Tidak dinafikan akan akan isu suami isteri berebut atau bergilir pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Namun hakikatnya dalam Islam sebenarnya tidak timbul isu ini.
Ia terjadi disebabkan segala keputusan terletak pada tangan suami sebagai ketua dan pemimpin dalam keluarga, manakala isteri pula wajib menurut kata apa sahaja keputusan suami.
Namun dalam pada itu, seorang suami itu harus fahami konsep ihsan isteri kepadanya sepanjang mereka hidup bersama dalam suasana bahagia.
Bukan hanya semata hal giliran hari raya, masing-masing bermasam muka, tetapi haruslah ada tolak ansur daripada suami. Inilah yang dinamakan saling melengkapi dan tolak ansur dalam rumah tangga.
Ikuti perkongsian lelaki ini Firdaus Shakirin dilaman facebooknya.
“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah isteri…”
Giliran balik raya…
Ads
Kebiasaannya setiap kali nak raya, maka akan keluarlah posting2 tentang giliran balik raya…
“Giliran balik raya ni sebenarnya adalah sesuatu yg tak wujud dan ianya atas konsep ihsan seorang suami kpd isteri…”katanya…
Betul, tepat, konsep ihsan, jadi suami xwajib ikut kehendak isteri utk beraya di kg isteri…so,
“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah suami, tahun 2021 rumah suami, tahun 2099 rumah suami”
Mari kita tgok beberapa konsep ihsan isteri dlm rumahtangga kita…
Ads
Isteri wajib x buat keje2 rumah? Tak wajib, tp disebabkan dia nk jadi isteri yg baik, dia faham yg suami dia letih mencari rezeki, dia faham yg suami dia xde masa utk buat, maka dia buat…tugas isteri hanyalah melayani suami sahaja, ini kewajipan dia, bukan keje2 rumah…ini ihsan isteri ke atas seorang suami..
Isteri wajib bekerja x? Tak wajib…tempat isteri sepatutnya dimana? Dirumah…jadi kenapa isteri bekerja? Menolong membantu meringankan beban suami dlm menguruskan rumahtangga…meringankan beban, bukannya mengambil alih beban…ada x isteri tolong bayar bil utiliti tiap2 bulan? ada x isteri kongsi bayar ansuran rumah, ansuran kereta? ada, dan bilamana dia buat smua tu, dia tolong bayar, itu ihsan isteri ke atas seorang suami…klu suami dia mampu, dia xperlu utk buat smua tu…dia hanya duduk dirumah tgok samarinda…
Isteri ada hak tak ke atas duit gajinya? Ada, hak sepenuhnya, hak total…suami boleh guna duit isteri x? Klu isteri izinkan dan redha, boleh…klu dia tak izinkan, dan tak redha, xbleh…ada x isteri beli brg dapur dgn duit dia sendiri? bli baju dgn duit dia sendiri? bli ubat dgn duit dia sendiri? Ada…ganti tak duit2 yg isteri belanjakan tu? Kena ganti sbb menyediakan makan minum, pakaian dan perubatan itu tugas suami…isteri rela dan redha guna duit dia utk bli brg2 dapur, pakaian, perubatan atas asbab ihsan isteri ke atas seorang suami…
Isteri wajib x jaga org tua suami? Tak wajib…klu dia jaga dikira apa? Ihsan…kewajipan menjaga org tua suami itu terletak dibahu suami dan adik beradiknya…abg suami, kakak suami, adik suami, ini smua adalah anak dan sebagai anak mereka perlu berbakti kpd org tua mereka…kenapa isteri jaga org tua kita? Sebab kita xbleh nk jaga, kita kena kluar bekerja…maka satu lagi konsep ihsan isteri ke atas seorang suami…
Ads
Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, berlambak2 ihsan seorang isteri kpd seorang suami dan seorang isteri memerlukan ihsan seorang suami hanya 2 KALI SETAHUN, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha…
Itupun selang2, bukan setiap tahun dapat balik beraya rumah org tuanya…
Ihsan seorang isteri tu cukup byk kpd seorang suami, makanya, cubalah bersikap adil dgn meletakkan sesuatu itu kena pd tempatnya…klu dipersetujui tahun ni rumah kita, maka hormatilah persetujuan itu dan tahun depan rumah dia plak…jgn tiba2 berdalih, bagi alasan, cuba utk tidak balik ke rumah org tuanya…
Suami yg sedar akan apa yg isterinya dah buat utk dirinya, dia akan ikut giliran seperti yg dah dipersetujui bersama…bersikap adil dan berihsan kpd si isteri…
Dia bukan anak yatim piatu, dia pun ada mak bapak dan dia pun nak beraya dgn mak bapak dia selagi mak bapak dia masih hidup…Faham deh?
Nota kaki : Tu la, dulu org suh kawin jiran sebelah, xmau…nk jgak org jauh2 sbb nk ada feel ‘balik kampung’ konon…nah, padan muka…hehe ???
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang mengikuti Gegar Vaganza musim 8 terbitan Astro tentu mengetahui akan kemuculan peserta yang disukai ramai iaitu kumpulan SAYA. terdiri dari kumpulan lawak senario iaitu Saiful Apek dan Yassin.
Sejak kemunculan mereka, siapa sangka keluarga juga turut mendapat tempias. Ia termasuk keluarga Yassin.
