Waktu anak kecil ni la, macam-macam aktiviti perlu diajar kerana di usia mereka ini apa yang mereka belajar mudah untuk ‘diserap’. Jadi, bila besar nanti mereka praktikkan sahaja apa yang dipelajari tidak kira dalam akademi mahupun sukan.
Misalnya seperti berenang, ramai ibu bapa yang mendedahkan aktiviti air tersebut kepada anak-anak untuk belajar berenang dari kecil. Tidak ketinggalan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha turut mengajar anak mereka berdua berenang, malah sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai.
Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah sedang bermain kolam renang.
Menerusi hantaran tersebut, Hairul melepaskan Alisa ke dalam kolam renang dan membiarkannya berenang dengan sendiri.
Perkongsian tersebut juga turut dirakam oleh Hanis yang sedang melihat suami dan anaknya itu bermain kolam renang.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah keberanian Alisa yang pintar berenang itu walaupun baru berusia tiga tahun.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap Hairul dan Hanis yang mengajar anak-anak mereka melakukan aktiviti lasak sebegini di awal usia kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa pasangan suami isteri ini sudah mengajar anak-anak mereka berenang semenjak awal lagi dan oleh kerana itu, mereka berani melepaskan Alisa ke dalam kolam renang secara bersendirian.
Sekadar info, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3.
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Nak Bahagia Pun Kena Tahu Caranya. Kena Usaha, Bukan Berserah Aje. 8 Tip Ni Amalkan!
Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang dan bahagia yang berpanjangan dalam rumah tangga. Bahagia itu ialah ketenangan dalam hati yang dikurniakan Allah SWT manakala mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan) kurniaan Allah SWT.
Setiap kita harus mempertahankan rumahtangga hingga kekal ke hujung usia. Ada caranya untuk bahagia selain berdoa.
Ikuti 8 panduan ini yang bermanfaat untuk suami isteri memperbaharui kasih sayang terutama yang sudah lama berkahwin.
Puji dan peluk
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan. Juga setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
Solat berjemaah
Selepas bangun awal dan membersihkan diri, anda dan pasangan juga akan mempunyai banyak peluang untuk solat berjemaah bersama-sama. Jika suami ke masjid untuk solat subuh, bolehlah anda membantu menyiapkan baju dan menghantarnya ke pintu. Jika solat bersama, hubungan antara suami dan isteri lebih utuh. Selalunya, kita akan saling bersalaman dan bermaafan selepas solat. Ia memberikan keberkatan dan kemanisan dalam hubungan suami isteri.
Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
Nostalgia dating
Kembalikan nostalgia ketika kali pertama keluar dating. Aktiviti sebegini dapat membantu mengembalikan momen terindah yang pernah anda dan pasangan lalui dahulu. Barulah terasa pemikiran anda dan pasangan positif sambil dibuai momen sweet!
Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
Buat kejutan
Asyik isteri je bangun pagi dan perlu memasak sarapan untuk keluarga. Di sebelah tengah hari pula perlu membasuh pakaian dan mengemas rumah. Apa kata, si suami juga bangun awal pagi dan bantu isteri menyediakan sarapan di dapur. Aktiviti sebegini membantu mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Mulakan hari anda dengan aktiviti positif di rumah.
Ucapan rindu
‘I love you’ adalah perkataan ajaib dan ungkapan romantis ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali dilafazkan dengan nada yang lembut. Jangan lupa cakap ‘I love you‘ kepada pasangan sebelum pergi ke tempat kerja dan setiap kali sebelum tidur. Pasangan anda juga akan menyedari bertapa berhargai dirinya dan terasa disayangi. Barulah setiap rutin harian anda akan jadi positif!
Moga perkahwinan bahagia sehingga akhir hayat.
“Man, Aku Kena MSS!” Lelaki Ini Kongsi Cara Mohon Elaun Bila Kena Diberhentikan Kerja, Guna Caruman EIS. Take Note!
Sejak pandemik tahun lepas ekoran penularan wabak, ramai yang kehilangan pekerjaan. Jika selama ini mempunyai sumber pendapatan yang tetap setiap bulan, sebaliknya apabila diberhentikan kerja.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Buat mereka yang bekerja swasta adalah antara yang terkesan hilang punca pendapatan.
Pastinya perlu mencari pekerjaan lain atau memulakan perniagaan untuk menjana pendapatan keluarga bagi meneruskan kehidupan bersama keluarga.
Menerusi perkongsian saudara Ir Abdul Rahman Bahasa menjelaskan bagaimana tindakan yang harus dibuat jika individu itu diberhentikan kerja terutama yang ada caruman PERKESO. Dengan kata mudah di dalam slip gaji ada terdapat perkataan EIS agar anda tahu untuk membuat tuntutan yang sepatutnya.
APA ITU EIS
Man, aku kena MSS
Semalam aku berbual dengan kawan aku yang aku namakan H.
H: Man, bulan depan aku last makan gaji.
Aku: Ha, kenapa? Nak Buat bisnes ke?
H: Company aku downsizing. Aku kena MSS. (Note: MSS= Mandatory/Mutual Separation Scheme)
Aku: Allah. Pampasan OK tak?
