Graduan berpendidikan tinggi, 1.95 juta kerja tak setara kelayakan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran meningkat 1.4 peratus kepada 1.95 juta orang pada suku ketiga 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Graduan Berpendidikan Tinggi
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata perangkaan itu menggambarkan bahawa lebih satu pertiga penduduk bekerja berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir atau berkemahiran rendah.
Walau bagaimanapun, beliau berkata momentum pasaran buruh Malaysia secara keseluruhan bertambah baik pada suku ketiga berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.
Katanya, keadaan ini selari dengan jangkaan perkembangan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan 4.8 peratus hingga 5.3 peratus pada 2024.
“Prestasi ini disokong oleh aktiviti pelaburan yang teguh, permintaan domestik yang berdaya tahan dan pemulihan dalam eksport barangan dan perkhidmatan.
“Pelaksanaan inisiatif seperti sistem imbuhan perkhidmatan awam baharu dan model gaji progresif juga dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ads
1.95 Juta Kerja Tak Setara Kelayakan
Kadar penyertaan tenaga buruh mencapai 70.5 peratus pada suku ketiga 2024, berbanding 70.1 peratus pada suku sama 2023.
Bilangan tenaga buruh meningkat sebanyak 2.6 peratus kepada 17.26 juta orang, dengan peningkatan 2.9 peratus penduduk bekerja kepada 16.72 juta orang.
Sementara itu, kadar pengangguran yang lebih rendah dicatatkan iaitu 3.2 peratus, turun daripada 3.3 peratus yang direkodkan dalam tiga suku berturut-turut sebelumnya.
Mohd Uzir berkata, permintaan buruh di Malaysia mencecah paras tertinggi sejak 2018, dengan mencatatkan 9.01 juta jawatan dalam sektor swasta dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.2 peratus.
Daripada jumlah ini, katanya 97.9 peratus (8.82 juta jawatan) adalah jawatan disi, manakala 2.1 peratus (191,800) adalah kekosongan jawatan, terutamanya dalam sektor pembuatan yang menyumbang 56.9 peratus (109,100) daripada jumlah kekosongan.
Walau bagaimanapun, katanya bilangan jawatan yang diwujudkan menurun sedikit sebanyak 0.6 peratus tahun ke tahun, merekodkan 31,800 jawatan pada suku ketiga 2024.
Ads
“Pasaran buruh Malaysia terus berkembang pada suku ketiga 2024 apabila kedua-dua penawaran buruh dan permintaan buruh bertambah baik, mencerminkan prestasi ekonomi negara yang kukuh disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pengembangan berterusan dalam eksport negara.
“Penambahbaikan dalam aktiviti perniagaan ini dijangka menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan peluang pendapatan.
“Seterusnya, pasaran buruh dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan yang stabil pada suku akan datang,” katanya.
Lima sekeluarga hilang, sepasang suami isteri dan tiga anak gagal dihubungi. Kegagalan seorang pesara guru bertanya khabar cucunya pada Sabtu lalu membuatkan warga emas itu berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Lima Sekeluarga Hilang, Sepasang Suami Isteri Dan Tiga Anak Gagal Dihubungi
Amir Hamzah Nordin, 65, berkata, dia yang tidak dapat menghubungi anak sulung dan menantunya kemudian meminta anak bongsunya yang belajar di Shah Alam melihat keadaan keluarga tersebut.
Katanya, dia terkejut apabila anak bongsunya memaklumkan kakaknya, Anis Huda, 37, bersama suaminya, Nik Muhammad Ersyad Afifi Tajuddin, 37, serta tiga anak mereka tiada di rumah.
“Biasanya saya menghubungi cucu-cucu setiap hari. Tidak pernah panggilan telefon tidak dijawab. Kali ini saya rasa bimbang kerana mereka lima beranak tidak dapat dihubungi.
“Saya dan isteri bergegas ke Shah Alam dan kemudiannya ke rumah anak kedua di Cyberjaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut lelaki itu, susulan kejadian tersebut anak bongsunya membuat laporan polis di Klang, manakala satu lagi laporan dibuat di Cyberjaya atas nasihat pihak berkuasa.
Bercerita lanjut, warga emas itu berkata, pada Jumaat lalu, anak, menantu serta tiga cucunya pergi ke rumah anak keduanya di Cyberjaya.
Bagaimanapun lima beranak itu tidak pulang ke rumah mereka di Shah Alam selain tidak dapat dihubungi sehingga malam semalam.
“Saya harap mereka lima beranak dapat ditemui dalam masa terdekat. Saya rasa dia akan pulang ke rumah, sebelum ini dia dan keluarga kerap berkhemah bersama keluarga,” katanya.
Media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lima beranak selepas kali terakhir mereka dilihat pada malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri berusia 37 tahun serta tiga anak berusia lima, lapan dan 10 tahun.
Menerusi sebuah video di akaun TikTok, pelakon Datin Intan Najuwa atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkongsi cara sebutan yang betul bagi nama puteri sulungnya, Imane Lunara.
Dalam perkongsian tersebut, Intan juga mendedahkan maksud di sebalik nama indah yang diberikan kepada anaknya.
“Kalau tengok sebutan macam Imani tapi sebenarnya Imane.
“Maksud Iman itu beriman. Lunara adalah bunga.
Dia ada dua maksud, kalau Luna maksudnya bulan.
“Kalau panggil Luna ada maksud panggil Lunara pun ada maksud. Semua ada maksud,” ujarnya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen mengenai cara sebut nama nama Datin Intan
“Betul la selama ni aku sebut nama anak dia Iman.
“Ohhh so sebutnye Imeni lunara . I tot Imani rupanya kene sbut Imeni. Cutieer
“Nasib baik dia bg tau…kalau x netizen x tau
“Tapi nama tu cantik.”
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf, pada 18 Ogos 2023.
Pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.
Seorang pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM4 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang dipromosikan di Facebook.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor telah menerima laporan polis mengenai kes tersebut di Petaling Jaya.
Memetik laporan Sinar Harian, wanita berusia 73 tahun itu telah berminat untuk menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi antara lapan hingga 10 peratus sehari.
“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang dikendalikan individu bernama Alya dan Christopher,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Seterusnya, Hussein berkata, mangsa telah diminta membuat bayaran ke dalam 10 akaun bank berbeza menerusi 62 transaksi berjumlah RM4 juta.
“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan,” katanya.
Menurutnya, mangsa berasa tertipu dan tampil membuat laporan dan polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap mana-mana tawaran berkaitan pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.
“Sebarang panggilan atau tawaran mencurigakan boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk semakan, nasihat atau aduan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.