
Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden mencuri perhtaian netizen ketika dipaksa makan ubat.
Menerusi perkongsian di TikTok, Jebat diminta untuk memilih sama ada dia orang Pulau Pinang mengikut ayahnya atau orang Kalantan mengikut ibunya, dia mengakui dirinya sebagai orang utara.
Menurutnya, orang Pulau Pinang lebih kuat dan berani untuk makan ubat berbanding orang Kelantan.
Di dalam video tersebut, dia teragak – agak untuk menelan ubat yang diberi, namun setelah digelar orang Kelantan, dia sekali lagi mengaku dirinya orang Pulau Pinang.
“Dia orang Kelantan kot,” ujar Nabila.
“Orang Penang,” balas Jebat dan terus menelan ubat yang diberi.
Di ruangan komen, rata – rata netizen terhibur dengan reaksinya yang membezakan antara dua negeri ibu dan bapanya.
Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun mahligai yang dibina musnah dan bercerai pada 9 Julai 2020.
Sumber: TikTok Seorangnur
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
10 Petanda Anda Sedang Dibohongi Suami. Awas, Salah Satunya Gelisah Atau Tingkah Laku Berubah.

Dibohongi memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.
Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, baca tips berikut.
Mungkin boleh membantu anda mengetahui sama ada suami anda sedang berbohong atau tidak.

1. Berhenti seketika sebelum menjawab soalan
Ciri yang satu ini petanda kebohongan yang paling umum. Berhenti seketika biasa digunakan untuk mencari alasan yang sesuai. Bahkan jika suami sudah mempunyai alasan kukuh, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat kembali apa yang sudah sedia tersusun.
2. Menutupi wajah
Faktanya, beberapa ciri-ciri di wajah kita boleh memberi tindakan ketika kita gugup. Jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang seolah-olah direka, memang anda patut rasa curiga!
3. Tidak mahu melihat mata isteri
Ketika suami tidak mahu mengakui apa yang mungkin telah dilakukan, lihat air muka atau lebih tepat matanya. Jika dia mengelak untuk bertentangan mata semasa bercakap pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.
4. Berpeluh-peluh
Jika suami tiba-tiba berpeluh (padahal cuaca tidak panas), kemungkinan dia sedang berbohong. Berpeluh adalah salah satu tanda orang sedang gugup atau takutkan sesuatu. Mungkin juga gugup untuk bercakap yang benar dengan anda kan?
5. Cerita sering berubah
Setiap orang kadang-kadang boleh menjadi pelupa, namun jika cerita yang disampaikan suami sering berubah, jadi anda harus berwaspada.
6. Menjadi defensif
Saat ada yang ditutup-tutupi, suami akan mudah menjadi defensif, sehingga akan marah semula kepada isteri untuk menghindari pertanyaannya yang lebih lanjut.
7. Memberikan terlalu banyak maklumat
Kadang-kadang kerana berusaha keras untuk meyakinkan anda, suami akan memberikan terlalu banyak maklumat, bahkan menceritakan hal-hal yang tidak penting, seolah-olah mahu mengelak anda bertanyakan lebih lanjut.
8. Sering gelisah
Ketika takut rahsianya terungkap, suami nampak gelisah. Misalnya, menggoyang-goyangkan kakinya, mengambil dan memainkan sesuatu di tangan dan sebagainya bagi menutupi kesalahannya.
9. Tidak menjawab pertanyaan
Suami mungkin akan mencuba mengubah topik perbualan dengan hati-hati untuk menggelak pertanyaan anda yang lebih lanjut. Contohnya, buka cerita lain yang tiada kena-mengena dengan hal yang dibincangkan atau mengajukan pertanyaan kepada anda tentang hal lain yang tidak berkaitan.
10. Suara atau tingkah lakunya berubah
Anda tentu mengenal suami dengan baik. Jadi jika anda menanyakan sesuatu lalu tiba-tiba suara suami berubah nadanya, atau sikapnya tiba-tiba jadi aneh, maka boleh jadi suami sedang berbohong.
Jika 10 tanda di atas ada pada suami anda, sebaiknya jangan cepat melenting. Kena ingat, selesaikan dengan baik dan terus menuduh suami berbohong. Selidik terlebih dahulu sama ada betul atau tidak. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.
sumber: TheAsianParentsMalaysia
Stress Nak Diet, Suami Linda Rafar Lebih Suka Isteri Berisi

Diet adalah salah satu amalan yang baik dalam pengambilan makanan yang seimbang di samping dapat menyihatkan tubuh badan.
Namun, ada juga sesetengah orang yang terlalu obses untuk kurus dan mengamalkan diet tidak sihat.
Bagi Syed Aiman yang merupakan suami kepada pelakon Linda Rafar juga tidak bersetuju isterinya mengamalkan diet.
Sebelum ini Linda mendedahkan bahawa suaminya itu melarang dia untuk bertubuh kurus.
Disebabkan hal itu, Linda sedikit tertekan kerana tidak boleh diet untuk menurunkan berat badannya.
Menerusi hantaran perbualan yang dikongsikan di media sosial, Linda meminta kebenaran suaminya untuk diet.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyebelahi pihak suaminya kerana mempunyai pengalaman yang sama.
Untuk rekod Linda Rafar dan Syed Aiman berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, Syed Rezariiq dan Syed Rezaliif.
Sumber: Instagram Linda Rafar
Ini Sebab Kena Bangun Awal Dari Aspek Islamik Dan Kajian Barat. Inspirasi!

