“Gigihnya Dia Makan Ubat Asalkan Tak Jadi Orang Kelantan” – Netizen

Share

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden mencuri perhtaian netizen ketika dipaksa makan ubat.

Menerusi perkongsian di TikTok, Jebat diminta untuk memilih sama ada dia orang Pulau Pinang mengikut ayahnya atau orang Kalantan mengikut ibunya, dia mengakui dirinya sebagai orang utara.

Menurutnya, orang Pulau Pinang lebih kuat dan berani untuk makan ubat berbanding orang Kelantan.

Di dalam video tersebut, dia teragak – agak untuk menelan ubat yang diberi, namun setelah digelar orang Kelantan, dia sekali lagi mengaku dirinya orang Pulau Pinang.

“Dia orang Kelantan kot,” ujar Nabila.

“Orang Penang,” balas Jebat dan terus menelan ubat yang diberi.

Di ruangan komen, rata – rata netizen terhibur dengan reaksinya yang membezakan antara dua negeri ibu dan bapanya.

Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun mahligai yang dibina musnah dan bercerai pada 9 Julai 2020.

@seorangnur Hahaha kelakar lah Jebat ni 😂 Makan ubat pun ada Penang Kelantan 🤣 #jebatjayden #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Laughing – Gianluca Marino

Sumber: TikTok Seorangnur

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club