
Nak timba ilmu ni tak pandang dek umur, dalam Islam pun tidak meletakkan had dan menggalakkan kita untuk menuntut ilmu.
Sesuai dijadikan inspirasi buat golongan muda, pelakon dan juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menggenggam ijazah sarjana pada usia 43 tahun.
Zed Zaidi atau nama lengkapnya Rozaidi Abdul Jamil, 43, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di City University Malaysia, telah memuat naik foto upacara bermakna yang turut dihadiri isteri, Natalia Datuk Mustafa.
“Akhirnya selesai segala cabaran dan ujian untuk menghabiskan pengajian ini.
“Terima kasih kepada isteri, anak, keluarga dan pensyarah yang banyak memberikan kata-kata semangat untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Pendidikan Kepimpinan dan Pengurusan (Masters of Education Leadership and Management).
“SEMOGA APA YANG SAYA LALUI MENJADI MOTIVASI KEPADA MEREKA YANG INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sedikit info, beliau sebelum ini memiliki Diploma Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia.
Pada 2016, bapa kepada tiga cahaya mata ini menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dikecapinya. Malah, ada juga yang menjadikan kejayaan yang dicapai ini sebagai inspirasi bagi diri mereka.
Sumber: Instagram Zed Zaidi
Gajet Tak Salah Pun, Cuma Yang Salah Sebab Ini. Rupanya 7 Teknik Ini Yang Kena Alert!

Biasa dengar kan gajet itu bahaya. Malah ada yang memandang sini kepada sesiapa sahaja ibu bapa yang membenarkan mengunakan gajet.
Benar, pengunaan gajet memang bahaya kepada kanak-kanak. jika ia digunakan secara melampu akan mendatangkan kemudaratan. Namun apabila digunakan secara kawalan, ia mendatangkan kebaikkan.
Sebagaimana perkongsian ini. Menerusi perkongsian saudara Mohd Fhais Salim
menjelaskan cara yang betul untuk mengelak gajet itu membahaya kepada anak. Moga kita jadi ibu bapa yang cakna dalam mendidik anak.
Begini cara yang betul jika mahu memberi gajet kepada anak.
Telefon & gajet tak pernah salah! Tak haram pun bagi anak main telefon & gajet malah digalakkan lagi jika ia boleh bantu ringankan tugas ibu ayah. Silakan!
Cuma yang jadi salah bila kita :
– Biarkan anak guna secara melampau
– Guna untuk melekakan anak
– Langsung tak pantau screen aktiviti anak
– Tidak pernah kawal screen time dia
– Langsung tak ada rules / displin
– Beri anak kebebasan sepenuhnya
– Terlalu manja beri sahaja telefon bila di minta
– Nampak anak bosan terus bagi telefon
Kita yang patut guna teknologi, bukan teknologi yang guna-gunakan kita tau.
Semua ibu ayah kena tahu 7 formula untuk cegah Screen Addiction ni sebelum terlambat.
7 teknik yang kena tahu
1 Parent Approval
Paling asas sekali anak mesti kena tahu bahawa nak guna telefon atau gajet kena minta izin ibu ayah dulu.
Bila tak di ajar minta izin itu yang anak rasa bahawa dia ada hak untuk main telefon tanpa izin ibu ayahnya.
2 Reward vs bribe
Ini kesilapan yang kita selalu lakukan. Selalu beri rasuah ( bribe ) dengan telefon & gajet.
“Abg buat kerja sekolah sampai siap lepas tu baru boleh main games”
Reward lebih baik. Sebab ia mengalakkan positif correction behaviour berbanding bribe.
3 Positive correction
Sambungan dari reward tadi. Setiap kali anak buat kelakuan yang lebih baik dan ikut peraturan kita bagi reward.
Baru dia nampak “why” & “benefit” jika dia ikut peraturan.
4 Create new habit
Risiko Screen addiction berlaku sangat besar bila rutin harian tu sama je setiap hari. Sampai satu saat ia membentuk habit yang tak boleh ditinggalkan.
Itu yang bangun je tidur anak cari telefon, nak makan je cari telefon, bosan je cari telefon.
