Jeruk Mangga Rangup Tak Pakai Kapur & Bahan Pengawet. Ibu Boleh Cuba Ni!
Memang tidak dapat disangkal betapa sedap dan nikmat rasaya ketika menggigit jeruk mangga yang rangup. Ditambah pula dengan rasanya yang masam manis membuatkan sesiapapun boleh kecur liur. Malah bukan suatu yang pelik, hanya dengan melihat gambar jeruk mangga sekali pun, sudah boleh membuatkan ada yang terasa teringin dan mengidam.
Andai teringin untuk mencuba menyediakan menu ini ada baiknya teliti perkongsian daripada Zaily ini. Apa yang menariknya, resipi ini tidak menggunakan kapur dan bahan pengawet, pun begitu jeruk kekal rangup dan sedap rasanya.
Bila anda pakar menyediakannya, bolehlah jadikan antara menu istimewa di hari lebaran nanti bagi merai kunjungan sanak saudara dan teman-teman.
“Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup & tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap & tidak mengecewakan. Resepi ni mak sy yang ajar, Terima kasih mak resepi mak semua terbaik!”-Zaily Akhma
Bahan-bahan:
6 biji mangga muda
2 genggam garam
1/2 botol cuka
400gm gula
Cara Buat :
- Buang kulit dan basuh bersih. Kemudian potong mengikut citarasa masing2, sy suka panjang2 macamni
2. Masukkan air paip(air bertapis),separas buah.
Anak Perempuan Datang Haid Kali Pertama? lelaki Ni Pesan Apa Yang Patut Seorang Ayah Buat Bila Anak Akil Baligh
Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Wanita Ni Kongsi 30 Hidangan Masakan Yang Simple Tapi Sedap! Confirm Jadi Menu Berbuka Puasa Dan Sahur!
Tak sampai seminggu ramai ada yang mengeluh dah tak ada idea nak masak apa hari ini untuk menu berbuka puasa atau bersahur.
Bila idea nak masak tak ada tentu hilang semangat untuk memasak. Mood ke laut, betul tak? Sudahnya, panjang je kaki melangkah nak ke Bazar Ramadan atau berbuka di luar bersama keluarga.
Menarik dengan perkongsian ini, Puan Nora Azni menyediakan 30 hari menu yang boleh menjadi sumber inspirasi. Bagi yang belum ada idea nak masak apa di bulan Ramadan ni, apa kata cuba menu mudah dan ringkas ni. Confrim hari-hari masak!
___________________________
– Sambal sotong petai
– Ulam dan budu
– Telur dadar
– Sayur kobis tumis
– petai jeruk dan sambal biase.
Resepi gulai kari ikan tongkol*
– Ikan tongkol sederhana besar sekor( rebus sikit dengan air, asam keping dan garam)
– 2 sudu rempah kari ikan tambah air sikit buat pes (takde jenama, sebab saya beli yang timbang dekat klate)
– 1 sudu besar cili kering kisar
– 4 ulas bawang merah kecil ( dimayang atau hiris halus)
– 3 ulas bawang putih(dimayang)
– Sedikit halia (dimayang)
– 1 sudu besar halba campur
– 2 keping asam keping
– 2 tangkai daun kari (optional)
– Santan kotak kecik
– Air putih
– Garam dan serbuk aji
– Mula-mula rebus ikan dulu dengan air, garam dan asam keping. (lepas tu asing kan ambik ikan je)
– Panaskan minyak untuk menumis, masukkan halba campur dengan daun kari.
– Dah naik bau halba campur tu, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis sampai naik bau, garing2 sikit.
– Lepas tu, tambahkan 1 sudu besar cili kering kisar, dan jugak serbuk kari ikan.
– Masak sampai pecah minyak dan betol-betol masak.
– Kemudian, masukkan asam keping, ikan, sayur bendi, santan dan sedikit air.
– Tengok kepekatan kuah, kalau nak pekat bubuh santan lagi, kalau nak cair sikit tambah air.
– Tambah garam dan serbuk perasa.
– Kena selalu senduk-sendukkan kuah. Tak nak santan pecah.
Dah mendidih boleh tutup api.. Siap
Resepi sambal *
Cili padi, cuka dan garam.
Boleh tumbuk atau blend.
– Sup ayam dan kentang
– ulam dan air asam
Resepi ikan tilapia@talapia bakar sambal
Bahan-bahan kat bawah ni blend.