Apabila hujung minggu ramai agaknya ambil kesempatan untuk menyambung kembali tidur. Maklumlah hari-hari biasa sudah pasti kena bangun awal untuk ke tempat kerja, menguruskan anak-anak sekolah dan anak-anak pula ‘terpaksa’ bangun awal untuk ke sekolah. Lazimnya anak-anak yang meningkat remaja yang akan bangun lewat kan.
Siapa pun mereka, kebaikkan bangun awal mempunyai manfaat yang kita kena alert untuk kesihatan. Ingin tahu sebab apa kena bangun awal. Ikuti perkongsian ini dari segi Islamik dan Kajian barat. Sungguh inspirasi.
ISLAMIK
Perkongsian oleh Asma Harun yang menyentuh dari segi Islamik.
Amalan mereka yang dah terbukti berjaya, bermula daripada kekasih Allah bernama Muhammad SAW, Ahli Bait, para Sahabat, Salafussoleh. Begitu juga para dermawan, ilmuan, cendiakawan, karyawan, hartawan, rupawan, cergasan, dll,
Adalah bermula daripada PAGI YANG AWAL ! lagi awal bangun daripada tidur, lagi cepat kehidupan berubah, lagi cepat bahagia, lagi kuat kesabaran, lagi luas ketenangan, lagi bertambah kekayaan, lagi fasih pertuturan, lagi tinggi keyakinan. Cubalah untuk seminggu, nanti sangat terkejut dengan hasilnya.
Jam 4 pagi contohnya, Tahajjud, Baca Quran, istighfar, selawat, mungkin dalam satu jam. Kemudian rutin dan tugasan harian dimulakan seawal jam 5pg, InsyaAllah segala urusan dari sekecil hingga sebesar apapun akan tersusun, sentiasa tenang dan dalam pertolongan Allah.
al Bukhori RA meriwayatkan daripada Abu Barzah RA katanya
وَلَا يُحِبُّ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَلَا الْحَدِيثَ بَعْدَهَا
“Baginda SAW tidak suka tidur sebelumnya ( isyak iaitu selepas maghrib ) dan bersembang selepas isyak.”
*Sunnah Nabi ialah untuk tidur awal sabaik selepas isyak, dan bangun seawal pagi dalam jam 1. Marilah kita berazam utk tidur dan bangun lebih awal, moga hidup kita Dunia dan Akhirat akan berubah.
KAJIAN BARAT

Dalam pada itu, melalui perkongsian ini mengenai kajian barat mendedahkan mengenai sebab dari segi aspek kajian barat. Boleh jadi panduan bersama.
Tahu ke tak tahu bahawasanya bangun seawal 4.30 pagi mempunyai banyak kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri. Bukan agama Islam je yang menyuruh penganutnya bangun awal pagi malah mereka yang beragama lain pun sama. Jom semak 10 kebaikan bangun awal pagi sebelum matahari terbit;
1. Kajian oleh University Texas pada tahun 2008 telah menunjukkan, pelajar yang bangun awal pagi memperolehi gred CGPA yang lebih tinggi berbanding pelajar yang suka berjaga malam dan bangun lewat pagi.
2. Cristoph Randler, seorang pakar Biologi dari Harvard telah menemui bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awal adalah lebih proaktif. Mereka ini mempunyai impian dan matlamat jangka masa panjang dan berusaha gigih untuk mencapai segala yang diimpikan.
3. Kajian dari Randler juga menunjukkan, mereka yang mengamalkan tabiat bangun awal pagi berupaya menangani masalah dengan lebih efisien. Biasanya mereka ini lebih berjaya dalam dunia bisnes.
4. Perancang masa yang lebih baik. Mereka mempunyai banyak masa yang sunyi sepi untuk menetapkan matlamat hidup, organisasi dan rancangan sepanjang hari dan minggu.
5. Mempunyai lebih banyak masa untuk bersenam. Senaman yang konsisten mampu meningkatkan tenaga, mood yang baik, kecergasan dan membantu tidur waktu malam yang lebih lena.
6. Pakar mengatakan, mereka yang mempunyai tabiat tidur awal dan bangun awal pagi mempunyai ritma alam semulajadi yang seimbang. Ini membantu waktu tidur yang berkualiti.
7. Mereka yang mempunyak tabiat bangun awal pagi lebih gembira, optimis, positif, rajin dan teratur.Mereka yang sering tidur lewat malam dan bangun lewat pagi mudah mendapat tekanan dan pesimis (berfikiran negatif). Kajian dari Jerman pada tahun 2013 telah menemui hubungan rapat antara tekanan mental dan tabiat tidur lewat malam.
8. Dapat mengelakkan kesesakan ketika menggunakan pengangkutan awam dan lalulintas dengan kata lain dapat mengelak dari terburu-buru mengejar masa.
9. Cenderung untuk mengambil sarapan yang lebih sihat dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih menawan. Kajian dari University Northwestern pada tahun 2011, mereka yang sering tidur lewat malam cenderung mengambil sebanyak 248 lebih banyak kalori dalam sehari dan mempunyai purata BMI yang lebih tinggi 2 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal pagi.
10. Bangun awal pagi membolehkan kita menjalankan ibadah seperti solat sunat fajar, solat sunar tahajjud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh. Ketika inilah Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki, memakbulkan doa-doa mereka yang berdoa dan memberi dorongan dan kekuatan kepada jiwa hamba-hambaNya.
Banyaknnya faedah yang diiperolehi bila bangun awal pagi. Apa lagi jom ubah sikap. Dan pastinya dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti bebas dari tekanan.