besi stail 70-an vintage grill yang selalunya kita dapat lihat pengunaannya di kedai-kedai lama.
Grill Gunting Elok Pasang Di Tingkap & Sliding Door
Stail ini dapat memenuhi konsep moden mid-century dan industrial dalam rekaan rumah. Walaupun kadang-kadang perlu diletakkan grease atau WD40 pada ‘joint’ bagi memelihara kelancaran pintu ini namun grill ini tetap praktikal untuk kediaman. Bila pasang grill ini, tentu rumah anda automatik nampak unik dan lain dari yang lain.
LIMA sebab kenapa grill jenis ini sesuai untuk dipasang di rumah selain disukai oleh pemilik kediaman, ‘interior designer’ dan maker ialah:
🔥Pencuri susah nak pecah masuk (security)
🔥Bunyi agak kuat, jika sebarang pecah masuk boleh didengari dengan jelas.
🔥Jimat ruang, boleh di tolak ketepi.
🔥Lain dari yang lain. Sangat unik.
🔥Menepati konsep moden industri yang trendi.
Tak Ganggu Pandangan, Lebih Ciri Keselamatan
Berikut dikongsikan grill gunting di kediaman Puan Wawa Samad
Sumber: DejuAmon dan Instagram Wawa Samad
Cantas Pokok Cili Padi Sewaktu Tinggi Sejengkal, Rahsia Pucuk Naik Merimbun & Berbuah Lebat!
Berbudi kepada tanah banyak manfaatnya, dapat juga menjimatkan perbelanjaan membeli keperluan dapur. Yang baru nak mencuba tanam cili sendiri jom adamin kongsikan kaedah yang mudah tapi hasilnya sangat memuaskan.
Inilah yang dikongsikan oleh MieAtul Aniyah bagaimana untuk memastikan merimbun dan berbuah banyak.
Sedikit tip utk penanam pokok cili untuk bagi hasil yg maksimum. Teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal,daun dlm 7-8 helai.
Setiap cabang yg tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri utk membiak dan merimbun.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!
Biar apa jua panggilan baik mak, mama, ibu, bonda dan sebagainya, namun yang pasti mereka adalah insan yang cukup istimewa dan cukup berjasa kepada anak-anak. Sanggup berkorban menahan segala macam sakit dari saat mengandung selama sembilan bulan sehinggalah melahirkan.
Tidak terungkap dengan kata-kata pengorbanan mereka yang sanggup berkorban nyawa demi anak, kerana itu mereka terpilih sebagai insan yang dimuliakan di sisi Allah swt.
Namun apabila anak sudah besar dan dewasa, ada kalanya berlaku perselisihan faham atau tidak bersefahaman membuatkan ada yang berkecil hati. Bagi yang memiliki adik beradik ramai, pasti wujud perasaan yang merasakan ibu pilih kasih kononnya ibu lebih menyayangi adik-beradik lain selain daripada kita. Perasaan tersebut adakalanya membuatkan si anak mula menjauhkan diri seolah-olah merajuk dengan si ibu.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan hal ini. Di dalam video tersebut, Datuk Nurul Hidayah yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanyakan soalan kepada Ustazah Asni Abu Mansor sama ada anak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya.
Di dalam video berkenaan, ustazah mengatakan seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas apa yang dikorban dan dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.
“Anak-anak tiada hak untuk merajuk mahupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah.
“Apa pun yang mak kita buat, mereka tetap yang terbaik… tetap yang terbaik. Kamu pandai macam mana pun , ada PhD sampai empat ke, mak kita tetap betul. Walaupun apa yang dia cakap tu fakta dia salah mengalah je lah.
“Andai kita bina istana pun untuk mak, andai hadiahkan dua kilo, lima kilo emas, andai kita gendong dia untuk tawaf umrah dan haji, andai kita minum air rendaman kakinya, belum tentu dapat balas jasanya yang mengeluarkan kita dari gelap rahim pada terang dunia ini.
“Ibu itu makhluk yang Allah muliakan… Kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya. Atas sebab itu, kita tiada hak untuk merajuk kepada mereka. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka.
Dalam pada itu, ustazah juga memberitahu bahawa doa seorang ibu adalah amat penting untuk seorang anak, kerana doa ibu terus sampai kepada Yang Maha Esa tanpa hijab.
“Pohonlah rahmat kerana pada dua tangannya ada tangan keramat yang boleh mendoakan kita. Doanya tiada hijab terus sampai kepada Allah. Kita tak tahu waktu kita sedang lena tidur, ibu kita bangun Ya Allah, kasihani anakku, rahmati hidupnya, bahagiakan dia Ya Allah.
