Golden Fries Ball, Kudapan Rangup Di Luar Melting Di Mulut. Mudah Caranya, Sedap Pula Tu

Share

Mencari resipi yang simple untuk kudapan anak-anak, Golden Fries Ball ini pasti membuka selera. Bukan je  mudah nak disediakan, kudapan enak ini juga rangup di luar melting dalam mulut.

 

Resipi Golden Fries Ball (anggaran 30 biji ikut saiz)

Adunan kentang
🍃 Kentang – macam dalam gambar
🍃 Telur – sebiji
🍃 Buttercup – Satu sudu
🍃 Mix herbs – agak2
🍃 Kiub ayam – sikit jer buat rasa
🍃Tepung gandum – 2@3 sudu (agak2)
Untuk buat salutan
🍃Tepung jagung
🍃Cornflakes – diramas kasar
🍃 Telor

Cara membuat:


👉Rebus kentang..(letak garam sikit). Kalau boleh jgn terlampau masak… Kalau terlampau masak Tak best… Takde rasa gigitan kentang kecik2…


👉Masuk telor, mix herbs, Buttercup, kiub Ayam, Tepung gandum… Lenyek….


👉 Bulatkan… Kalau melekat guna tepung… Kakak guna tepung jagung nk Bulatkan…


👉Dah siap buat bulat2…. Masuk dalam telor… Golek2 pulak dalam Cornflakes yg dah siap ramas td…


👉Rehatkan kejap dlm 5 – 10minit…
👉Panaskan minyak & goreng…
Minyak sederhana panas yer…
Balikkan perlahan2…


📌boleh juga tambah cheese @ sayuran kalau anak2 suka…
Anak2 sy suka kosong cmni jer….
📌 Cornflakes juga boleh boleh digantikan dengan breadcrumbs atau apa2 yg boleh buat salutan utk kerangupan…


Ok… Settle….
Kudapan anak2….
Selamat mencuba…😉

Sumber: Nor Hafizah Yazid


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club