Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli berkongsi berita mengenai situasi isterinya, Anissa Faizul yang menerima rawatan di KPJ Penang Specialist Hospital.
Menurut doktor, terdapat jangkitan kuman pada air kencing Annisa. Perkhabaran tersebut dikongsikanPengarah filem Mael Totey The Movie menerusi laman Instagramnya.
“Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada jangkitan kuman dalam air kencing.
“Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye,” tulisnya.
Annisa kini terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di hospital.
Justeru bapa kepada seorang cahaya mata ini memohon semua pihak menitipkan doa dan diberikan kesembuhan buat isterinya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram sebelum ini, Nissa memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Untuk rekod, Syahmi dan Nissa telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah.
Sumber: syahmisazli
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!