
Lain orang, lain seleranya. Lagi-lagi dalam memilih makanan. Betul tak? Ada sesetengah orang suka ikut peredaran masa, makan ikut trend masa kini. Malah ada juga yang memang tekak orang zaman dulu, suka makanan dulu-dulu termasuklah kuih-kuih yang dahulu kala mak-mak kita selalu buat.
Yang mana tak ada plan apa petang-petang hening ni, boleh la santai bersama keluarga minum petang apam nasi ni. Sambil makan, sambil imbas kenangan dulu-dulu. Mesti meriah kan? Jom ikuti resipi dari Suhaila Sulaiman ni!
Suka melekat kat lelangit,di letak eno @ baking powder..itu antara sebab knp dulu sy tak suka mkn apam nasi.Sy suka pada rasa apam nasi yg ori..cuma guna yis saje.
Sy olah resepi yg ada..ni lah hasilnya.Jauh lebih sedap dn ramai yg suka..ikut sukatan bahan yg sy bagi(jgn ubah) .. innsyaallah pasti anda pun terikut suka 😁😀
RESIPI APAM NASI
1 cwn nasi – kisar halus
1/2 cwn gula( lebihkn klu nk manis lg)
11/2 cwn air
1/2 cwn tpung beras
11/2 tpung gandum
1/2 sk mauripan( lebihkn klu nk cpt di kukus)
● gaul semua bahan..kukus 8 minit jer(utk cup yg kecil spt gmbr di bwh)
● sy bancuh bahan pukul 12 tghari,sy mula kukus jam 6 ptg..sbb tu sy cuma letak sdikit yis( mauripan) saje.




Cara Paling Mudah Buat Ikan Pekasam Sendiri, Memang Terlajak Sedap Rasanya!

Bagi masyarakat di Utara tanahair, ikan pekasam umpama makanan wajib bagi masyarakat di sana. Penambah selera kala buntu dan jemu dengan sajian menu setiap hari.
Makan nasi panas dengan ikan pekasam juga sudah cukup memadai. Tak perlukan lauk pauk yang lain. Memang bangkit selera.
Kebiasaannya kita hanya membeli pekasam di kedai sahaja. Maklumlah tak pernah terfikir cara untuk menyediakannya sendiri di rumah. Pun begitu rasa yang kadang-kala sedap dan ada juga yang kurang buat kita rasa geram dan tak puas
bila makan.
Jawapannya tentu sahaja buat sendiri di rumah adalah pilihan terbaik. Sebenarnya mudah sahaja nak hasilkan sendiri ikan pekasam di rumah. Ikuti perkongsian ini. Senang je nak buatnya.
Bahan-bahan:
Beras yang siap dibasuh & ditoskan sehingga kering
Garam kasar
Ikan yang siap dibersihkan
Caranya:
Langkah 1:
– Gaul rata ikan yang siap dibersihkan tadi dengan garam kasar.
– Masukkan juga garam kasar ke dalam bahagian dalam ikan.
– Perap ikan tersebut di dalam bekas yang ditutup rapat selama 3 malam
Langkah 2:
– Goreng/sangai beras yang siap dibersihkan tadi hingga menjadi keperangan.
– Goreng dengan api yang sederhana.
Langkah 3:
– Kisar beras yang siap digoreng tadi.
– Kisar jangan terlalu halus.
Langkah 4:
– Masukkan sedikit air putih ke dalam beras yang siap dikisar tadi.
– Gaul rata
Langkah 5 :
– Bersihkan dahulu ikan daripada garam kasar.
– Gaul ikan yang siap dibersihkan tadi bersama beras yang siap dikisar yang dicampur dengan air.
– Gaul rata
– Masukkan sekali beras ke dalam bahagian dalam ikan.
Langkah 6 :
– Perap ikan yang siap digaul dengan beras perang yang siap dikisar di dalam bekas yang rapat.
– Pastikan tiada lalat atau serangga kecil dapat masuk ke dalam bekas tersebut.
– Perap sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari.
Setelah 21 hari diperap di dalam bekas.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Ketom Ketom
Telur Dadar Bergulung Ala Korea. Bukan Je Sedap, Warna Warni Lagi. Confirm Anak-anak Suka!

Tidak dinafikan, seisi keluarga memang suka makan telur dadar. Kiranya inilah menu paling ringkas dan mudah untuk disediakan untuk sempurnakan lagi set hidangan yang terhidang di atas meja.
