Geng Kereta Berkumpul, Bising Tengah-Tengah Malam. Lelaki Ini Tunjuk Sesuatu Buat Semua Terdiam

Share

Setiap orang ada minat yang tersendiri. Ada yang suka melakukannya bersendirian dan ada yang suka melakukan bersama kumpulan.

Malah bagi yang obses dengan aktiviti yang mereka minati, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan minat mereka itu termasuk mengeluarkan wang yang banyak.

Seperti yang berlaku di Damansara Avenue baru-baru ini, ia sememangnya menjadi port peminat-peminat kereta berkumpul kerana saiz parkir terbukanya yang boleh memuatkan kereta yang banyak.

Bagaimanapun kehadiran mereka membuatkan penduduk di kawasan perumahan berdekatan berasa kurang senang, lebih-lebih lagi mereka membuat bising dengan membuat ‘pop & bang’ pada waktu lewat malam.

Baru-baru ini tular satu klip video seorang lelaki marah peserta & pengunjung yang didakwa membuat bising sehingga mengganggu penduduk kawasan setempat.

Di dalam video berkenaan lelaki itu menegur orang ramai di situ sambil menunjukkan sekeping kertas yang didakwanya satu laporan polis mengenai aktiviti gathering tersebut.

Tindakan lelaki itu disambut baik oleh netizen, bukan sahaja berani menegur geng kereta terbabit seorang diri, bahkan untuk ‘keamanan’ penduduk setempat di situ yang sudah lama berhadapan dengan isu yang berulang itu.

Ada juga netizen menyatakan tidak salah untuk membuat car gathering kerana masing-masing mempunyai minat tersendiri, namun jangan abaikan kesejahteraan orang sekeliling.

Tidak kiralah berapa mahal harga kereta yang dibawa semasa perjumpaan, pastikan rasa ‘hormat’ dan ’empati’ terhadap orang lain turut dibawa bersama.

@lansilifechannel ini apa cerita #viral #fyp #lansilifechannel #motorsport #bisingkhel #kecohrayatiktok ♬ original sound – Lansi life channel

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club