H: Tak berapa OK.
Aku: Herm..Kau ada carum EIS sebelum ni? Alah…yang gaji kau kena potong tak sampai RM10 sebulan tu..
H: Ada..Tapi apa kena mengena EIS ngan MSS?
Aku: OK, ramai yang tak tau benda ni..sepatutnya HR ko dah explain pasal benefit EIS ni.
Macam ni, apabila pekerja dibuang atas sebab:
- Pertindihan jawatan
- VSS/MSS
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
- Company bankrap
Termasuklah jugak bila pekerja resign sebab:
- Gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
- Kena buat kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.
𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗻𝗶 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗰𝗹𝗮𝗶𝗺 𝗯𝗲𝗻𝗲𝗳𝗶𝘁𝟮 𝗘𝗜𝗦.
TAPI….kalau kau kena berhenti kerja sebab:
- Masalah disiplin
- Kau sukarela nak resign
- Dah sampai masa nak bersara
- Ataupun contract kau dah tamat…
𝗡𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮𝟮 𝗯𝗲𝗻𝗲𝗳𝗶𝘁 𝗘𝗜𝗦.
H: Apa benefit2 yang EIS bagi?
Aku: Gaji basic kau sekarang berapa?
H: Ish…segan lah nak bagitau..huhu
Aku: Hahaha…OK lah. Aku assume gaji kau RM4,500 sebulan. Ok tak?
H: RM 4,650 to be exact..hahaha
Aku: Hahaha…ok2…kalau kau nak tau…antara benefit EIS. Kau dapat “Elaun Cari Pekerjaan” maximum 6 bulan..
DAPAT ELAUN SELAMA 6 BULAN
H: Elaun? Berapa banyak elaun tu?
Aku: Kalau gaji kau tadi RM 4,650…SOCSO capped dekat RM 3,950 je. So, pengiraan dari bulan pertama sampai bulan ke enam macam ni.
Bulan 1: 80% x RM 3,950 = RM 3,160 sebulan
Bulan 2: 50% x RM 3,950 = RM 1,975 sebulan
Bulan 3: 40% x RM 3,950 = RM 1,580 sebulan
Bulan 4: 40% x RM 3,950 = RM 1,580 sebulan
Bulan 5: 30% x RM 3,950 = RM 1,185 sebulan
Bulan 6: 30% x RM 3,950 = RM 1,185 sebulan
H: Wah, serius dapat elaun macam tu selama 6 bulan??
Aku: Serius lah….Dengan syarat kau dah carum EIS minimum 2 tahun.baru boleh dapat elaun 6 bulan tu..Agak2 kau dah carum 2 tahun ke tak?
H: Mesti lah..aku dah kerja berbelas tahun kot…berbelas tahun dah lah aku carum EIS…
Aku: Hahhaha…
H: Asal kau gelak pulak?
Aku: Nampak sangat nipunya..EIS start Jan 2018 sahabat. Balik nanti kau check payslip kau cukup tak 24 kali ko mencarum…
H: Oh..ye ke? Confident je aku kanhaha..OK2 nanti aku check.
PERGI LATIHAN PUN DAPAT ELAUN
Aku: Bukan takat tu je. Kalau kau pergi training sepanjang 6 bulan ko “menganggur” tu, training fees pun kau boleh claim. Tapi maximum RM 4,000 je lah. Pastu kau dapat lagi elaun hadir training maximum RM20 sehari (yang ni ikut kelayakan gaji).Kalau kau tak percaya, kau bukak laman web SOCSO.
INI CARA NAK MOHON
H: Ish..betul ke ni Man??? So, macam mana nak mohon?
Aku: 1st, kau and HR kau kena pergi pejabat SOCSO terdekat. Jupa bahagian Industrial Relation kat sana. Both party kena sign some agreement supaya isu berbangkit tak wujud pada masa akan datang. Pastu, kau isi borang dan lampirkan dokumen2 sokongan. Contohnya, employment termination letter and bla2. Pastikan kau mohon tak lebih dari 60 hari daripada tarikh kau diberhentikan kerja..
H: Ok2…nanti aku deal ngan HR aku…Serius wei..aku tak tau. Confirm aku apply benefit ni…
Aku: Kan…dari tak dapat apa..Ok jugak lah dapat elaun tu..Dapat gak tampung apa2 yang patut sementara cari kerja baru…
H: Betul2…
So, kawan2…kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal EIS, korang boleh lah jenguk2 link ni ye:
Benefits of EIS (perkeso.gov.my)
Sebarkan kepada sesiapa yang terkesan. Moga bermanfaat
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa
“Proses Cari Suri Hati Jadi Lama & Rumit.” Trauma Penceraian Ibu Bapa, Remy Akui Soal Jodoh Tak Boleh Main ‘Sauk’!
Orangnya tinggi lampai, berkulit hitam manis dan memiliki rupa paras yang hensem sesuai menggambarkan sisi pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini. Tidak hairanlah dia cukup diminati ramai lebih lebih lagi bakat dalam dunia lakonan tidak perlu dipertikai. Kerana itulah rezekinya dalam industri lakonan cukup murah.