5 Withdrawal process
Nak hilangkan screen addiction ni bukan mudah, ada withdrawal process yang kita kena lalui. Menangis, mengamuk, tantrum dan pukul pukul tu biasa. Kena tahu cara untuk handle situasi begini supaya proses withdrawal tu tak terbantut. Kalau terbantut alamatnya susah la nak hilang screen addiction anak nanti.
6 Screen time rules
Didik anak guna telefon & gajet dengan sihat dan betul. Itu gunanya screen time rules.
Telefon & gajet tak pernah salah pun, yang salah cara kita guna.
Ubat pun kalau salah guna boleh jadi dadah. Telefon & gajet pun sama, salah guna jadi la ketagihan.
7 Grounding technique
Sangat penting. Ini teknik untuk timbal balik setiap kali dah tengok telefon & gajet. Tujuannya supaya anak tak terkena Nature Deficit Disorder. Bawa anak buat aktiviti fizikal, outdoor, bawa tengok alam semulajadi dan lain-lain. Jika sehari screen time 30 minit, maknanya kena grounding juga 30 minit sehari. Baru seimbang emosi & jiwa anak-anak.
Tak adalah dia terlalu attach dengan gajet! Cegah lebih baik dari merawat. Tolong sampaikan formula ni pada pasangan lain juga supaya mereka alert sebelum terlambat.
Sumber: Mohd Fhais Salim
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Dulu Besarkan Kami 8 Orang, Tak Ada Duit Nak Buat Rumah.” Hargai Pengorbanan, Ajak Buat Rumah Untuk Ayah!

Pengorbanan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak hingga dewasa tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Justeru, sebagai anak kena selalu ingat dan menghargai setiap keringat dan penat lelah orang tua mereka.
Bagi pelakon dan pelawak terkenal, Ajak berkongsi rasa teruja apabila hasratnya untuk menghadiahkan rumah buat bapanya hampir menjadi kenyataan.
Dalam satu perkongsian, Ajak memuat naik gambar dia melawat ke tapak pembinaan rumah baharu bapanya, Razak Pakon di Kluang, Johor.
Dalam perkongsian tersebut, Ajak memberitahu rumah tersebut dibina khas demi untuk bapanya yang ingin memiliki kediaman sendiri selepas berpencen.
Biarpun rumah setingkat yang memiliki tiga bilik tidur itu masih dalam pembinaan namun, ianya sudah hampir siap.
“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah.
“Dah pencen baru ada duit…Allah hai…Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” katanya terharu.
Lebih menarik lagi, menerusi video tersebut Ajak turut membuat ‘tour’ sekeliling rumah yang berlatar belakangkan pemandangan indah dari Gunung Lambak.
“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada.
“Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ajak lagi, dia berharap agar kediaman tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini.
“Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun hadapan.
“Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,” katanya.
Ramai yang memberi reaksi pada perkongsian tersebut. Menurut mereka, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat ibu dan bapa sendiri gembira.
Malah ramai mengharapkan semoga segalanya berjalan lancar selain mendoakan ayah Ajak diberikan kesihatan yang baik.
Sumber: Astro Gempak
Suami Isteri Jaga Maruah Rumahtangga, Elak Zina Belakang Tabir.


ZINA BELAKANG TABIR
Baru-baru ni aku ada tengok satu video daripada seorang ustazah ni. Bercakap isu diluar kotak sikit. Aku rasa, korang perlu tau perkara ni untuk renungan dan muhasabah diri. Bacalah walaupun panjang. Mana tahu dapat manfaat dan ada disituasi ini.
Kata ustazah tu, ada sorang hamba Allah jumpa dia. Minta pandangan dia. Hamba Allah ni isteri orang. Dah ada berapa orang anak tah. Dia tanya Ustazah, anak nombor tiga dia perempuan. Nak kahwin. Tapi ada satu rahsia yang dia perlu bagitau ustazah ni supaya dapat bagi pandangan untuk masalah dia. Katanya, sampai sekarang suami dia tak tahu. Yang anak nombor 3 tu anak hasil persetubuhan dia dengan lelaki lain.