Pun begitu, menyuntik sedikit kelainan pada menu telur dadar ini apa kata kalau dibuat cara begini.
Ianya nampak menyelerakan dan pastinya comel di mata anak-anak. Nak tahu resipinya, ini dikongsikan oleh Rarra Sakura, bolehlah dicuba.
“Siapa yang jemu goreng telur dadar cara yang biasa tu boleh try cara begini pula. Kita buat style Tamagoyaki @ Korean Egg Rolls..bahan sama sahaja macam nak buat telur dadar biasa cuma kaedah dia main gulung-gulung.”-Rarra Sakura
Tamagoyaki @ Telur Dadar Gulung
Bahan-bahan:
4 biji telur
Karot, bawang, cili, daun bawang (diced/potong halus)
1 sudu besar susu segar @ mayonis
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak
Kuali (non stick lagi ok)
Cara
1. Pecahkan telur. Pukul bersama garam, susu atau mayonis, kemudian tapiskan (untuk dapatkan telur dadar yang licin)
2. Masukkan pula, karot, daun bawang, cili dan bawang yang telah diced tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan serbuk lada hitam sikit.
3.Panaskan kuali, boleh sapukan sikit minyak guna tisu. Kalau guna kuali non stick lagi ok ia tak lekat. Guna api kecil sahaja.
4. Cedok adunan sebanyak 1 senduk, layangkan dalam kuali. Agak-agak macam separuh masak, gulung separuh, kemudian ketepikan gulungan itu ke sisi kuali. Kemudian, tuang 1 senduk lagi adunan telur. Ulang step sampai dapat 1 gulung telur (boleh rujuk gambar kalau explaination kurang jelas)
Bila dah dapat 1 gulungan besar (macam gambar), guna pisau tajam, potong. Dah siap telur dadar gulung ala-ala jepun @ korean.
Selamat mencuba
sumber : Rarra Sakura via MAHN
Aneka Resipi Cucur, Sesuai Buat Sarapan & Minum Petang. Paling Unik Jemput Kelapa!

Cucur merupakan juadah sarapan atau minum petang yang paling mudah untuk dibuat serta mengenyangkan. Namun, walaupun dirasakan mudah, ramai juga dalam kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk buat cucur bulat-bulat elok dan sedap dimakan. Idea nak buat cucur apa pun tak ada jadi kenalah cari resepi cucur apa yang boleh dibuat kan?
Untuk anda yang masih lagi tercari-cari idea resepi cucur dan bahan-bahan yang betul supaya cucur menjadi rangup dan gebu, berikut merupakan 7 resepi yang boleh dijadikan panduan!
7 RESEPI CUCUR PALING MUDAH BUAT UNTUK SARAPAN & MINUM PETANG
1.Resepi Jemput Kelapa
Ranggup di luar, lembut dan lemak di dalamnya.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung (saya guna tepung naik sendiri)
3 sudu tepung beras
1 cawan kelapa (putih sahaja)
1/4 cawan gula (ikut pada kemanisan yang dikehendaki)
Secubit garam
Susu cair
Air secukupnya
Cara-caranya:
-Satukan semua bahan di atas ke dalam besen.
-Masukkan air, sedikit susu cair dan masukkan sedikit-sedikit sehingga dapat adunan yang sederhana pekat.
-Guna senduk atau whisk kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Kalau cair tambah sedikit lagi tepung atau kelapa.
-Sediakan periuk atau kuali. Masukkan minyak secukupnya. Jangan sikit sangat, nanti jemput-jemput tak terapung dan leper.
-Pastikan minyak betul-betul panas, masukkan jemput guna tangan. Bila kekuningan dan garing, angkat dan toskan minyak.
-Pastikan minyak betul panas, untuk elakkan jemput-jemput serap minyak.
2.Resepi Jemput Ikan Bilis
Bahan-bahannya:-
-2 cawan tepung gandum
-Segenggam ikan bilis
-Cili hilis secukupnya
-Daun sup/kucai
-Bawang besar hiris secukupnya
-Sedikit garam dan kiub ikan bilis
-1/4 sudu kecil soda bikarbonat
-Air panas 1/2 cawan
-Air biasa 1 1/2 cawan..
Cara-caranya:-
-Satukan bahan A dalam bekas besar. Masukkan air panas dan air biasa..
