Selepas mengumumkan bakal bernikah pada 11 Januari depan, ramai yang patah hati bila mana, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal mendirikan rumah tangga bersama suri hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.
Si cantik manis, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam, satu-satunya wanita yang berjaya menambat hati putera kegilaan ramai itu juga rupanya bukan gadis biasa-biasa.
Ramai yang mula tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang menjadi pilihan hati putera kesayangan semua ini.
Berikut merupakan trivia mengenai bakal isteri Putera Mateen iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.
* Beliau merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunie iaitu Pehin Datuk Isa.
* Dayang Anisha juga merupakan graduan dari sebuah universiti di England.
Ads
* Turut dikenali dengan nama Anisha Isa Kalebic.
* Dayang Anisha mempunyai perniagaan berkaitan fesyen dikenali sebagai Silk Collective.
* Suri cantik manis ini turut memulakan perniagaan pelancongan bernama Authentirary bersama rakan baiknya.
* Abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat baik Putera Mateen.
Ads
* Instagram Dayang Anisha ditetapkan dalam mode privasi dan hanya boleh diakses mereka yang terdekat dengannya.
* Khabar angin tentang hubungan cinta Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula bertebaran sejak tahun 2018.
* Foto bersama Putera Mateen yang menghadiri sebuah acara pernah tular sebelum ini.
* Fanpage Dayang Anisha turut diwujudkan oleh peminat di Instagram dan Tik Tok sejak hubungannya dengan Putera Mateen diketahui umum.
Ads
Terdahulu, pihak istana kerajaan Brunei mengumumkan Putera Mateen, anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassananl Bolkiah bakal bernikah pada 11 Januari 2024.
Istiada Perkahwinan Diraja itu bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuluh Diraja pada 7 Januari diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.
Seterusnya Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pula bakal diadakan pada 11 Januari. Acara kemuncak adalah Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.
Tahun 2018 pastinya menjadi Syawal paling sempurna buat pelawak Achey dan isterinya dengan kehadiran si comel, rezeki yang tak terduga bagi pasangan ini.
Menerusi instagram peribadinya Achey berkongsi berita gembira ini dengan memuat naik gambar anaknya yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Setelah 8 tahun bersama ternyata Allah mengurniakan rezeki kebahagiaan buat pasangan ini.
“Assalamualaikum ,Bismillah…alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara…setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata..namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6… anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu…”
“NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan… @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm … di HKL….selama hampir sebulan kami berada di kg… terutama @anne_achey… ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? … jawapannya menjaga tiara dalam pantang?????….. tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 yang hebat… yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata..??…kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial … semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya….RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!..,” tulisnya.
Semoga kehadiran Nur Tiara menjadi pelengkap kebahagian buat Achey dan isteri. Pastinya Syawal ini menjadi Syawal paling bermakna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak masak apa untuk makan malam nanti, mungkin resipi simple tapi menyelerakan ini menggamit selera seisi keluarga. Jom cuba! Ehhh peminat ikan siakap, jomlah masak cara lain pulak. Asyik siakap stim limau jer kan?
Aku dah repeat banyak kali menu ni. Layan baqhang. So semalam aku singgah kedai Aceh beli siakap dengan sedikit bahan lain untuk masak tengah hari ni.
Modal tak sampai RM12 pun.
Aku dah pernah share sebelum ni, bagi yang terlepas dan yang belum pernah rasa, jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah
ni.
Mudah sangat aihhh. Bahan-bahan untuk projek hari ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan. 3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
7. Siap dan hidangkan. Oihh mudah kemain kan?
Korang cubalah. #ResepiSuperDaddy #SiakapSteamChineseStyle
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam kehidupan seharian, pasti ada pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Melihatkan kehidupan orang lain yang serba mewah dan bahagia, terdetik di hati rasa iri hati dan cemburu kenapa kita tidak sedemikian rupa.
Namun percayalah, setiap orang miliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bahagia bukan tercipta dengan kemewahan atau pangkat semata-mata. Jauhi penyakit hati seperti dendam, iri hati dan hasad dengki. Apabila penyakit ini menguasai diri, hati akan rasa tidak tenteram. Maka jagalah hati. Perkongsian dari Hajjah Rohana Saad ini cukup bermanfaat untuk renungan kita bersama.
SEMAKIN KAU IRI DAN DENGKI..
SEMAKIN ALLAH TARIK KAU PUNYA REZEKI
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.
Melihat pencapaian orang lain?. Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini. Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!.
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki. Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membunuh kau perlahan.
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri..jadi bersyukurlah. Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penat kaum ibu masak untuk bersahur, berbuka puasa untuk keluarga, pahala menanti. Waktu inilah mak-mak jadi 'wira' yang tak disanjung tapi tetap jadi tulang belakang seluruh keluarga.