
Pengalaman menggoreng ikan keli tentu pernah ada antara kita berdepan dengan masalah gorengan yang meletop. Tambah lagi tidak puas hati bila ikan tersebut melekat pula di kuali.
Pun begitu lain pula ceritanya daripada seorang peniaga ini, menggoreng 60 ekor ikan keli sedikit pun tiada masalah. Menurutnya ada petua yang dilakukan. Jom kita ketahui perkongsian ini.
Okeh siap 60 ekor ikan koli balado… Yang tigo ado potai tukang masak yang punyo….hehehe …
Tips goreng keli tak meletop dan tak melekat pada kuali.
1. Ikan keli basuh bersih lumur dengan limau nipis.
2. Toskan air.
3. Taruk garam kunyit, masuk dalam bekas…letak dalam peti sejuk(chiller), besok baru goreng.
In sya Allah tak meletop dan tak melekat. Sudah lebih 30 tahun saya buat, elok kejadiannya.
Sumber : Zaid Azizy Yaakob via MAHN
Buat Sendiri Pagar Sekeliling Rumah Nampak Moden & ‘Privacy’. Kos Ratusan Ringgit Je, Memang Berbaloi!

Sekarang ramai yang menggunakan pagar design Share Plank ini untuk nampak lebih moden, menarik dan dalam masa yang sama menjadikan ruang kediaman lebih privercy. Pun begitu tidak dinafikan untuk transform paga sedia ada dengan pagar tersebut menelan belanja yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Tapi sebenarnya kita masih ada cara untuk berjimat untuk mendapatkan pagar idaman ini, lain tidak bukan kenalah DIY sendiri. Jika buat sendiri bajet tidak sampai pun RM1000 untuk pagar sekeliling rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Nazziatul Nahira. Bagi anda yang teruja untuk membuat sendiri sepertinya, bolehlah jadikan panduan perkongsian ini. Selamat mencuba.
Pagar Rumah Nampak Lebih Berseri
Manfaat kan “stay at home” dengan DIY pagar rumah agar nampak lebih berseri.
Bagi yang nak buat macam ni costing ikut keluasan rumah…macam rumah saya costing nya seperti berikut :
Cement board : RM300 (5 keping besar)
Skru (stain steel) – RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama-lama akan ada kesan karat
Cat Jotun (wheater shield) 2 tong (5 liter) – RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)
Saiz cement board : 4ft x 8ft
Saiz potongan cement board : 30inch x 6inch
Saiz skru (self drill) : 1inch
Tools yang digunakan :
Grinder (mata potong tile),cordless drill,tape,pensil,penimbang air/pembaris..
Pastikan alatan semua lengkap baru lah mudah buat kerja diy anda..
Langkah demi langkah
1. Potong cement board menggunakan grinder (mata potong tile) mengikut ukuran yang diingini.
2. Cat dan biarkan kering.
3. Mulakan pemasangan dengan menggunakan cordless drill. Pilih tapping screw 1ich.
4. Siap
Tips & info : Cement board saya beli di hardware dan sebaiknya sebelum pasang minta izin dengan jiran bagi yang berkongsi pagar pada bahagian tepi.
Sumber : Nazziatul Nahira
ARTIKEL MENARIK: Puding Buih Berkuah Susu, Rasa Lemak Manis Begini Resipi Nak Buatnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wanita Ini Buat Tabung 52 Minggu & Tabung ‘Suamiku Kaya’, Guna Duit Nafkah Tambah Berkat Rezeki Suami Berniaga

Mengumpul tabungan mengikut jenis warna duit mungkin sudah terbiasa bagi kita. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Berbeza dengan Hani Mynis yang menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang unik. Nak tahu tabung jenis apa ni, jom baca.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hani Mynis
Murid Pra Sekolah Tanam Sayur Kangkung, Bikin Netizen Kagum.

Siapa sangka, kanak-kanak enam tahun pun tahu berbakti kepada tanah. Begitulah yang dilakukan oleh murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang ini.
Hanya berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan Rosman mula menanam kangkung di halaman rumahnya di Taman Slim Permata.
Beli benih guna tabungan
Lebih menarik si cilik ini membeli benih sayur kangkung menggunakan tabungannya sendiri.
Menggunakan tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya digunakan bagi membeli baja.
“Modal itu hasil tabungan saya yang diberikan keluarga. Menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan seperti yang pelajari di facebook Jabatan Pertanian.
“Kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran,” katanya.
Tidak gemar makan sayur.
Dalam pada itu, kanak-kanak ini mengakui sebelum ini tidak gemar makan sayuran. Bagaimana pun selepas bercucuk tanam sayur kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran.
“Selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu. Selebihnya saya sedekahkan kepada jiran.
“Aktiviti ini saya lakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya,” katanya.
Nyata usaha kanak-kanak ini sungguh inspirasi! Jadi tiada alasan untuk kita sebagai orang dewasa memberi alasan untuk tidak bercucuk tanam.
Dalam pada itu, cara anak kecil ini telah menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kagum melihat usaha yang dilakukannya.
Sumber : Harian Metro
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club