Gorengan Paru Lembut & Rangup. Barulah Senang Nak Makan! Ni Tipnya.

Share

Walaupun Hari Raya Korban sudah seminggu berlalu, tentu ada yang masih berbaki agihan korban.

Andai kata ada yang mendapat paru lembu dan bolehlah mencuba menu Paru Goreng Berempah.

Menyediakannya cukup ringkas dan apa yang penting untuk pastikan paru tidak liat digigit ada petuanya.

Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian daripada Azlin Safena Azihar ini.

RAHSIA: Paru Goreng Rempah yang lembut sesangat dan ranggup

Cara nak buang bau hanyir – Rendam  dengan limau nipis sekejap.

Cara nak lembut kan paru
a) Masukkan air dan paru dalam periuk
b) Masukkan garam, kunyit dan asam keping
c) Masak bahan-bahan tersebut selama 20 minit

Setelah tu potong nipis-nipis tau.

Cara goreng paru
a) Jintan manis, jintan putih dan ketumbar di tumbuk. Setelah tu, digaul bersama paru.


b) Masukkan garam dan kunyit sekali tau.


c) Setelah minyak panas di kuali, masukkan paru.
d) Ni penting, masukkan ASAM KEPING di dalam kuali tu.

Ok, paru sedia di makan. Percaya lah memang ranggup dan lembut je.

Share tau untuk manfaat bersama.

Sumber : Azlin Safena Azihar