Ada orang suka buat stok makanan, simpan banyak-banyak dalam peti, kalau nak guna keluarkan terus goreng je. Lagi-lagi time lapar tak ada makanan lain nak makan atau orang tiba-tiba datang rumah tak tahu nak jamu apa, itulah makanan yang boleh dihidang!
Jadi yang mana tengah mikir nak buat apa stok makan yang boleh dibuat kunyah tu, apa kata buat popia carbonara dari Ida Zaida ni
. Mudah je resipinya, yang pasti semestinya sedap!RESIPI POPIA CARBONARA
Popia carbonara.. alhamdulillah menjadi elok.bila goreng pn xmeletup dan isi nya xterkeluar..peloles je kulitnya..nk tgk ramai ke yg suka popia carbonara ni? kalau ramai suka nt sy Share resepi nya
Bahan-bahannya :
Kulit popia (guna jenama KG)
2 biji bwg putih
3biji bwg merah
1paket isi ketam (guna isi ayam pun boleh)
1tin cendawan
1cawan ayam
1/2 Carrot
1 botol sos Prego carbonara/ 2tin sos Prego yg ni lagi sedap berbanding dlm botol
Garam/gula/perasa
1sudu makan minyak masak
Cara-caranya:
1) Bahan-bahan tadi semuanya dipotong dadu.
2) Tumis bawang putih,bawang merah dengan 1 sudu minyak masak je.
3) Bila bawang dah naik bau, masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, carrot.
4) Perasakan dengan menggunakan garam, gula, dan perasa (jika perlu). Masak sampai pekat.
5) Dah masak, sejukkan dalam peti ais sekejap barulah start menggulung.
6) Ambil popia letakkan inti tp jgn letak banyak sgt, kemudian gulungkn.. Lepastu gam (guna bancuhan tepung gandum+sedikit air) di hujung popia bg melekat.
7) Lepastu goreng dlm minyak yg panas tp 🔥 mst slow..baru cantik bila goreng tu. Siap untuk dihidang!