“Goreng Telur Guna Kuali Ni, Beli RM30++.” Ramai Puji Telur Mata Digoreng Bulat & Cantik, Tunku Azizah Kongsi Tip!

Share

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan air tangan baginda.

Selain daripada buku-buku masakan yang dihasilkan, Baginda turut berkongsi masakan tak kira tradisional atau moden di Instagramnya.

Malah, baginda juga tidak kekok turun padang memasak bersama dengan rakyat membuatkan baginda cukup disayangi.

Terbaru, Tunku Hajah Azizah berkongsi tip bagaimana menghasilkan telur goreng yang cantik dan menyelerakan seperti yang dihidangkan.

“ramai yang tanya macam mana saya goreng telur mata lembu tu bulat dan cantek, saya guna kuali ini untuk goreng telur yang cantik sangat tu.

“Saya beli di mercato Plaza Damas. RM30++. Goreng dengan minyak okay!” tulis Tunku Azizah berkongsi rahsia.

Dalam masa yang sama, Tunku turut  bermurah hati menunjukkan cara menggoreng telur yang cantik.

“Cara menggoreng telur mata lembu goyang,” tulis Baginda pada satu IGTV yang dikongsikan kepada umum.

Sumber: airtangan_tunkuazizah