* 7 tangkai cili kering (rendam dulu dengan air panas)
* 3 biji bawang merah kecil
* 2 ulas bawang putih
* Setengah sudu teh belacan
* 2 batang serai
– 1 sudu teh kicap manis
– Dah siap blend, tumis sambal dengan minyak sampai masak. Jangan lupa tambah garam dan sedikit gula.(ok dah siap part sambal)
– Ikan tilapia pulak korang bersih kan, kelar-kelar sikit supaya senang masak nanti, rendam dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan. ( uols boleh guna ikan siakap, ikan bawal, ikan kembung atau apa saja ikan)
– Nak bakar guna dapur arang atau oven ikut uols la ye, mama ade pemanggang ajaib je. Sebelum bakar lapik pemanggang dengan daun pisang atau daun kunyit. Mama guna aluminium foil sahaje.
– lumurkan ikan dengan sambal tadi. Letak ikan dalam pemanggang yang telah dilapik dengan aluminium foil. Balik-balik kan ikan supaya mudah masak. Sambil tu lumurkan jugak ikan dengan sambal. (bakar lah sampai masak)
Resepi air asam mudah tapi sedap:
*Asam jawa
*Belacan bakar
*Tomato
*Cili padi
*Bawang merah(cincang)
Mama gaul je sekali, ramas-ramas sikit, Pakai sarung tangan plastik takut pijar jari.
– Singgang ikan tongkol
– sambal cili kering dengan petai
– budu bawang
Dekat bawah ada 2 resepi
– Ikan tongkol (basuh bersih rendam limau dah asam keping bg hilang hanyir)
– 4 keping asam keping
– 1 biji bawang merah besar (hiris)
– 2 ulas bawang putih (hiris)
– Cili padi (tak payah potong)
– 3 keping hirisan lengkuas
– Sayur bendi
– Garam dan serbuk aji
– Masak air dulu atas dapur, ikut la nak banyak mane. Masukkan asam keping, lengkuas bawang merah dan bawang putih.
– Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan ikan, sayur bendi dan cili padi.
Last sekali perasakan dengan garam dan serbuk aji.
Resepi sambal cili kering dan petai.
– 15 tangkai cili kering (rendam air panas dan kisar)
– 4 ulas bawang merah kecik (kisar)
– 3 ulas bawang merah (kisar)
– sedikit belacan (kisar)
– petai (ambik isi je)
– 1 sudu kecil asam pes asam jawa
– Garam, gula dan sedikit aji.
– Kisar sekaligus cili kering, bawang merah bawang putih dan belacan.
– Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan kisar.
– Tumis sampai naik bau, pecah minyak dan cili betol-betol masak.
– Tambahkan sedikit asam jawa, garam, gula, dan serbuk aji.
– Last sekali masukkan petai.
– Kacau-kacau sampai masak.
Untuk sambal petai udang atau sotong pon boleh guna resepi sambal ni.
– Ayam goreng kunyit
– sambal terung
– Ulam dan sambal
Sambal terung ikan bilis
– Terung (potong belah 4)
– 20 ekor ikan bilis goreng garing(ketepikan)
– 3 sudu besar cili kering kisar
– 2 ulas bawang merah kecil (tumbuk)
– 2 ulas bawang putih (tumbuk)
– sedikit belacan ( tumbuk)
– Garam dan serbuk perasa
– Mula-mula goreng terung. Toskan minyak.
– Guna minyak lebihan goreng terung tadi untuk menumis. Tumiskan bahan yang di tumbuk sehingga naik bau dan garing.
– Tambah 3 sudu besar cili kisar. Masak sampai samb pecah minyak dan betol-betol masak.
– Lepas tu, masukkan ikan bilis yang dah digoreng, terung, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaulkan sampai terung bersalut elok. Siap.
– kangkung goreng biase
– telur masin, ulam petai dan budu.
– talapian goreng garing
– telur masin, ulam terung bulat dan salad
– sambal belacan dan sambal kicap mudah.
– Sup kobis, tauhu telur dan suhun
– ulam bendi celur dengan kacang panjang
– Sambal kicap
Sambal kicap*
Kicap manis, cili padi, bawang merah, tomato, asam limau nipis.
Cili padi, tomato dan bawang merah potong kecik2. Campur dengan kicap manis dan perah asam limau nipis.
– Daging goreng kunyit
– Telur dadar
– Ulam timun dan budu tempoyak pedas.
