Lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) kini semakin galak dipaparkan secara terbuka terutamanya di media sosial. Baik muda ataupun tua, konten seperti ini dapat disaksikan dengan mudah dan oleh sesiapa pun.
Selain di media sosial Twitter, beberapa anak muda turut berkongsi kisah cinta songsang serta aksi mesra bersama pasangan sejenis menerusi TikTok walaupun ia merupakan satu perbuatan yang “haram” dalam agama Islam.
“Saya kaunselor, saya ada klinik persendirian dan sudah banyak saya kendalikan kes LGBT. Tapi hari ini saya nak bercakap kepada semua ibu, tolonglah kawal daripada segi (penggunaan) gajet. Banyak kes akhir-akhir ini yang saya lakukan, terutama golongan gay, muda-muda, budak-budak lagi. Umur 13, 14, 15 dan ada yang di universiti yang terlibat dengan gay ini. Dan apabila saya tanya, mereka kata banyak mereka explore
dalam gajet. Tekan je, ada… Jadi ibu bapa kena tahu, kena kawal, supaya anak-anak tak terlibat dengan LGBT,” ujarnya.Menurut Hushim, LGBT merupakan perbuatan yang dilarang ajaran Islam dan ibu bapa perlu membuat pemantauan tegas ke atas anak-anak mereka.
Dalam perkongsian video di akaun TikToknya, Hushim berkata bahawa dia juga pernah berhadapan kes lelaki homoseksual yang mendirikan rumah tangga dengan wanita.
“Banyak kes saya kendalikan di klinik saya. Termasuk juga yang dah kahwin. Kahwin tapi isteri tak disentuh, masih dara lagi. Suami gay, ramai jumpa saya. Jadi jaga anak-anak masing-masing. Sebab ini dah menjadi trend ketika ini, dan mereka tak malu lagi dah. Dan ada negara yang iktiraf perkahwinan sejenis. Di Malaysia pun ramai, yang kahwin duduk serumah. Biasa dia duduklah di tempat-tempat yang orang susah nak jumpa. Jadi pada semua, saya harap, ibu bapa jaga dan didik anak dengan kasih sayang. Peluk anak selalu,” ujarnya.
Di samping itu, Hushim pesan ibu bapa juga perlu lebih prihatin dengan anak-anak yang duduk di asrama kerana pernah berdepan banyak kes sedemikian.
Pesannya lagi, anak-anak perlu dididik daripada awal memandangkan payah untuk mengubah mereka ke pangkal jalan yang benar sekiranya sudah ketagih dengan nafsu songsang.
“Dan anak-anak yang duduk asrama tu, jaga sikit. Sebab apa, banyak kes saya kendalikan. Sebagai kaunselor, saya kena bercakap perkara ini bahawa LGBT hari ini merupakan ancaman kepada kekeluargaan dan agama kita. Orang perempuan ramai… kahwin. Tapi orang macam ni biasanya tak minat perempuan, dia minat lelaki. Jaga anak kita tuan puan, ini amaran saya. Kalau dah kena, ketagih, susah untuk kembali ke pangkal jalan. Ada jalan kaunseling, saya banyak buat kaunseling untuk yang nak balik ke pangkal jalan, tapi ambil masa. InsyaAllah dan kita beri peluang untuk mereka kembali dan bertaubat. Allah suka kepada orang yang bertaubat dan beramal soleh,” ujarnya mengakhiri bicara.
Terima Kasih
Sumber: @hajihushimsalleh di TikTok