“Beruntung lah orang yang masih punya ibu yang dapat doa ibunya. Sebab itu kalau masih ada ibu, junjunglah dia, letakkan dia ditempat mulia.Anadai ada ibu mentua, junjunglah dia dan letakkan dia di tempat mulia ,”ujarnya lagi.
Ustazah ini juga memperingatkan anak-anak untuk memuliakan ibu masing-masing, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan ibu susuannya, Halimatul Saadiah.
“Hatta Rasullah SAW dapat jumpa ibu susuannya, dibuka serban, dihamparkan dan meminta Halimatul Saadiah duduk di atas serbannya. Kata Saidina Abu Bakar, aku tidak pernah cemburu pada orang melainkan kepada Halimatul Saadiah kerana dapat duduk serban Nabi SAW. Bak kata ustaz, itu ibu susu, kalau Rasul ada ibu kandung…,”kata Ustaz lagi yang membuatkan kebanyakan hadirin dilihat mengalirkan air mata.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda tontonilah video di bawah ini. Video ini dipetik daripada salah satu program di kaca televisyen yang dikongsikan oleh irine_nadia menerusi instagramnya.
Semoga ia bermanfaat buat anak-anak sekalian dalam menghormati dan menyayangi insan mulia bernama ibu.
Sedia tisu siap-siap?
Rata-rata yang menonton melahirkan rasa terharu dan sebak dengan perkongsian tersebut.
Sangat menyentuh hati
aisha_rosli @nrliyanarosli pagi2 dah sebak ? moga Allah sentiasa melindungi dan menjaga ibu bapaku…
alonglyana Terima lasih ustazah.. Sgt menyentuh hati & memberi kesan?
atenxzhariahh_ @atilia.tajryyy . La, tlg record sent kat aku video ni. Sedihnya. Rasa berdosa dgn mak. Kita byk kali merajuk dgn mak. ?
mimilondo001 X boleh tahan,mmg nak tisu.huhuhuu
yang ada mak jaga elok-elok
ezrayu87 Apa yg salah kene perbetulkan tapiiiii dengan yang paling berhikmah dan penuh kelembutan. Bukan mengiyakan wlupun terang2 salah.
trudolly.kotasamarahan X sanggup tgk sampei hbs mst yes mengaku kdg2 merajuk dgn mak. Skrg mak dah xda, xda tmpt nak merajuk lagi dah
Doa tiada hijab
pierahimcantik Yang ada mak…jaga mak elok2 ..kasihi mereka…doa mereka Tak Ada hijab.Apa ustazah kata mmg betul…disaat kita lena mak akan bangun solat malam ..berdoa utk kita.beruntung kalian yg ada ibu. Akak sudah x ada mak sejak 43 tahun yg lalu…rasa rindu…semua rasa ada tapi apa akak buat…layan adik arwah mak ….saudara Mara mak..sebAb itu sahaja yang boleh akak alirkan pahala utknya selain. Sedekah amal jariah
mua_assalleh Allahu? beruntunglah yang masih punya emak. Masih dibekalkan doa yang tiada hijap?
Sesungguhnya, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sayangilah ibu kita semua selagi berpeluang melakukannya. Bagi yang sudah tiada lagi ibu, sedekahkanlah doa untuknya di alam sana.
Sumber: IG irine_nadia
Hati Memang Sakit, Tapi Bukan Terus Serang. Begini Cara Isteri Bijak Berdepan Pasangan Curang
Kisah pergolakan rumah tangga pasangan Ude dan isterinya Intan Liyana menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat. Rata-rata mengecam dan mencerca keputusan Ude yang juga suami kepada pelakon Izreen Azmindar kerana mahu menceraikan Intan.
Mengetahui pasangan berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka dan rasa tertipu bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan.
Tapi isteri yang bijak tidak akan emosi terus menyerang suami atau ‘skandal’. Meski hati panas tapi mereka tenang dan akan melakukan perkara ini. Berikut beberapa tip untuk panduan dalam berdepan dengan pasangan yang curang:
1. Kawal emosi dan belajar terima hakikat
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Apa yang paling utama, jangan terlalu ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.
2. Tidak menyalahkan diri sendiri
Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca daripada anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.
3. Mencari sokongan daripada orang yang boleh dipercayai
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang kecurangan pasangan. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.
Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam. Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Selain itu, boleh juga dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa, kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.
4. Pertimbangkan pilihan secara rasional
Kecurangan pasangan sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah. Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram.
Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.
5. Cinta pada Ilahi
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada Ilahi bukan pada manusia semata-mata. Perbanyakan mendekatkan diri pada tuhan, sentiasa berfikiran positif dan berusaha memaafkan pasangan dengan ikhlas. Meskipun rasa sukar, anggaplah kecurangan pasangan itu sebagai salah satu ujian dan gerhana di dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali.