“Good Idea..” – Isteri Bersalin Czer, Suami Tulis Notis Maaf Belakang Kereta Dapat Pujian Ramai!

Share

Sedia maklum, pengorbanan setiap isteri ketika melahirkan cahaya mata sememangnya satu perjuangan antara hidup dan mati. Tidak kiralah sama ada mereka terpaksa melalui proses kelahiran secara semula ataupun pembedahan caesarean (czer).

Baru-baru ini tular seorang suami tekad menampal notis pada keretanya dengan meminta maaf sekiranya dia memandu secara perlahan. Perkara itu dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali @dailylife4, dilihat sebuah kereta dipandu dengan kelajuan 50km/j di atas jalan raya bersama sekeping notis di belakang kenderaan itu.

Tujuan pemilik kereta itu menampal notis tersebut adalah tidak mahu dilabel sebagai ‘pentingkan diri’ dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Meninjau di ruangan komen, ramai memuji tindakan suami tersebut kerana memahami kesakitan yang ditanggung oleh seorang isteri bersalin secara czer. Mereka mengatakan sakit ‘beranak’ secara czer ini tidak mudah seperti kelahiran normal.

@dailylife4 effort yang boleh membuatkan pemandu lain ucapkan perkataan yang baik baik 🤍🥰 #fyp #fypシ゚viral #foryourpage #katayangbaikbaik ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Melihat video itu meraih perhatian ramai, pemilik kenderaan itu tampil memberikan respon dengan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana sudi berkongsi di media sosial sehingga ramai orang mendoakan mereka.

Disamping itu, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Fared Zuladha turut berterima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain kerana memahami situasi isterinya.

Semoga selepas ini lebih ramai para suami lebih memahami kesakitan yang dialami oleh isteri mereka terutamanya baru lepas bersalin secara czer.

@faredzuladha Reply to @dailylife4 disebabkan awak, ramai yang mendoakan, semoga Allah balas dengan kebaikkan dan dipermudahkan urusan yang mendoakan. #sayangisteri ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Sumber : @dailylife4 , @faredzuladha

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!