Dikurniakan seorang anak Autisme bukan satu kelemahan dan kekurangan bagi ibu bapa. Malah, ia adalah anugerah terindah dan amanah yang diberi oleh Allah SWT di dunia ini.
Ramai yang anggap anak autisme ini sekadar tahu bermain sahaja. Mereka pun ada kelebihan tersendiri yang mungkin tak ada pada orang lain.
Samalah dengan seorang personaliti televisyen dan pengacara TV3, Irin Putri yang juga memiliki anak syurga ini. Sebelum ini pun video yang memaparkan salah seorang anak lelakinya yang juga merupakan autisme hebat bermain piano.
Baru belasan tahun, puteranya Raees Aryan Ezmir kelihatan sangat mahir memainkan pelbagai lagu dengan menggunakan pianonya.
Memilik anak autisme juga perlu ada kesabaran yang tinggi kerana setiap daripada mereka ada ragam yang berbeza. Seperti Raeess yang baru-baru ini terlibat dalam proses penggambaran program Astro, Pa&Ma Playdate dikatakan sedikit terganggu.
Menerusi perkongsian video di Tik Tok oleh ibunya Irin, Raees kelihatan sedikit beremosi dan mahu segera pulang kerana sudah tak selesa berada di lokasi penggambaran tersebut.
@irin_putri Bila rutin Raees terganggu dan dia dah lama sabar. Dapat jugak habis shoot walaupun struggle sikit, alhamdulillah. #RaeesAryan #Autism #AutismLife #Asd #KasihiAutism #tiktokmalaysia ♬ original sound – Irin Putri
“Bila rutin Raees terganggu dan dia dah lama sabar. Dapat jugak habis shoot walaupun struggle sikit,” tulisnya.
Meskipun begitu, Irin dan seluruh kru produksi yang terlibat berusaha memujuk Raees agar dapat menghabiskan kesemua babak dalam program itu.
Setelah beberapa percubaan memujuk, akhirnya Raees kembali tenang dan berjaya menghabiskan penggambaran dengan baik.
“Berjaya pujuk dan sempat habiskan scene dalam rumah”.
Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai netizen yang turut meluahkan rasa simpati dan sebak dengan keadaan Raees pada waktu itu.
Irin Putri juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu adik kepada Raees, Razeen Ayman.
Sumber: Tik Tok Irin Putri