Ustazah tu tanya kenapa dia boleh confirm cakap macam tu? Dia kata, dia dah buat check medical bagai, memang konfem bukan hasil daripada hubungan dia dengan suami dia. Anak tu hasil persetubuhan haram dia bersama skandal dia waktu suami dia outstation. Jalan yang ustazah tu bagi, senang je. Memandangkan si hamba Allah ni betul-betul dah bertaubat dan menginsafi perbuatan lampau dia. Ustazah tu kata kena jujur dengan suami dia status anak tu yang anak tu bukan anak kepada suami dia.
Tercengang kejap hamba Allah tu. Tapi memandangkan dia betul-betul dah bertaubat. Dia ambil langkah untuk terus terang dengan suami dia. Akhirnya si suami ceraikan dia dan anak perempuan tu pula terus bencikan dia. Dia redha. Atas kesilapan yang dia dah lakukan.
Jom kita perhalusi lagi kes macam ni tuan-tuan.
Kalau aku lepak dengan kawan-kawan lelaki yang jauh lebih muda, aku suka ingatkan perkara ni. Kita lelaki. Kita pemimpin. Makna pemimpin tu sendiri melangkaui banyak perkara. Termasuk perkara-perkara remeh yang kesannya besar pada rumahtangga.
Bayangkan kes di atas. Isteri simpan rahsia sampai sikitpun suami tak perasan dan tak syak langsung. Berpuluh tahun. Aktiviti haram yang berlaku tak tahu berapa kali dibelakang suaminya. Dan beberapa tahun berlarutan dengan aktiviti maksiat. Maknanya sepanjang perkahwinan tu, isteri tetap melayani suami dia dengan baik, sebab si suami langsung tak datang syak pada si isteri. Macam mana suami nak tahu? Payah. Nak tanya? Sampai mati tak akan mengaku. Last sekali isteri menangis cakap kita dah tak sayang dia. Kita pun sejuk hati dan konfiden semula. Melainkan ada bukti nyata. Kalau kita tanya si suami pun, silap-silap suami cakap.
“Sungguh, saya tak sangka. Isteri saya cukup baik. Tak masuk akal dia boleh buat macam ni pada saya. ”
Kalau ikut pada apa Ustazah tu cakap lagi, ikut kajian dia tentang isu ni. Dia sendiri terkejut dengan apa yang dia kaji, tuan-tuan. Semua ni dah macam trend. Hari ini dia jumpa terlalu ramai isteri-isteri orang yang sangat baik tapi buat servis melayani nafsu lelaki lain demi menampung ekonomi suaminya tanpa suami dia tahupun. Niat perempuan nak bantu suami dia tu baik tak, tuan-tuan?
Baik!
Bila dia ada niat nak bantu suami dia tu maknanya apa tuan-tuan? Maknanya dia sayang suami dia. Dia buat servis macam tu, upah dia anggaran RM200 – RM500 sekali servis. Itu baru sorang. Mewah tak?
Mewah! Dan gila!
Okey kita pandang sudut sini pula. Niat isteri tu baik, si isteri pula sayang betul dengan suami dia. Tapi dia boleh ke arah tu. Mana logik dia tuan-tuan? Ini cerita yang servis lah. Belum cerita suka sama suka, cerita ketagih seks, dahagakan perhatian dan lain-lain. Tak masuk juga isu rindu dengan bekas pasangan yang jumpa semula di reunion.
Tuan-tuan, segala kegilaan ini ambil tahu tuan-tuan. Kelak esok menyesal tak sudah. Suka aku nak tanya, sepanjang perkahwinan ni pernah ambil tahu tak handphone isteri? Pernah ambil tahu tak berapa ramai lelaki yang bini whatsapp dan ada terlayan lebih-lebih? Apa? Privasi isteri? Islam tak pernah ajar ada privasi isteri bagai melibatkan sosial ni tuan-tuan. Lagi-lagi melibatkan bukan mahram.
Aku bagi point sikit lagi.
Tuan-tuan, kita yang lelaki ni sepanjang kita keluar berdepan jutaan manusia. Bila kita pandang perempuan yang sedap mata kita pandang, yang kita rasa geram tu. Kita pernah peduli ke isteri orang atau tak?
Tenang, aku nak kita nampak sudut yang lebih jelas sahaja.
Sepanjang di tempat kerja, kita mengusik, kita pandang dada perempuan dekat Office sama, yang kita cerita dekat kenalan kita pasal si perempuan yang kita geram tengok tu, kita pernah ambil tahu ke itu isteri orang?
