
Bila tiba hari raya, yang paling tak sabar nak beraya semestinya anak-anak, kononnya nak kumpul duit raya. Jangan cakap lah anak-anak, kita dulu pun begitu gayanya siap pusing 1 kampung demi sampul yang berisi wang tersebut! Hehe
Bila dah dapat duit itu, mulalah ada sahaja nak dibelinya. Nak beli mainan lah, jajanlah, ada yang jenis fikir masa depan, akan pilih untuk menabung! Tapi lain sikit dengan adik ini, dia lebih memilih untuk membeli emas! Hebat kan?
Menerusi perkongsian diyanarazip2 di laman TikTok, dia seakan-akan tidak percaya selepas mendengarkan hasrat si kecil yang ingin membeli emas. Malah, mereka juga dilihat sudah berada di kedai untuk memilih barang kemas yang diingini.
Berdasarkan klip berdurasi 14 saat itu, budak kecil berkenaan pada awalnya dilihat gigih memilih sambil berbual dengan peniaga tersebut. Tidak lama kemudian, dia dengan selamba membayar dengan menggunakan simpanan duit rayanya. Walaupun masih kecil, namun perilakunya yang meminati emas persis seperti seorang dewasa.
Meninjau di komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat kepandaian budak kecil itu dalam membeli emas. Pada masa sama, mereka turut memuji si ibu kerana bijak mendidik anak untuk ‘melabur’ awal demi masa hadapan.
Sumber : Diyanarazip
“Perangai Mak-Mak Memang Comel Macam Ni Ke?” Cik Epal Bawa Ibu Ke London, Dapat Pujian Warganet “Cantiknya Nekma”

Perangai mak-mak kita memang kadangkala melucukan. Semakin berusia mak kita semakin seronok kita membahagiakannya.
Dulu kalau masa kita masih kecil, kita yang mengharapkan mak membelikan barang atau membawa kita pergi melancong.
Kini bila kita dah dewasa, bekerja dan punya keluarga, tiba giliran kita pula yang membalas budi mereka. Salah satu cara untuk gembirakan hati ibu ayah kita dengan membawa mereka pergi melancong.
Bagi yang ada rezeki lebih tak salah nak bawa ibu atau ayah melancong ke luar negara. Inilah peluang untuk mereka diraikan walaupun sebenarnya tak terbalas budi dan jasa mereka membesarkan kita.
Instafamous yang juga ushawan wanita berjaya, Cik Epal baru-baru ini berkongsi foto bersama ibu tersayang di Instagramnya. Cik Epal sekeluarga membawa ibunya melancong ke kota London.
Tapi yang paling mencuit hati apabila ibu sepasang cahayamata itu mengusik gelagat ibunya di salah satu posting dengan caption yang lucu.
“Perangai mak-mak memang comel macam ni ke?
Nak bergambar di setiap penjuru. Pastu tak sabariah nak dapat gambar suruh send cepat. Hihihi .
Mak siapa macam ni jugak?
Warganet Puji Ibu Cik Epal
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Cik Epal kagum melihat wajah ibunya yang kelihatan muda dan cantik.
Ibu Cik Epal yang mesra dengan panggilan Nekma oleh cucunya dilihat ceria dan gembira disamping anak menantu dan dua cucunya Han dan Yuki.
Patutlah Cik Epal cantik, rupa-rupanya dia mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya. Memang saling tak tumpah wajah mereka berdua.
Tidak hairanlah ibu jelita ini dikurniakan rezeki melimpah ruah kerana selalu membahagiakan ibu tersayang termasuk membawanya melancong ke luar negara.
Untuk rekod, Cik Epal mula dikenali sebagai blogger sejak awal tahun 2000 lagi dan kini bergelar usahawan bagi produk kecantikan dan kesihatan Fair Fit dan terkini Makaji.
Isteri kepada Jofliam ini sering menjadi inspirasi generasi muda hari ini kerana kemampuannya memberi suntikan semangat dan perangsang di dalam setiap posting di laman blog dan media sosialnya.
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!
“Moga Diganti Rezeki Yang Lebih Indah.” Hamil Luar Rahim, Shima Anuar Selamat Jalani Pembedahan & Masih Di ICU!

Impian pelakon Shima Anuar untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan hamil luar rahim.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Pelakon berusia 31 tahun itu masih berada dalam unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bagi menggugurkan kandungan di sebuah hospital, semalam.
“Ia sangat menyakitkan. Masih dalam ICU. Saya kehilangan darah ketika pembedahan semalam dan saya kehilangan bayi dalam kandungan kerana kehamilan di luar rahim (ektopik).
“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik saja Insya-Allah,” tulisnya dengan memuat naik sekeping foto sedang dirawat di ICU.
Sebelum ini, Shima memaklumkan dirinya sedang berbadan dua dan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti seni.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet berkongsi ucapan takziah dan menitipkan doa semoga Shima kembali sembuh dan sabar dengan dugaan tersebut.
Sumber: shimaanuar
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Ikut Tip Ni, 100% Boleh Jimat Masa Lipat Kain!

Kalau bab melipat kain, itu antara kerja rumah yang paling akhir akan dibuat oleh kebanyakan ibu yang bekerja. Biasanya kain yang dicuci setiap hari akan ditimbunkan di dalam bakul sahaja. Hendak dilipat tidak sempat dan badan pula terasa penat setelah seharian bekerja di pejabat.
Bila hari cuti, itulah masa yang ada untuk diuruskan. Tapi ketika itu, timbunan kain yang dilonggokkan menggunung tingginya. Kalaulah ada mesin melipat kain bukan ke lebih menyenangkan!
Tapi itu hanya angan-angan, hakikatnya kita jugalah yang akan melipatnya. Jika nak harapkan anak-anak atau suami yang tolong lipat, rasa tidak puas hati pula dengan seni lipatannya, akan jadi macam-macam bentuk dan saiz.
Jadi apa cara terbaik nak jimatkan masa kita urus kain yang bertimbun? Ikuti perkongsian Dina Zakaria. Cara yang digunakan olehnya nampak menarik juga, jom semak!
Ni cara saya. Dan saya harap dapat bantu la korang yang mungkin ada krisis dalaman dengan bakul kain. Basuh baju okey.. takde masalah sebab mesin yang basuhkan. Sidai baju dan angkat baju pun kira ok la lagi. Tapi bab lipat, tiba-tiba jadi mental block!
Saya dah cuba teknik try test applikasi teknik ni selama 2-3 minggu jugak. Nampak agak berhasil dalam meningkatkan penjimatan masa sehingga 100%
- Tak perlu lipat kain sambil tengok tv. Konon nak gunakan masa dengan bijak, padahal kain boleh siap lipat setengah jam tapi sudahnya movie habis selepas sejam setengah pun belum habis pergunungan kain tu.
2. Asingkan kain mengikut orang. Baju bapak, baju mak, baju anak pertama dan seterusnya. Dua kategori lagi, baju yang nak iron & baju yang nak gantung hanger.
3. Lepas settle asingkan, ambil semua baju yang nak iron letak dalam satu bakul, jauhkan dari pandangan mata.
4. Seterusnya, gantung semua baju yang nak digantung. Settle gantung, pergi la sangkut kat suatu tempat.
Yes! Masa ni korang mesti dah bangga dengan diri sendiri sebab sekejap je mungkin 1/3 dari timbunan kain dah settle!
- Untuk acara melipat yang sebenar, mulakan dengan baju yang paling besar. Selalunya baju si suami la. Bila baju yang besar dah settle, timbunan makin menyusut dengan cepat.
Hoyeahhhh!!!
Asingkan baju gini, korang nak cari pasangan baju tu pun senang. Takdelah bertukar, baju kuning pair dengan seluar hijau. Baju adik pair ngan seluar abang. Giteww.
Sumber : Dina Zakaria