Dua tahun mengikat tali pertunangan, namun tiada jodoh antara mereka akhirnya ikatan tersebut terlerai di tengah jalan. Biar pelbagai tohmahan dan kata-kata negatif dilemparkan, namun empunya diri hanya bersikap mendiamkan diri. Namun, kalau dah jodoh takkan ke mana.
Sifat toleransi dan sentiasa di sisi dalam ‘jatuh bangun’, membulatkan hati aktor, Remy Ishak, 39, memilih usahawan, Roszaliza Yusuf atau Ezza Yusuf, 38, sebagai bakal isteri.
Selepas melalui pelbagai ujian, Remy yakin Ezza wanita paling sesuai menjadi permaisuri hati.
“Selama ini, ada wanita kenal saya sebagai ‘Remy Ishak’, bukan Mohammad Zalimei Ishak (nama sebenar). Ezza ini lain… Dia boleh bertahan dengan status dan pekerjaan yang saya buat.
“Jika diikutkan, ketika kami putus hubungan, saya ada kenal beberapa wanita lain. Hakikatnya, mereka tidak sama dengan dia.
Tak boleh main ‘Sauk’
“Jodoh ini kita tak boleh nak ramal, ini soal masa depan, kita tak boleh nak main ‘sauk’ jer. Hidup dengan seorang selebriti bergelar pelakon bukan semudah yang disangkakan. tersebut.
“Sangat sukar sebenarnya nak cari orang yang betul-betul faham seorang pelakon dan ditambah pula saya kini menceburi bisnes. Masa sangat limited dan orang yang saya kenali harus faham sisi hidup saya sebangai pelakon dan juga usahawan.
“Saya bukan jenis cerewet tapi mudah orangnya. Cuma kadang-kadang orang tak paham ruang kerja kita. Menjadi Remy Ishak sebagai pelakon dan selalunya disebut-sebut membuatkan ada wanita rasa ‘insecure’ . susah sebenarnya nak cakap.
Dia ada di sisi ‘jatuh bangun’ saya
Jujur mengakui, wanita bernama Ezza ini cukup setia disisinya selain memahami dan sentiasa bersama saat jatuh bangunnya.
“Ezza ada di sisi ‘jatuh bangun’ saya… Pendek kata, Ezza terus cuba memahami saya.
“Sama juga perasaan saya terhadapnya. Masing-masing cuba berubah untuk menjadi lebih baik untuk diri sendiri dan orang lain.
Terkenal dengan jolokan ‘Hero Malaya’, Remy mengakui serasi dengan Ezza yang berasal dari Mentakab, Pahang dan mahu hubungan kekal ke akhir hayat.
“Proses mencari suri hati jadi lama dan rumit. Saya hendak hubungan sampai ke akhir hayat. Saya lahir dalam keluarga di mana ibu bapa berpisah. Perceraian menjadi suatu perkara trauma kepada saya.
“Saya tidak mahu perkara yang berlaku kepada ibu bapa, terjadi dalam hidup sendiri. Saya kena teliti dan selektif. Kita berkahwin bukan sehari dua, tetapi Insya-Allah, selama-lamanya.
“Bayangkan, orang biasa pun hendak mengekalkan perkahwinan sukar. Apatah lagi, saya yang bergelar artis. Saya takut pada mulanya, kalau Ezza tidak boleh faham cara kerja dan pandangan segelintir masyarakat terhadap artis,” katanya.
Tambah Remy, pandemik COVID-19 sejak tahun lalu memberi hikmah yang membuka matanya dalam soal masa depan dan hidup berumah tangga.
“Kalau saya sibuk bekerja dan berlakon, mungkin soal kahwin tidak diberi perhatian. Situasi ini bagai isyarat yang membuka mata saya untuk menghargai bakal isteri.
“Dalam soal lain, uban pun sudah tumbuh dalam hidung, bukan lagi di kepala. Jadi, itu menjadi titik tolak untuk saya menamatkan zaman bujang,” katanya.
Terpaksa tunda kahwin beberapa kali
Pasangan ini pernah merancang untuk bernikah tahun lalu, namun, terpaksa ditunda beberapa kali.
“Disebabkan situasi pandemik COVID-19 meruncing, kita anjak kepada tahun ini. Pada mulanya, saya mahu abadikan tarikh 11 April lalu di mana saya genap 39 tahun untuk bernikah.
“Bagaimanapun, disebabkan kes jangkitan COVID-19 meningkat selain mahu menghormati keluarga masing-masing, rancangan itu tidak dapat diteruskan.
“Selepas itu, perancangan dianjak kepada Mei lalu iaitu pada hari ke-10 Syawal, iaitu sempena kemenangan kita berpuasa dan meraikan lapan tahun perkenalan kami.
“Namun, Allah tidak izinkan, lalu akhirnya, kami pilih esok (untuk bernikah),” kata pelakon filem Sangkar ini.
Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun, putus dua tahun kemudian. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka dikatakan bercantum semula, tahun ini.
Sumber: Berita Harian Online
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520