Menerusi akaun TikTok @puteriwarda17 telah menjadi tumpuan peminatnya apabila salah satu video yang memaparkan isterinya, Farrah Waheeda dan anak perempuan, Warda sedang mengikut rentak trending di TikTok. Malah video itu telah mendapat tontonan sehingga 1.6 juta.
Namun yang menghiburkan gelagat anaknya seakan menghalau Yassin supaya tidak menganggunya untuk berTikTok bersama ibunya.
Warda kelihatan comel menarik bersama ibunya.
Dalam pada itu, biarpun di halau, Yassin sempat beraksi lucu yang membuatkan netizen terhibur.
Meninjau di ruangan komen, peminat mengakui baru mengenali isteri dan anaknya. Malah ada yang memuji kecantikan isteri dan anak Yassin.
Untuk makluman, Gegar Vaganza adalah terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian. Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan dan Jihan Muse yang disiarkan secara langsung setiap hari ahad 9.00 di astro ria.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Anak kali pertama melangkah ke darjah satu, tentu macam-macam kisah dan ragamnya. Kadang-kala kalau diingat kembali boleh tersenyum sendiri kita dibuatnya. Malah tidak dinafikan, melepas anak-anak berdikari sendiri di sekolah juga membuatkan hati kita berasa sebak.
Senang cakap, begitu banyak memori dicipta oleh anak-anak kita hinggalah sampai suatu masa dan ketikanya anak-anak sudah membesar tanpa kita sedari. Hal ini turut dikongsikan oleh seorang ibu dan turut menyarankan agar ibu-ibu di luar sana untuk turut mengambil gambar kenangan anak-anak di hari pertama persekolahan mereka. Kenapa dan apa sebabnya, jom kita baca perkongsian daripadanya ini.
Banyak gambar anak orientasi darjah 1 hari ni.
Nasihat saya..
Ambiklah gambar banyak-banyak.
Ambiklah video puas-puas.
Dari hari beli barang sampailah hari habis orientasi.
Buat satu folder.
‘1st time school’.
Sungguh!
Sebab sampai satu masa kita tak sedar, anak kita dah nak sekolah menengah. Tetiba je hah.
Dulu mula-mula, kita cuti seminggu.
Ye ye jadi spy intai anak dari jauh.
Betul ke dia masuk kelas.
Betul ke dia pergi kantin.
Betul ke dia bayar duit.
Ambik ke tidak bakinya.
Masa dia nak masuk kelas, dia lambai kita.
Betulkan beg yang berat.
Sama berat pun dengan badan dia.
Tak sanggup tengok.
Rasa nak tolong.
Tapi kita tahan.
Kita biar.
Kita ambik gambar.
Lepas tu tiba masa rehat.
Bila dia nak jalan ke meja makan, nasi dia tumpah kawan langgar.
Anak kita muka blur.
Pandang kiri kanan.
Antara nak minta tolong dengan nak kutip nasi.
Antara nak nangis dengan nak bertenang.
Kita rasa nak lompat masuk pagar.
Nak tolong dia.
Kita pun nak nangis sama.
Tapi, kita tahan.
Kita biarkan.
Kita ambik gambar.
Pastu kang dia nak pergi tandas.
Selalu kalau pergi tandas awam, kita teman dia sampai depan pintu.
Ni dia kena pergi sorang-sorang.
Mana nak betulkan baju.
Mana nak jaga kain jangan basah.
Mana nak capai paip.
Rasa masa tu nak susup masuk tandas.
Nak teman dia macam biasa.
Tapi kita tahan.
Kita biarkan.
Kita ambik gambar.
Tu belum lagi….
Kisah kena denda tak siap kerja.
Kisah kejap kawan, kejap tak kawan dengan member.
Kisah hati kembang kena puji.
Kisah tak puas hati kerja kena komen.
Kisah terlupa bawa barang yang cikgu suruh.
Kisah hati galau pemadam kesayangan hilang.
Ada masa, balik rumah dengan hilai tawa gembira.
Ada hari, masuk kereta dengan linang air mata duka.
Semuanya. Dia akan hadap.
Sampai satu masa.
Kita tunjuk semula gambar anak kita pada hari pertama dia jejak kaki di sekolah sampailah ke sekarang.
“Tengok ni anak. Awak kuat. Awak dah hadap segala benda besar pada saiz awak yang sangat kecik. Awak adalah survivor.”
Begitulah. Cepatnya masa berlalu. Jadi….Ambiklah gambar. Jangan lupa! Supaya nanti kita tak lupa…
Setelah lebih setahun status rumah tangga antara pelawak dan pengacara, Shuk Sahar & passangannya, Rossa Sera menjadi tanda tanya, akhirnya semua terjawab apabila Shuk mendedahkan mereka akhirnya membuat keputusan untuk bercerai.
Menurut laporan mStar, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan mengikut haluan masing-masing dan persetujuan itu dilakukan selepas balik mengerjakan ibadah umrah awal tahun lalu.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.
Walaupun sudah berpisah, namun pelawak yang berusia 37 tahun itu mahu terus menjaga hubungannya bersama anak-anak memandangkan mereka tinggal bersama ibunya di Sabah.
Bagaimanapun, perpisahan yang berlaku menjadikan teladan buat Shuk untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.
“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.
“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang,” jelasnya lagi.
Pada November 2021, Sera memaklumkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk dan akan menerima keputusan mahkamah selepas pulang mengerjakan umrah.
Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Sumber: mStar (Farol Hadi)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.