Aku nak tanya lagi, tuan-tuan. Kita sebagai lelaki ni. Kalau tanya kita, perempuan ni senang ke nak ngorat? Majoriti kita cakap mudahkan tuan-tuan?
Pandang lagi diri kita. Sepanjang bekerja, bila ada perempuan jadi seronok ke tak seronok tuan-tuan? Best tak dapat buat kelakar dan bagi perempuan ketawa? Lagi-lagi perempuan yang kita tengok rasa geram. Kita pernah fikir dia isteri orang atau tidak ke tuan-tuan?
Semua yang kita fikir ni tuan-tuan, semua yang kita buat ni tuan-tuan. Semua lelaki buat perkara sama dan berlaku pada isteri kita di luar sana. Ada yang geram tengok isteri kita, ada yang membayangkan dapat bersetubuh dengan isteri kita, ada yang membayangkan dapat macam-macam lagi daripada isteri kita.
Nampak tak tuan-tuan apa yang kita perlu perinci lagi bila melibatkan rumahtangga ni?
Lagi-lagi kita di zaman teknologi tanpa batas. Segalanya dihujung jari. Hari ni kita bergaduh dengan isteri kita, isteri kita up posting di fB mengadu. Ramailah kenalan dia yang ambik kisah. Terutama sekali kawan lelaki. Bahaya tak tuan-tuan? Ramai lelaki buat perkara sama, tuan-tuan.
Hari jadi isteri, kita buat tak peduli. Kita kata isteri kita dah biasa tak sambut. Bila isteri kita keluar pergi kerja, ada kawan-kawan dia diluar sana termasuk lelaki-lelaki yang lama geram dengan isteri kita ni sambut birthday isteri kita siap nyanyi lagu selamat hari jadi. Sini saja sudah 1-0. Perempuan ini suka dihargai tuan-tuan. Perempuan sukakan perhatian.
Semoga kita selalu ambil tahu segala hal remeh diluar jangka ini. Berbalik pada islam, Islam ajar kita dah tuan-tuan. Tugas mencari nafkah tu diletakkan total atas lelaki. Bukan isteri tau tuan-tuan. Atas lelaki. Isteri pula nak keluar rumah waimah nak pergi masjid sekalipun wajib minta izin suami. Tengok sudut islam melarang pula isteri orang yang duduk berduaan dengan lelaki lain. Kalau suami izinkan sekalipun suami dikira dayus. Lengkap dah tuan-tuan.
Bukan suka-suka tu tuan-tuan. Perempuan ni perhiasan. Cantik. Potensi berlaku ke arah zina sangat tinggi. Tuan-tuan, kita duduk berdua dengan perempuan je lah tuan-tuan. Bersembang berdua. Jantung dup dap tak? Peduli tak dia isteri orang? Nak dijadikan cerita, dia pulak cantik. Dia punya perfume tu semerbak buat bulu roma tegak. Secara jujurlah tuan-tuan, masa tu si perempuan tu pandang tempat lain sekejap, mata kita tertumpu ke bahagian anggota badan dia yang mana tuan-tuan?
Cabaran sebagai suami tak mudah, tuan-tuan. Paling baik ialah kita jaga diri kita, jaga pandangan kita, inshaAllah Tuhan balaskan kebaikan pada kita semula. Nafsu ni dia tak kira siapapun, tuan-tuan. Takda alasan. Baik tok aji, baik pakar perubatan islam, baik yang nampak macam budak skema tak kenal pada seks ataupun lelaki berpengaruh yang banyak beri motivasi tentang akhlak sekalipun.
Nafsu adalah nafsu.
Ingat lagi kisah ahli ibadah yang hidupnya puluhan tahun beribadah kepada Allah semata akhirnya kecundang dengan nafsu shahwat bila termakan godaan wanita untuk melakukan zina?
Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau
P/s : Perubahan zaman membawa lelaki kepada tanggungjawab yang lebih berat. Kita leka, risiko atas kita semakin besar. Selalu ingat, macam mana kita geram tengok isteri orang lain, orang lain sedang buat perkara sama pada isteri kita. Semoga dijauhkan semuanya pada rumahtangga kita.