
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan air tangan baginda.
Selain daripada buku-buku masakan yang dihasilkan, Baginda turut berkongsi masakan tak kira tradisional atau moden di Instagramnya.
Malah, baginda juga tidak kekok turun padang memasak bersama dengan rakyat membuatkan baginda cukup disayangi.
Terbaru, Tunku Hajah Azizah berkongsi tip bagaimana menghasilkan telur goreng yang cantik dan menyelerakan seperti yang dihidangkan.
“ramai yang tanya macam mana saya goreng telur mata lembu tu bulat dan cantek, saya guna kuali ini untuk goreng telur yang cantik sangat tu.
“Saya beli di mercato Plaza Damas. RM30++. Goreng dengan minyak okay!” tulis Tunku Azizah berkongsi rahsia.
Dalam masa yang sama, Tunku turut bermurah hati menunjukkan cara menggoreng telur yang cantik.
“Cara menggoreng telur mata lembu goyang,” tulis Baginda pada satu IGTV yang dikongsikan kepada umum.
Sumber: airtangan_tunkuazizah
Peminat Jering, Jangan Makan Berlebih-lebih. Ikut Saranan Saintis Ni, Agar Tak Mudarat!

Peminat ulam-ulaman mesti berasa teruja bila dihidangkan pegaga, petai, jering dan pelbagai jenis ulaman lain ketika menikmati nasi bersama lauk pauk pilihan. Ketika itu, makan nasi pasti bertambah.
Dalam khusyuk melayan selera, perlu diketahui bahawa terlebih makan jering yang dimakan mentah ada bahayanya.
Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi untuk peringatan bersama. Pun begitu, Dr Suri Roowi turun memberikan saranan cara bagaimana untuk menikmati jering.
Ini perkongsiannya.
JERING – PERLU LEBIH BERHATI-HATI
Kajian yang dilakukan oleh Saintis Thailand pada tahun 2011 menunjukkan jering juga mempunyai sifat antibakteria dan antifungus
Selain itu, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat yang disebarkan dalam FB/whattsap tentang penggunaan Jering sebagai makanan kesihatan.
Perlu diingat ! Kita perlu lebih berhati-hati sebelum memakan jering dan ianya perlu diperoses terlebih dahulu.
Terdapat kajian menunjukkan jering boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Walaubagaimana pun, jering mengandungi asid djenkolic yang boleh memudaratkan jika diambil pada kuantiti tinggi
Bahan ini boleh membentuk kristal tajam dalam saluran kencing, menyebabkan kesakitan dan haematuria (darah dalam urine).
Asid djenkolic dilaporkan hadir pada kadar 20 gram dalam setiap kilogram jering.
Kajian menunjukkan terdapat beberapa teknik untuk menghilangkan @ mengurangkan asid djenkolic dalam jering.
Di antaranya adalah jering perlu
a. direbus beberapa kali sehingga bau hilang
b. direndam dalam air masin selama beberapa jam dan direbus
c. ditanam dalam tanah selama 14 hari sehingga bercambah dan kemudian direbus.
Di Selatan Thailand jering selalu dimakan dengan kari atau dengan makanan panas dan jering perlu direbus terlebih dahulu beberapa kali bersama abuk kayu, daun buluh dan sudu besi. Orang-orang di sini telah menggunakan kaedah ini selama berabad-abad, walaupun sukar untuk menjelaskan fungsi setiap bahan yang digunakan.
Justeru, perlu diperoses sebelum memakannya
dan makan ikut kadarnya
Sumber : Dr Suri Roowi
Susherrie Suki, Anak Orang Asli Pertama Terima Ijazah ‘First Class’ Dari Universiti Di London!

Susherrie Suki, mahasiswa orang Asli dari suku Semai, telah membina namanya dalam sejarah apabila berjaya menamatkan pengajian tahap Sarjana Muda dengan ijazah “first class” di University College London (UCL), salah satu university yang ternama di dunia.
Graduan “first class” ini berasal dari Perak Darul Ridzuan. Orang tuanya merupakan orang Asli dari suku Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.
“Kami dari Persatuan Orang Asli Perak ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Saudari Susherrie Suki kerana telah berjaya menamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Bartlett School of Planning di University College London (UCL), United Kingdom (UK) dalam bidang Perancangan Bandar & Hartanah (Bachelor of Science Urban Planning & Real Estate with First Class Honours).
Beliau juga merupakan pelajar Orang Asli yang mendapat tajaan Biasiswa MARA di bawah Program Young Talent Programme (YTP) untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Muda beliau di mana beliau sebelum ini mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 10 A’s.
Saudari Susherrie Suki juga merupakan Graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama dari University College London (UCL).
UCL merupakan sebuah universiti terkemuka di dunia di mana ranking atau kedudukan semasa Universiti ini adalah di tangga yang ke-8 dunia (QS World University Ranking 2023) dan juga di tangga yg ke-4 bagi universiti di United Kingdom” ucap Persatuan Orang Asli Perak dalam satu hantaran di Facebook.
Disebabkan kejayaannya, Susherrie juga telah mendapat perhatian Pengerusi Biro Perhubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song.
Kami dari Keluarga mengucapkan tahniah kepada Susherrie Suki atas kejayaan yang diperolehi. Semoga artikel ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para pembaca diluar sana.
Sumber: Persatuan Orang Asli Perak
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Rupanya Tak Perlu Tunggu Start Kerja, Umur 14 Tahun Dah Boleh Jadi Ahli KWSP. Nak Daftar Pun Mudah, Guna Kiosk Je!

Sebut tentang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), pasti ramai yang tak tahu bahwa umur mencarum bukanlah ketika mula bekerja. Sebaliknya umur 14 tahun sudah boleh menjadi ahli.
Perkongsian lelaki yang menggunakan akaun facebook Mo Ameen boleh dijadikan rujukan yang mana, dia telah mendaftar dua orang anaknya sebagai ahli. Lebih memudahkan, proses pendaftaran tersebut hanya dibuat di kiosk sahaja tanpa perlu beratur di kaunter.
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022.
i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela. Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.
Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna 😃😃. Sekian!!
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja #KWSP #SimpananShariah #iSaraan
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club