German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang pernah makan Nasi Crispy Beef kawasan Wangsa Maju pastinya teringin nak menikmati hidangan ini. Sudah tentu keenakan hidangan ini, membuatkan ramai yang ‘mengidam’ menu ini.
Disebabkan dalam tempoh PKP tentu kita tidak boleh bergerak bebas dalam jarak untuk ke kedai. Buat yang ingin memcuba hidangan ini, apa kita buat sendiri di rumah.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju(kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri. Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan Bahan-bahan: (3-4 orang makan) 400g daging 1 biji bawang Holland 2 sudu besar kicap cair 1 butir telur 2 ulas bawang putih 1 sudu empingan cili 1-2 cawan tepung jagung 1 sudu besar lada sulah 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar cuka 1 sudu besar bijan(disangai) Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat.
Cara masak nasi bawang
Di kedai kawan saya tu Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef
Cuci beras. Letak bawang goreng dan minyaknya. Masukkan garam. Letak sikit mentega atau ghee jika mahu. Tanak nasi macam biasa dalam “rice cooker”.
Cara masak Crispy Beef
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kanji/kentang(potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang(cara masak nasi bawang ada di ruangan komen).
Rasa kecewa bila dapat duit kertas yang koyak kan atau tanpa sengaja anak-anak anda bermain dan mengoyakkan duit tersebut. Lagi lagi jika nilainya agak besar, nak marah pun benda dah terjadi kan. Tapi tahukah anda, sebenarnya duit koyak ini ada nilainya. Jangan dibuang terus.
Mungkin pada pandangan mata seakan sudah tidak ada nilai, tetapi jangan dibuang kerana masih bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM).
Menerusi perkongsian Abdul Rahman Al Amin Bin Ismail, duit kertas rosak yang ditukarkan di BNM masih mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung kepada saiz.
Namun sekiranya wang tersebut kurang 1/2 daripada saiz wasal wang kertas, ianya sudah tidak mempunyai nilai lagi.
Tip duit terkoyak : Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu. Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz. Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.
Tip duit terkoyak :
Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu.
Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
Cili kering memang antara ramuan wajib dalam pembuatan sambal. Inilah petua paling utama untuk menjadikan sambal kita sedap seumpama masakan mak di rumah.
Kata orang, rasa yang berkualiti. Itulah kelebihan cili kering.
Namun bagi anda yang tidak makan pedas, hati-hati dalam pemilihan cili kering semasa membeli di kedai. Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari.
Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya. Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini.
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja.
# Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih! Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di