Goreng 60 Ekor Ikan Keli Tak Jadi Hal, Sikit Pun Tak Meletop. Peniaga Ni Kongsi Petuanya!

Share

Pengalaman menggoreng ikan keli tentu pernah ada antara kita berdepan dengan masalah gorengan yang meletop. Tambah lagi tidak puas hati bila ikan tersebut melekat pula di kuali.

Pun begitu lain pula ceritanya daripada seorang peniaga ini, menggoreng 60 ekor ikan keli sedikit pun tiada masalah. Menurutnya ada petua yang dilakukan. Jom kita ketahui perkongsian ini.

Okeh siap 60 ekor ikan koli balado… Yang tigo ado potai tukang masak yang punyo….hehehe …

Tips goreng keli tak meletop dan tak melekat pada kuali.

 

1. Ikan keli basuh bersih lumur dengan limau nipis.

2. Toskan air.

3. Taruk garam kunyit, masuk dalam bekas…letak dalam peti sejuk(chiller), besok baru goreng.

In sya Allah tak meletop dan tak melekat. Sudah lebih 30 tahun saya buat, elok kejadiannya.

Sumber : Zaid Azizy Yaakob via MAHN