Sepanjang PKP ni, tentu mak-mak sentiasa mencari idea untuk memasak untuk seisi keluarga. Maklumlah anak-anak pun, duduk di rumah. Tentu kerap anak ke dapur mencari makanan.
Kali ini Majalah Keluarga ingin berkongsi resipi mudah dan sedap untuk minum petang. Apam susu gebu gebas. Memang sedap! Makan panas-panas pasti licin. Bahan-bahan nak buat pun mudah. Semua bahan-bahan ada di ruang rak dapur anda. Jom!
Ikuti perkongsian ini.
Bahan-bahannya:
Bahan A: 4 biji telur (bilik suhu),1 sudu besar ovalet (suhu bilik),3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik), 1 sudu kecil Asen Vanilla,1 cwn gula * semua bahan kat atas putar hingga kembang dan putih (ringan) jika tiada pengadun, gunakan blender pun boleh.
Bahan B: 2 cwn Tepung gandum
Cara penyediaan:
1. Apabila adunan A sudah siap diputar, tambahkan dua cawan cawan tepung gandum. Gunakan kaedah kaup balik dan gaul sebati.
2. Selepas itu, asingkan ke dalam beberapa bekas dan letakkan warna yang disukai.
3. Jangan lupa sapukan acuan dengan mentega dulu supaya adunan senang dikeluarkan.
4. Kukus selama 30 minit. Guna api yang kuat. Pastikan air mendidih terlebih dahulu dan baru masukkan adunan.
Tip:
Untuk mengelakkan apam bantat, pastikan pengudus tudung dibalut dengan kain dahulu kerana jika udara menitik, apam akan menjadi bantat dan permukaannya tidak cantik. – Pastikan putar atau blender adunan selama mungkin dalam 15 hingga 20 minit kerana apam susu, lagi lama diputar, semakin gebu hasilnya.
Sumber: Eyza Liza