Gondolkan Daun, Antara Tip Tanam Daun Sup. Ketahui 2 Yang Lain.

Share

Sekiranya bercadang hendak cuba menanam di hujung minggu ni,  apa kata mulakan dengan menanam pokok herba iaitu pokok daun sup.

Daun sup ini bila hidup subur memang cantik bentuknya. Sesuai sangat ditempat di ruang dapur untuk dijadikan pokok hiasan. Apa yang penting pastikan kedudukan pasu tersebut ada cahaya matahari.

Menariknya bila menanam daun sup ini,  sekiranya hendak digunakan ketika memasak,  gunting sahaja sebatang dua.  Cukup mudah dan menjimatkan!

Oleh itu,  ayuh ketahui dulu tip menanam daun sup ini yang dikongsikan oleh Yanie Raihan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.


Salam, saje nak share tips sikit sebab saya dapati tips ni (juga dicedok dari group ni) agak berkesan.

Umur anak pokok daun sup ni dalam 2-3 bulan (lupa dah bila tanam).

Alhamdulillah kal ini nampak berjaya (setelah 3 kali percubaan). Sebelum ditanam haritu daun semua dah digondolkan.

Ni nampak meriah sikit dah daun baru banyak tumbuh so saya rasa tips tu memang berkesan.

Tipsnya:

1. Sebelum ditanam,  daun semua dah digondolkan.
2. Tanam akar sahaja, jangan dibenam sampai ke batang.
3. Spray tanah sekeliling, cukup sekadar bagi tanah di sekelilingnya lembap. Takyah siram.