Sedia maklum, pengorbanan setiap isteri ketika melahirkan cahaya mata sememangnya satu perjuangan antara hidup dan mati. Tidak kiralah sama ada mereka terpaksa melalui proses kelahiran secara semula ataupun pembedahan caesarean (czer).
Baru-baru ini tular seorang suami tekad menampal notis pada keretanya dengan meminta maaf sekiranya dia memandu secara perlahan. Perkara itu dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali @dailylife4, dilihat sebuah kereta dipandu dengan kelajuan 50km/j di atas jalan raya bersama sekeping notis di belakang kenderaan itu.
Tujuan pemilik kereta itu menampal notis tersebut adalah tidak mahu dilabel sebagai ‘pentingkan diri’ dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji tindakan suami tersebut kerana memahami kesakitan yang ditanggung oleh seorang isteri bersalin secara czer. Mereka mengatakan sakit ‘beranak’ secara czer ini tidak mudah seperti kelahiran normal.
Melihat video itu meraih perhatian ramai, pemilik kenderaan itu tampil memberikan respon dengan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana sudi berkongsi di media sosial sehingga ramai orang mendoakan mereka.
Ads
Disamping itu, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Fared Zuladha turut berterima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain kerana memahami situasi isterinya.
Semoga selepas ini lebih ramai para suami lebih memahami kesakitan yang dialami oleh isteri mereka terutamanya baru lepas bersalin secara czer.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, saudara Akmal Al Yahya cara mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal.
Dengan hanya menggunakan bahan terpaksai, masalah tersebut boleh diatasi. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut berkenaan Cara saya mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya mesra dipanggil dengan nama Akmal dan mula mengusahakan Kebun Lokal sejak dari tahun 2017 sehingga kini. Dengan tujuan utama adalah membina sebuah bank makanan untuk keluarga kecil saya.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah menggangu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti Membaja, Penyediaan Kompos dan lain-lain. Pada awal kami berkebun, kami telah menggunakan Racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
Penggunaan Kotak dan Kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari Amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara Percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa. Untuk Lapisan kotak yang pertama. Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit Eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkn ke dalam plot tayar terpakai kami.
Oh ya, setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidam hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam kami sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Dan, saya bersyukur kerana saya dapat tumpukan pula perhatian saya pada kerja-kerja kebun yang lain.
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan. Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan Kertas Rincih ini. Setiap Minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Jimat Masa, Jimat Tenaga, Jimat Duit. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja. Terima Kasih atas masa tuan/puan luangkan untuk menelaah perkongsian saya ini. Saya Akmal, pekebun kecil berjiwa besar dari Kebun Lokal. Masih kurang jelas, saya bantu sampaikan kepada tuan/puan dalam bentuk Visual pula, sila klik pada link ini untuk penjelasan lebig lanjut ya. https://youtu.be/DNaax_gmLsE
Boleh dikatakan dalam menghias rumah ramai yang selesa untuk melakukan secara DIY, ia bukan sahaja lebih jimat berbanding jika diupah kepada yang pakar malah kita akan rasa lebih puas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.
Ini seperti mana perkongsian daripada Muzaffar Masor yang melakukan DIY untuk pemasangan cornice bilik tidur kediamannya dengan hanya bermodalkan bawah RM 100, sudah mampu memberi impak menarik pada ruangan biliknya.
Sekiranya anda juga ingin membuat cornice di ruangan bilik, bolehlah ikuti cara yang dikongsikan ini yang nampaknya cukup mudah.
Kos 11 keping cornice rm66
Simen compound rm22
Upah sirap..
Total rm88.
Keadaan sebelum di pasang cornice
Langkah pemasangan cornice
Marking dahulu line dengan meletakkan 2 paku untuk memudahkan apabila buat kerja seorang diri. Nasihat dan cara sebegini adalah diberi dari orang yang lebih pakar. Memang sangat memudahkan kerana tak perlu tongkat. Buat seorang diri pun boleh.
