Generasi milenial seringkali dianggap sebagai generasi yang beruntung kerana berada dalam zaman perkembangan teknologi yang luar biasa. Sayangnya, pakar kesihatan mendapati bahawa generasi ini sebagai generasi yang paling mudah sakit dan memiliki risiko mati muda paling tinggi dibandingkan dengan generasi-generasi sebelumnya.
Laporan yang dikeluarkan oleh Blue Cross Blue Shield menyebut generasi milenial mempunyai jumlah yang mati muda lebih banyak berbanding dengan generasi lain. Mereka mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan dan lebih cenderung untuk membelanjakan lebih banyak wang merawat masalah kesehatan.
Sebagai informasi, Blue Cross Blue Shield adalah salah satu syarikat insurans yang mempunyai lebih dari 100 juta orang yang berdaftar di Amerika Syarikat. Mereka mengeluarkan data ini setelah melakukan analisis bersama dengan Moody’s. Hasil dari penelitian ini kemudian diberikan ke Centers for Disease Control and Prevention (CDC), badan berautoriti yang mencegah dan mengendalikan pelbagai penyakit di Amerika Syarikat.
Kesimpulan dari data amat mengejutkan kerana dijangkakan sepuluh tahun akan datang, akan berlaku peningkatan kira-kira sebanyak 40% kematian dalam usia yang akibat pelbagai jenis penyakit. Akhirnya dibimbangi, mereka tidak mampu membiayai rawatan untuk masalah kesihatan mereka kerana kos yang semakin meningkat.
KEMURUNGAN ANTARA PUNCA
Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh generasi milenial ini adalah kemurungan, kemalangan dn kecederaan akibat kemurungan, kekurangan nutrisi (akibat tiada selera untuk makan makanan yang sihat) akibat gangguan kemurungan dan penyalahgunaan ubatan/dadah (akibat kemurungan).
Sebagai contoh, dalam tahun 2014 hingga 2017, jumlah pengidap masalah kemurungan di kalangan generasi milenial meningkat hingga 30 peratus. Kes bunuh diri, pembunuhan yang melibatkan masalah kemurungan, dan akibat penyalahgunaan ubat dan dadah akibat kemurungan semakin meningkat.
Ramai saintis menyebut ada beberapa cara yang boleh kita lakukan agar berada dalam keadaan lebih sihat. Antaranya:
1. Memperbanyakkan Pengambilan Sayuran Hijau
Sayuran hijau mempunyai kandungan mineral, vitamin, dan antioksidan yang tinggi dan mampu memperkuat sistem ketahanan tubuh dan menyihatkan saluran penghadaman. Ketahanan tubuh sendiri akan bertambah baik apabila system penghadaman kita menjadi bertambah baik. Kesihatan fizikal dan mental akan meningkat.
2. Selalu Berehat dengan Cukup Setiap Malam
Salah satu faktor yang membuatkan generasi milenial mudah sakit adalah tidak mendapatkan waktu tidur yang cukup setiap malam. Tak hanya karena faktor pekerjaan, ia juga boleh disebabkan oleh amalan bersukan, bermain gajet elektronik, menonton program di televisyen, dan hal-hal lain yang dilakukan pada waktu malam. Kurang rehat pada waktu malam ( dan tidak cukup tidur) akan mengganggu system daya ketahanan tubuh dan akan menyebabkan mendapat penyakit kronik pada waktu yang muda.
3. Rajin Melakukan Aktiviti Fizikal
Tidak dapat dinafikan bahawa melakukan aktiviti fizikal akan membuat kita menjadi lebih sihat dan tidak mudah mendapat penyakit. Lakukan setidaknya 30 minit setiap hari di waktu siang bagi mengatasi stres dan keradanganyang menjadi sumber utama berbagai macam masalah kesihatan.
Melakukan aktiviti fizikal juga akan membuatkan peredaran darah meningkat, menurunkan tekanan darah dan kolesterol, memperbaiki fungsi hormon, sekaligus memperkuatkan sistem daya tahan. Kita akan dapat mencegah diabetes, kanser, penyakit jantung, stroke, dan lain-lain jika rutin melakukannya. Tetapi lakukan pada waktu siang dengan mengikut kadar kemampuan kita.
4. Mendapatkan Bekalan Lemak Sihat dengan Cukup
Pastikan untuk kita mengambil makanan yang mempunyai kandungan kandungan minyak sihat (yang mengandungi omega 3) yang tinggi seperti ikan salmon, ikan tuna, dan kuning telur. Mengamalkan suplemen lemak sihat seperti minyak zaitun dan vitamin E juga boleh dijadikan pilihan untuk memperbaiki kesehatan tulang, jantung dan saluaran darah, serta sistem daya tahan tubuh. Kita juga sangat disarankan untuk menikmati sinar matahari pada waktu pagi setiap hari untuk memastikan tubuh mempunyai vitamin D yang mencukupi.
5. Tidak Merokok
Merokok adalah sumber dari pelbagai jenis penyakit kronik dan ia seharusnya dihindari. Begitu juga pengambilan alcohol, ubat-ubatan penenang yang berlebihan dos dan penyalahgunaan dadah.
Semoga ia bermanfaat.
Sumber: Smoothers, Hannah. 2019. Millennials Will Get Sick and Die Faster Than the Previous Generation. (Dibaca pada 8 November 2019)
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad