Isu kesihatan mental ini sememangnya bukan perkara baharu, tetapi bukan semua orang mahu berkongsi tentangnya kerana takut disalah erti. Apa yang membezakannya adalah masyarakat kini lebih didedahkan dengan kesedaran yang mendalam tentang isu ini.
Tak ketinggalan juga, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong turut berkongsi tentang kepentingan mengambil berat isu kesihatan mental terutamanya di generasi kini.
Dalam temu bual bersama portal Keluarga
, Alvin menyuarakan pendapatnya tentang perspektif dan pentingnya sokongan daripada keluarga terhadap ahli yang mempunyai masalah mental.@keluarga.my Isu kesihatan mental bukan perkara remeh, sokongan ibu bapa juga sangat penting. #alvinchong #mentalhealth #mentalhealthawareness ♬ original sound – Keluarga
[“Bagi Alvin, ada support system adalah sangat penting. Tapi Alvin faham juga tak semua porang dapat support daripada family sebab diorang tak faham,” katanya.
Dalam masa yang sama, Alvin turut berkongsi tanggapan orang tuanya terhadap isu kesihatan mental sebagai perkara mengarut.
“Kalau bapa saya punya generasi, kesihatan mental adalah satu benda yang mengarut. Bagi kita punya parent, dia rasa takde apalah ini alasan je, sebab tak nak belajar kan, sebab malas nak kerja kan, tak nak buat kerja rumah kan.
“Tapi sebenarnya, lately ni generasi kita banyak yang ada situasi yang berkaitan dengan kesihatan mental,” ujarnya.
Sementara itu, Alvin juga sempat memberikan nasihatnya kepada masyarakat di luar sana untuk menitikberatkan kesihatan mental dan mencari solusi terbaik dengan yang pakar.
“Nak bagitahu mental health seperti depression, bipolar atau ADHD bukan satu benda yang menakutkan cuma kalau dah ada kita kena cari solusi untuk menghadapinya supaya tak menganggu orang lain serta menjejaskan kerja kita,” tambahnya.
Selain itu, pelakon yang sedang menjalankan penggambaran drama Journal Sarahaeyo yang bakal ditayangkan di aplikasi Viu ini turut menyebarkan mesej tentang isu ini melalui video podcast yang dikongsikan di saluran Youtubenya.
Sumber: TikTok Keluarga