Untuk langkah keselamatan, dengan menggunakan inisiatif sendiri. Cornice tersebut di skru. Ia sebagai langkah berjaga-jaga risau kalau cornice jatuh atas muka semasa tidur.
Untuk pemasangan skru tersebut, pastikan cornice yang dipasang betul-betul kering simen compound. Semasa melakukan drill cornice, cari tempat yang sesuai untuk drill. Guna drill biasa duhulu. Jangan guna hammer drill, nanti berkecai cornice itu.
Tebuk dinding bahagian belakang cornice.
Masukkan skru ke wallplug. Masuk skru sedikit sahaja. Panjang skru cari yang sesuai. Untuk cornice macam saya ni. 1.5 inci pun sudah cukup.
Masukkan simen compound yang telah dibancuh ke dalam lubang. Sumbat sahaja pakai jari.
Atau untuk lebih jelas turut dikongsikan video untuk mudah difahami
Ambil wallplug dengan skru tadi yang telah dimasukkan dan ketuk pakai hammer perlahan-lahan.
Sumbat lagi simen compound sikit lagi dicelah-celah lubang tepi skru. Ketatkan skru. Masuk sehingga terbenam kepala skru di dalam cornice. Jangan benam terlalu dalam. Cukup sekadar kepala skru masih memegang cornice.
Tutup bahagian kepala skru dengan simen compound. Selepas itu buat kemasan guna puttyfiller.
Hasil yang telah siap. Kepala skru sudah tidak lagi kelihatan. Anda boleh skru seberapa banyak bahagian cornice agar tidak jatuh dalam jangka masa yang lama. Sekurang-kurangnya 3 skru sudah memadai.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Berkebun adalah antara salah satu hobi, kaum ibu suka lakukan jika ada masa terluang. Selain rasa seronok dan sekadar suka-suka melakukan aktiviti tersebut, dapat juga suatu masa akan datang menikmati hasil daripada tanaman yang hidup subur di laman rumah untuk kegunaan sendiri.
Umpamanya jika ada yang menanam daun kesum, selain memang menjadi bahan wajib untuk menyediakan laksa mahu pun asam pedas. Jika kena gayanya, pokok kesum boleh juga dijadikan sebagai pokok hiasan yang cantik di laman rumah. Ini memandangkan bentuk daunnya yang runcing dan panjang, memberi gaya dekorasi tanaman herba yang tersendiri.
Pun begitu, menanam pokok tidak dinafikan memerlukan perhatian penuh untuk pastikan ianya dapat hidup subur. Pun begitu, jika anda seorang yang sibuk namun tetap ingin bercucuk tanam, tiada salahnya menggunakan teknik tanaman seperti yang dikongsikan ini.
Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian daripada Mazlan Ismail. Menurutnya dengan teknik ini pokok kesum yang ditanam tidak perlu disiram selalu.
Assalamualaikum…
Saya share cara saya tanam pokok kesum dalam botol mineral 2.5 liter. Saya guna cara ni sebab malas nak siram selalu. Boleh tengok gambar 1 persatu.
Step 1
Sediakan botol terpakai. Saiz terpulang, ikut keperluan dan jenis pokok yang nak di tanam.
Step 2
Potong bahagian atas lebih kurang 1/3 sahaja. Yang atas tu nanti akan diletakkan secara terbalik ke bahagian bawah botol.
Step 3
Sebelum letakkan bahagian atas tu, buat lubang dulu di penutup botol untuk letakkan kain atau apa-apa saja yang boleh menyerap air.
Step 4
Lebih kurang macam ni.
Step 5
Kedudukannya lebih kurang macam ni. Dah boleh masukkan tanah kat atas tu dan air kat bawah.
Step 6
Masukkan tanah dan boleh tanam pokok. Hasil yang dah siap boleh rujuk gambar pertama. Jangan lupa masukkan air. Boleh juga letakan baja yang bersesuaian untuk tumbesaran pokok.
Selamat mencuba
Boleh juga baca artikel berkaitan cara menanam pokok lain seperti
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...