Menyediakan sajian Nasi Lemak pastinya menjadi kewajipan bagi semua ibu-ibu buat anak dan suami. Sajian istimewa dihujung minggu. Malah anak-anak pun tertunggu-tunggu bila masa hendak makan.
Pun begitu menyediakan kelengkapan Nasi Lemak ini sedikit merumitkan. Bukan hanya nasi dan sambal tetapi mesti lengkap dengan telur rebus, hirisan timun dan paling penting ikan bilis goreng dan kacang tanah.
Menyediakan kacang tanah goreng ini selalu menjadi kelemahan apabila sering hangus setiap kali memasaknya. Ini cara tepat untuk memasak kacang tanah. Confirm tak hangus!
Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.