Goreng Ikan Tak Akan Melekat Di Kuali & Rasanya Tak Akan Hanyir. Ni Petuanya Memang Menjadi!

Share

Bila bercakap tentang petua memasak, nyata begitu banyak untuk disenaraikan. Terasa rugi pula jika tidak diwariskan kepada anak-anak kita.

Umpamanya petua untuk mendapatkan hasil gorengan ikan yang tidak melekat di kuali. Meskipun sekadar menggoreng ikan, percayalah kalau tidak kena gayanya  ikan yang digoreng akan melekat pada kuali dan itu akan memberi kesan pada tekstur masakan kelihatan tidak menarik.

Jadi ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan oleh Ameera ini untuk pastikan ikan digoreng bukan sahaja teksturnya cantik sempurna malah rasanya juga enak.

Langkah 1 : Panaskan minyak untuk menggoreng ikan.

Langkah 2 : Masukkan 5-6 keping asam keping ke dalam minyak

panas tersebut.

Langkah 3 : Kemudian masukkan ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit.

Langkah 4 : Goreng seperti biasa dan hasilnya ikan tidak melekat di kuali dan rasanya enak, tidak hanyir.

 

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club