-Gaul sebati..
-Biarkan 5 minit
-Panas kan minyak..
-Dan boleh lah menggoreng hingga kekuningan
3.Jemput kentang bilis
Bahan-bahannya:-
-Air sejuk (air penapis yang cold tu)
-Tepung gandum..anggaran dalam 2 cawan
-Bilis, bawang putih, cili sebiji 2 je ..tumbuk halus + garam dan serbuk perisa sikit masa tumbuk tu.
-Kentang racik halus-halus
-Bawang besar hiris
-Serbuk penaik 1 sudu kecil.
Cara-caranya :-
Masukkan tepung, serbuk penaik dengan bahan yang dah kita tumbuk tu tadi, masukkan kentang, bawang besar, gaul rata-rata..baru masuk kn air..air agak-agak je..tepungnya bancuh cair-cair sikit..Jangan pekat sangat. Lepas tu goreng macam biasa..goreng mesti tenggelam minyak..kentang kena halus-halus..fungsi nak cepat masak dan rangup bila makan.
4.Cekodok labu lemak manis
Bahan-bahan:-
1/2 biji labu.
3 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1 kotak kecil santan
1/4 cawan gula perang atau gula putih (tambah lagi kalau nak manis)
1 biji telur (optional)
Secubit garam
Air
Cara-cara:-
-Labu di buang kulit.
-Rebus atau kukus labu hingga lembut dan empuk
-Bila labu dah empuk.lenyekkan labu.
-Masukkan telu,gula, santan, garam secubit dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga semuanya bergaul sebati.
-Kalau adunan pekat,boleh tambah air hingga dapat adunan yang sederhana (macam nak buat cekodok pisang tu) boleh ambil skit rasa kalau cukup manis semua bolehlah menggoreng.
-Sediakan minyak secukupnya.
-Saya goreng dalam periuk je.
-Jemput adunan dengan tangan atau guna sudu. Saya pakai tangan je, basuh dulu tangan dan sedia mengoreng bila minyak betul-betul panas.
-Goreng hingga kekuningan, dah masak angkat dan hidang.
5.Cucur udang
Bahan-bahannya:-
-1 kg tepung gandum
-Sepaket mauripan
-Udang (saiz udang terpulang kepada kesukaan memasing)
-Sedikit serbuk kunyit
-Garam (secukup rasa)
Cara-caranya:-
1. Sediakan bekas, masukkan tepung, mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2. Selepas mendapat adunan yang dikehendaki masukkan daun kucai dan kacau sebati.
3. Biarkan adunan seketika sehingga ia mengembang.
4. Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi.
5. Letakkan udang ke atas cucur yang hendak digoreng.
6. Selepas cucur nampak garing sekata, angkat toskan minyak. Sedia untuk dihidangkan.
6.Cucur roti
Bahan-bahan:-
-8 keping roti (guna roti gardenia)
-3 biji telur ayam saiz besar
-1/2 cawan susu segar
-1/2 cawan serbuk roti
-1 genggam ikan bilis saiz kecil
-1 pokok daun bawang dipotong kecil
-10 batang daun kucai dipotong kecil
-1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
-1/2 keping kiub ikan bilis
-Secubit garam
-Cili merah dipotong halus jika suka
-Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
1- Roti dipotong kecil-kecil. Masukkan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi.Masukkan kiub ikan bilis + garam.
2- Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili yang dipotong halus.Gaulkan semuanya.
3- Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair.
4- Panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.
5-Hidangkan panas-panas bersama cili sos.
7.Cucur sayur rangup
Bahan-bahannya:-
Bahan A:
-1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
-1 sudu kecil baiking powder *
-1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
-1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
-1 sudu besar minyak masak*
-1 biji telor ayam *
-Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata
Bahan B:
-1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
-1 cawan karet yang dihiris halus
-1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
-1 biji bawang besar yg dihiris halus
-1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda. 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair. Pilihan Lain : Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan ke dalam adunan
ATAU Udang Basah yang buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam adunan.
Cara-caranya:-
-Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
-Gaul rata supaya menjadi sebati
-Kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang cantik
-Masukkan ikan bilis atau pun udang yang menjadi pilihan anda
-Rasa tahap kesedapan anda
-Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit
-Barulah digoreng
*Selamat mencuba!
Sumber: Resepi Dapur Opah