Goreng Telur Mata, Bahagian Kuning Kena Sempurna. Ni Rahsia Buatnya!

Share

Menggoreng telur pun bukan asal masukkan telur dalam kuali semata-mata, ada skil dan tipsnya perlu tahu.

Lebih-lebih lagi kalau hendak masak telur mata kerbau. Salah gaya boleh jadi telur hancur pula.

Jadi jom tambah ilmu untuk sediakan telur mata kerbau yang sempurna.


“Hi assalam sis. Saya ni kerjanya sebagai tukang goreng telur sahaja. Sy specialist dalam goreng telur mata. Macam2 kerja ada didunia ni, jadi sy pilih kerjaya ni. Maklumlah kite spm je…

“Jadi sy nak kongsikan sikit tips2 nak buat telur mata kerbau.”-Wan Luqman

Tips Pertama, kena gua kuali kecik dan kedalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu xmerebak ikut saiz kuali .

Tips Kedua, minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali tau. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.

Tips Ketiga, guna lah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata kerbau buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.. Huhu. Bila telur mata kerbau, macam ni. Kuning2 tu samada cair atau separa cair. Baru berselera.

Sumber : Wan LuQman via MAHN