Kalau fikir balik, bila last anda jumpa doktor gigi untuk cek tentang gigi anda?
Jangan ingat, gigi yang nampak elok dan tidak berlubang tu ok tau! Sebenarnya boleh mengakibatkan kesakitan sepanjang hari dek kerana ia bergoyang teruk.
Misalnya seperti yang dikongsikan oleeh seorang doktor gigi tentang pengalaman pesakitnya, ia berpunca kerana terdapat banyaknya karang gigi yang berkumpul di bahagian akar gigi sehingga menyebabkan tulang dan gusi menjadi reput. Jadi pesannya, rajinkan diri memberus dan floss gigi setiap hari dan mendapatkan rawatan scaling setiap tahun.
BERUS & FLOSS GIGI SETIAP HARI, RAWATAN SCALING SETIAP TAHUN
Ini gigi seorang pesakit saya.
Pesakit mengadu gigi geraham dia yang sebelah kiri atas tu bergoyang sejak sebulan dua ni. Sakitlah bila nak mengunyah makanan tu sebab gigi tak duduk diam.
Jadi dia minta tolong saya cabutkan. Macam biasalah sebelum cabut saya periksa dahulu mulut pesakit secara keseluruhan.
Betullah ada satu gigi atas kiri tu yang bergoyang teruk. Lekat sikit ja dengan gusi. Gigi pula nampak masih elok. Satu lubang pun tak ada. Lepas dah cabut gigi tu, saya tunjukkan kepada tuannya.
IA DISEBABKAN BANYAK KARANG GIGI BERKUMPUL HINGGA KE BAHAGIAN AKAR
Saya bagitau gigi ni bergoyang sebab banyak sangat karang gigi. Sampai ke bahagian akar gigi karang tu berkumpul.
Lama-lama karang gigi tu reputkan tulang dan gusi. Sebab itu gigi jadi bergoyang.
Saya pesan supaya nanti buat rawatan scaling untuk bersihkan karang gigi sebelum gigi yang lain pula bergoyang sama nanti.
Jadi saya nak pesan benda yang sama dekat semua pembaca supaya selalu berus gigi dan floss gigi setiap hari, kemudian buat rawatan scaling di klinik gigi setiap tahun ya.
Tak dapat buat 6 bulan sekali, setahun sekali pun dah memadai ya.
Sumber: Facebook Mohd Khairul Izwan