Cara buat sambal tempoyak.
Tumbuk cili padi, gaul dengan tempoyak dan tambah sedikit garam.
– Ayam goreng
– ulam timun dan sambal belacan kering.
Gulai lemak siput sedut kelate style*
Bahan-bahan :
– 1 kg Siput sedut (potong bahagian hujung siput, rendam bersama asam keping) basuh bersih sampai hilang semua kotoran.
– 2 batang serai (di ketuk)
– Santan pekat kotak kecil(dicampur dengan 1 gelas air)
– Daun kesum
– 2 keping asam keping@gelugor
– Garam secukup rasa
Bahan kisar :
– 3 ulas bawang putih*
– 3 ulas bawang merah*
– 10 biji cili padi hijau@merah*
– Kunyit hidup@kunyit serbuk*
– sebesar ibu jari lengkuas*
Cara-cara:
– Kisar bahan-bahan yang bertanda * bersama sedikit air.
– Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama serai.
– Kemudian tambahkan asam keping dan siput sedut. (kacau-kacau biar sebati)
– Masukkan santan,garam dan daun kesum.
– Agak-agak kuah dah mendidih masak elok, boleh tutup api dan hidang.
Gulai lemak siput ni, kuah pekat lagi sedap rase dia.
– sambal telur rebus
– sambal hitam dan ulam
Sambal telur rebus*
Bahan – bahannye
– Telur ( rebus)
– 10 tangkai cili kering ( rebus dah dikisar)
– 2 biji bawang merah besar ( potong bulat)
– 2 ulas bawang putih ( cincang halus)
– 1/2 sudu teh pes asam jawa
– Garam
– Gula
– Minyak masak
Cara – caranye
– Kupaskan telur yang telah direbus dan digoreng.
– Panaskan minyak, (guna minyak goreng telur tadi) tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
– Tambah kan cili kering kisar.. Masak sehingga pecah minyak atau sambal betol – betol masak.
– kemudian tambahkan sedikit pes asam jawa, garam dan sedikit gula.
– Last sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng.. Kacau sebati.
– Dan siap..
Selamat mencuba ye.
Last sekali nak tambah bawang besar pon boleh.. Mama guna ape yang ade kt rumah je.
– telur dadar
– sayur lemak suhun kobis dan fucuk
Ulam timun
– colek ikan
Colek ikan*
Bawang merah dan bawang putih bakar.
(cuci, buang kulit)
Tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih bakar, tambah cuka, gula dan garam. Siap
– Sayur air petola dengan fucuk
– ayam sambal cili padi
– ikan masin goreng, petai jeruk dangan budu bawang.
– ikan masin goreng dan sambal belacan
– sayur kacang goreng telur
Kacang panjang goreng
– Seikat kacang panjang (satu hidangan)
– Sebijik telur
– 2 ulas bawang merah kecik
– 2 ulas bawang putih
– Cili padi
– Kicap manis (optional)
– garam dan minyak masak
Cara – caranye
– Kacang panjang dipotong serong atau potong biase.. ( Basuh dan toskan)
– Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
– Kemudian masukkan kacang panjang.
– Tambahkan garam dan kicap manis
– ikan masin goreng
– telur dadar dan ulam timun, jering muda
– ayam goreng
– sayur kangkung goreng
– ulam timun, sambal belacan kering
Sayur kangkung goreng belacan mudah
Bahan – bahan
– Sayur kangkung seikat (potong, bersih dan toskan)
– 3 ulas bawang merah (tumbuk)
– 2 ulas bawang putih (tumbuk)
– 6 biji cili padi (tumbuk)
– Beberapa ekor ikan bilis (tumbuk)
– Sedikit belacan (tumbuk)
– Garam dan minyak masak
Cara – cara nye
– Panaskan minyak untuk menumis.
– Masukkan bahan yang telah ditumbuk, tumis sehingga masak.
– kemudian masukkan sayur kangkung yang telah dibersihkan dan kacau – kacau sehingga sayur kelayuan ( dah layu maksudnye)
– Kemudian tambahkan garam secukup rase..
