Sebab tanah macam-macam perkara boleh jadi, ada sahaja yang tidak puas hati dan sekali gus bergaduh adik beradik kalau tidak sepakat. Hatta bab nak pegang atau simpan geran pun boleh jadi isu. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh peguam ini.
BERGADUH SOAL SIAPA YANG PEGANG GERAN TANAH. BAGAIMANA PENYELESAIANNYA?
Masalah ini selalu dihadapi oleh penama-penama dalam geran kongsi pemilikan bersama.
Apa dia? Bergaduh fasal siapa yang patut pegang geran tanah.
Isu ni kecik je sebenarnya. Tapi disebabkan tak de ilmu, benda kecik pun boleh jadi bahan untuk berbalah satu sama lain.
Banyak saya dapati hanya satu pihak sahaja yang “konker” pegang geran. Bila orang lain nak pinjam geran untuk sesuatu urusan, bukan main kerek nya dia.
Konon takut geran hilang lah. Takut nanti tak pulang balik lah. Macam-macam alasan lah diberi nya. Macam lah geran tanah tu boleh bawak mati dalam kubur.
Sebenarnya, isu siapa yang patut pegang geran tanah tu tak penting pun. Dan tak sepatutnya pun dijadikan bahan untuk berbalah.
Asalkan nama anda ada didaftarkan dalam geran tersebut sebagai pemilik berdaftar, dari segi perundangan hak dan kepentingan anda akan sentiasa dilindungi oleh undang-undang. Jadi apa nak takut kalau tak pegang geran sekalipun.
Habis tu nanti kalau dia seorang saja yang pegang geran, kalau saya nak jual atau buat pindahmilik kepada anak saya macam mana? Banyak jugak yang tanya soalan ni.
Sebenarnya tak de masalah, kalaulah sekiranya pemilik bersama yang pegang geran tu tak kasi pinjam geran untuk anda uruskan urusan pindahmilik, anda sebenarnya boleh tulis surat kepada pejabat tanah memaklumkan yang anda ingin melakukan urusan pendaftaran pindahmilik tetapi pemilik bersama yang pegang geran tersebut enggan serahkan geran tanah asal tersebut kepada anda.
Pejabat tanah boleh arahkan pemilik bersama yang pegang geran asal tanah tadi menyerahkan geran tanah asal tersebut kepada pejabat tanah untuk tujuan di atas. Sekiranya pemilik bersama tadi enggan beri kerjasama, pejabat tanah boleh keluarkan
Ads
GERAN PENDUA untuk membolehkan urusan pendaftaran pindahmilik tadi dilakukan.
Bukan itu sahaja, pemilik bersama yang degil tak nak serah geran tanah asal tadi boleh diambil tindakan undang-undang seperti didenda atau dipenjara.
Kemudian ada juga yang tanya. Tak boleh ke pejabat tanah keluarkan satu geran seorang kepada setiap pemilik bersama? Baru lah senang.
Dalam Kanun Tanah Negara menyatakan dalam satu masa, hanya satu Suratan Hakmilik Asal (Geran Tanah Asal) sahaja akan dikeluarkan untuk satu bidang tanah.
Ertinya, setiap satu tanah hanya akan ada satu geran asal sahaja. Dia tidak akan jadi 10 geran atau 20 geran untuk satu tanah, walaupun penama dalam geran itu melebihi seorang.
Jadi soal siapa nak pegang geran asal tu pakat-pakat lah anda selesaikan secara baik.
Dalam Kanun Tanah Negara tak de pun menetapkan syarat-syarat siapa yang patut pegang geran untuk tanah geran pemilikan bersama ni.
Cuma dari segi amalan kebiasaannya, mungkin pemilik bersama yang mempunyai bahagian terbesar yang akan pegang geran. Pun begitu ia tidak semestinya begitu. Boleh sahaja kalau nak dibuat penggiliran siapa yang pegang geran.
Ads
Misalnya tahun ni Pak Abu pegang geran. Tahun depan Pak Karim. Begitulah seterusnya sampai semua pemilik bersama dalam geran tu merasa pegang geran asal tanah tersebut.
Tetapi kalau masih nak bergaduh jugak, simpan sahaja lah geran asal tanah tu kat pejabat tanah.
Kalau korang nak tahu, Pejabat tanah ada sediakan perkhidmatan menyimpan geran asal bagi sesuatu tanah. Cara ini lebih baik dan lebih selamat. Geran pun selamat. Tak payah nak bergaduh soal siapa nak pegang geran lagi.
Kalau mana mana pemilik bersama ada sebarang urusan nak buat berkenaan tanah tersebut seperti nak buat urusan pindahmilik bahagian dia kepada anak dia misalnya, boleh terus ke pejabat tanah dan petugas di pejabat tanah akan dapatkanya untuk anda. Selepas selesai urusan tersebut, pejabat tanah akan simpan dan jaga geran tersebut bagi pihak anda.
Aduhai..benda kecik pun nak gaduh..buat malu saja.
Inilah pentingnya ilmu perundangan hartanah. Kalau takde ilmu pasti semua tindakan kita akan berdasarkan emosi dan perasaan.
Ads
Urusan tanah ni kalau nak selesai guna emosi dan perasaan, memang tak kan selesai lah jawabnya. Sebaliknya nak selesai kena ikut lah Undang-undang. Undang-undang tanah di negara kita ni bukan semalam baru kerajaan gubal. Dah ada sejak merdeka lagi. Jadi ia antara Undang-undang yang boleh dikatakan lengkap dan detail di negara kita.
Pendek kata, jika anda faham undang-undang, insyaallah semua masalah berkenaan tanah akan dapat diselesaikan dengan baik.
Wallahuaklam.
Apabila menjadi ibu bapa, kita mahu didik anak sebaik mungkin. Namun hakikatnya tabiat ibu bapa terhadap anak boleh mempengaruhi masa depannya.
Malah kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar. Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa.
Begitu dengan perkongsian ini yang menjelaskan bagaimana untuk menjadi ibu bapa yag cool.
1 – Jangan jadi perfectionist
Anak anak ni dah perfect. Allah dah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita je yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.
2 – Rendahkan expectation
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.
3 – Jangan fokus pada result
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak anak ni serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekan la kita jadinya. Fokus pada usaha, insyaAllah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.
4 – Berhenti shiny parenting
Shiny parenting syndrome ni adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara tu, bila ada orang share tips didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.
5 – Berhenti comparing
Setiap anak ni unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buat la macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak anak tu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stress malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.
6 – Jaga waktu tidur
Tidur ni fundamental needs manusia. Kurang tidur badan akan jadi lemah, terlebih tidur pula badan akan jadi lemau. Oleh itu, jaga waktu tidur yang sihat 6-8 jam sahaja sehari.
7 – Selalu peluk anak
Bila peluk & cium anak bukan sahaja terhasil hormon bonding dan hormon kasih sayang tapi pelukan tu juga ada efek self-healing dan mood booster. Susah sangat nak rasa tenang cuba periksa balik ada tak peluk anak sekurangnya 3 minit sehari?
8 – Selalu buat self-care
Jarang buat self-care maka jarang la kita akan jadi baik. Selalu je rasa stress, depress, lembik dan sakit hati. Itu la masalahnya, besarkan anak anak ni 24 jam penuh dengan ujian, kalau emosi tak kuat memang senang sangat nak trigger nafsu kemarahan.
9 – Banyakkan bersyukur!
Self-gratitude ni rahsia orang orang yang tenang dan sabar. Bila kita banyak bersyukur, percayalah benda yang kita rasa tak puas hati tu akan berkurang dengan drastiknya.
10 – Berdoa!
Akhir sekali kalau dah cuba macam macam teknik dan petua tetap juga tak sabar dan tenang, berdoa la. Tak ada yang boleh beri rasa sabar melainkan Allah yang maha sabar ( Al-Sabur ) dan yang maha menenangkan ( Al-Mu’min )
Saya doakan semua yang baca & share post saya ni jadi ibu ayah yang cool dan di cintai anak anak. Amin 🤲
Wallahu A’lam,
Sejak bulan Ramadan ni, carian paling tinggi adalah berkaitan dengan resepi. Bagi yang ketandusan idea, sudah tentu akan mencari resepi yang sihat dan sedap untuk berbuka puasa kan. Sudah pasti semua orang pun macam ni.
Hujung minggu ni, apa kata cuba resepi minuman berasaskan sirap biandung. Sebut aje resepi minum sirap bandung aje pun dah buat kecur air liur. Jika ada tambahan bahan-bahan dalam minuman ni, tentu lagi superb!
Resepi pelbagai aneka sirap bandung ini mendapat share yang tinggi, sudah tentu anda kena cuba salah satunya. Buat lebih jimat kos kan. Menarik! Tapi macam mana membuatnya?
Ikuti resepi ini.
✔️ Sirap Bandung Tembikai ✔️ Sirap Bandung 3 Layer ✔️ Sirap Bandung Soda Float ✔️ Sirap Bandung Strawberry ✔️ Sirap Bandung Ais Laici ✔️ Sirap Bandung Soda Ais Cincau
Sirap Bandung Tembikai
Bahan:
1/2 buah tembikai tanpa biji, potong dadu
susu cair
sirap
ais secukupnya
Cara membuat:
Campur semua bahan jadikan satu.
Kredit: Khoriff by Bonda
Sirap Bandung 3 Layer
Masak gula melaka dengan sedikit air. Tunggu sejuk.
Dalam gelas, masukkan ais,
Air gula melaka,
Masukkan susu lazz asli/ kurma bancuh pekat.
Masukkan cincau
Masukkan air sira warna merah.
Siap!
Resepi Sirap Bandung Soda Float
Bahan-bahan:
– 1/4 cawan ibu sirap
– gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
– 3/4 tin susu cair
– 3/4 jug kuib ais
– 1/2 tin ice cream soda
.
Cara membuatnya:
1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais.
2. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.
Sejak dunia dilanda pendemik virus paling bahaya di dunia, manusia seluruh dunia menjalani norma baharu.
Sudah tentunya ia meninggalkan pelbagai kesan kepada kehidupan termasuk mengugat taraf ekonomi keluarga termasuk hilang pekerjaan atau perniagaan terpaksa ditutup. Malah paling menyedihkan kehilangan ahli keluarga.
Akhirnya pada awal tahun ni, negara-negara di seluruh dunia mula menerima vaksin sebagai imunisasi baru dalam tubuh badan manusia bagi mencegah jangkitan virus bahaya itu.
Begitu juga dengan Malaysia. Khabar gembira mula bersinar apabila pada vaksin Pfizer-BioNTech tiba di negara ini awal tahun ni.
Sejarah tercipta buat rakyat Malaysia apabila, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada pertengahan Feb lalu yang menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian bagi suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
VAKSIN SINOVAC
Terkini, Malaysia akan menggunakan vaksin SINOVAC keluaran China mulai 18 Mac ini di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.
Menurut Menteri Penyelarasan Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, beliau akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin jenis itu di negara ini.
Bagi mereka yang masih belum daftar, MySejahtera adalah aplikasi rasmi kerajaan bagi pendaftaran vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Setakat ini, seramai 1.065 juta orang sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.