– Dan siap.. Senang kan
– ikan singgang
– celur pucuk beko, budu dan petai jeruk
Sambal ayam cili padi
– Setengah ekor ayam ( gaul garam kunyit dan digoreng)
– 4 biji cili hijau besar*
– 5 biji cili padi hijau* (guna yang tak berapa pedas)
– 3 biji cili padi merah*
– 4 ulas bawang merah*
– 3 ulas bawang putih*
– Sedikit belacan*
– Sebijik bawang besar(potong bulat)
– Garam dan gula
– Sedikit minyak untuk menumis
(kisar kasar dulu bahan yang bertanda *) kalau rajin sangat, nak tumbuk pon boleh.
Cara masak :
– Goreng ayam dulu ye. Ketepikan.
– Guna minyak lebihan goreng ayam tadi, kalau banyak asing la sikit.
– Tumiskan bahan yang bertanda*. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak( atau cili nya masak elok)
– Tambahkan sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
– Kemudian tambahkan bawang besar yang dah dipotong bulat.
– Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau biar sambal bersalut elok dengan ayam. Siap dah. Mudah je kan.
Resepi sambal ketuk*
Goreng cili padi, tomato, ikan bilis, belacan, bawang merah dan bawang putih.
Dah layu semua, tumbuk. Jangan lumat sangat.. Last tambah gula dan garam.
Asam pedas ikan mudah cara mama
– 4 ekor ikan kerisi
– 5 biji sayur bendi
– Sebijik tomato(belah 4)
– Asam keping(boleh guna asam jawa)
– Daun kesum*
– 10 tangkai cili kering*
– 2 batang serai*
– 3 ulas bawang merah*
– 3 ulas bawang putih*
– Sedikit belacan*
– Garam
– Gula
– Serbuk perasa
Kisar dulu bahan yang bertanda *. Serai tu 1 diketuk dan 1 lagi dikisar. Daun kesum kisar sekali jugak, dalam 5-6 helai. Selebih nye letak masa masak.
Cara – cara nya:
– Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan serai yang diketuk. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar.
– Masak sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak. ( baru asam pedas tahan 2 ke 3 hari)
– Bila sambal dah masak helokk, masukkan ikan, sayur bendi dan asam keping. ( kalau nak guna asam jawa pon boleh)balik-balik kan ikan.
– Tambahkan air untuk kuah. (optional ye)
– Boleh masukkan gula, garam dan sedikit serbuk perasa.
– Last sekali tambahkan daun kesum dan tomato.
Resepi gulai lemak udang cili padi versi mama.
Bahan-bahan :
– Setengah kilo udang(bersihkan, buang urat kotor)
– Sekotak santan (nak guna santan perah pon boleh)
– Sayur kacang panjang(nak letak sayur lain pon boleh)
– 2 batang serai*(1 kisar, 1 lagi ketuk)
– Kunyit hidup*
– 3 ulas bawang merah*
– 2 ulas bawang putih*
– 5 biji cili padi*
– Asam keping
– Garam
Cara-cara :
– Kisar semua bahan yang bertanda*( 1 batang serai diketuk)
– Panaskan kuali, masukkan bahan yang dah dikisar. Masukkan sekali serai yang diketuk.
– Masak sekejap ye, agak-agak macam nak kering.
– Masukkan udang dan asam keping.
– Kacau-kacau ye. Tambahkan sedikit air. Biarkan sekejap. Boleh tutup dengan penutup.
– Bila udang dah nampak kuning sikit. Masukkan santan dan kacau supaya tak pecah minyak. Lebih senang kalau kecilkan api dan kacau sampai masak.
– Masukkan juga sayur kacang dan sedikit garam.
Terung belada hijau, sambal kicap dan telur masin.
Resepi udang oat jilat jari
Bahan-bahan :
– 12 ekor udang
– 3 sudu besar oat atau nestum
– 1 tangkai daun kari
– 3 ulas bawang merah(dicincang)
– 2 ulas bawang(dicincang)
– 3 biji cili padi(potong biasa)
– 2 sudu besar butter
– 1 kiub pati ayam(guna separuh je)
– Garam
– Tepung beras
Cara-cara :
– Basuh bersih udang, gaul sedikit lada sulah dan 1 sudu tepung beras. Sebenar nye orang pakai tepung jagung, tapi kat rumah mama takde. (goreng udang tu sekejap)
– Panaskan butter, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun kari.
– Tumis biar elok naik bau, baru masukkan oat. (kacau-kacau sehingga garing)
– Tambah kiub pati ayam dan sedikit garam.
– Last masukkan udang yang telah digoreng. Kacau-kacau supaya oat bersalut elok dekat udang.
Sumber: Nora Azni
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club