
Pelakon Intan Najuwa yang selamat melahirkan bayi sulungnya pada 15 Disember lalu kini semakin sihat dan pulih dari proses melahirkan cahaya matanya.
Malah Intan juga dilihat turut berkongsi momen berpantangnya di media social termasuk beberapa keping gambarnya bersama buah hati tersayang, Imane Lunara di Instagramnya.
Apa yang membuatkan wargamaya kagum pastinya dengan kecantikan asli Intan biarpun ketika dalam pantang dan proses pemulihan tubuhnya.
Malah Intan kini dilihat semakin sihat malah melemparkan senyuman manis bersama puteri kesayangannya bersama suami.
“In my girl mum era,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Melalui entri itu, Intan dilihat menggendong si comel Imane Lunara tanpa menunjukkan wajah comel si kecil itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut memuji kecantikan Intan malah tidak sabar melihat wajah Intan junior yang dikongsikan Intan nanti.
Terdahulu, Intan selamat melahirkan cahaya mata perempuannya pada 15 Disember lalu. Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos pada tahun dalam sebuah majlis yang diadakan di One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor.
Jaga-jaga Scammer, Percutian Keluarga Terbantut Gara-gara Homestay Tidak Wujud!

Dalam keterujaan kita ingin bercuti ke tempat-tempat peranginan, tentunya selain pilihan lokasi yang menjadi keutamaan pelbagai persiapan lain turut dilakukan bagi memastikan percutian berjalan lancar.
Seperti kebiasaannya kita pasti akan mencari hotel, resort, inap desa atau homestay yang selesa untuk kita sekeluarga dapat bermalam di lokasi percutian tersebut. Jika tiada tempahan awal dibuat, bimbang juga penginapan tersebut penuh dan ini tentunya boleh membantutkan sesi percutian yang dirancang.
Pun begitu, siapa sangka meskipun tempahan awal telah dibuat namun sampai masa dan ketikanya untuk checkin, penginapan yang ditempah tiada, hal ini pastinya menimbulkan tanda tanya dan misteri!
Ini sebagai mana yang dilaporkan di Sinar Harian apabila hasrat beberapa pelancong mahu menghabiskan percutian di Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap di sebuah kampung di daerah ini tidak wujud.
Seorang pelancong yang berjaya dihubungi, Masnawi Md Yusoff, 50 berkata, mereka sekeluarga mengalami perkara sama ketika ingin menyambung cuti di Terengganu setelah melawat beberapa lokasi di Kelantan.
“Saya menempah rumah inap ini secara dalam talian pada pagi Jumaat dan telah membayar sejumlah RM245 untuk menginap selama dua hari, dua malam iaitu pada 5 hingga 7 Jun.
“Saya tiba di situ pada Ahad lalu. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, saya gagal menemui rumah inap yang telah ditempah. Saya cuba menghubungi ‘pemilik’ rumah berkenaan beberapa kali namun talian tidak dijawab,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Masnawi yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, dia turut menemui beberapa individu yang tinggal berdekatan lokasi itu namun diberitahu rumah inap berkenaan tidak wujud di situ.
“Saya ada bercakap dengan penduduk yang tinggal di kawasan itu, mereka memberitahu homestay tersebut memang tiada.
“Lebih memeranjatkan, saya turut diberitahu, bukan sahaja saya yang menjadi mangsa malah sudah berbelas orang mangsa yang dipercayai tertipu dengan homestay yang tidak wujud itu,” ujarnya.
Kesal dengan kejadian itu, Masnawi bersama isteri dan dua anak mengambil keputusan untuk pulang ke Port Dickson setelah gagal mendapat lokasi untuk menginap.
“Saya cuba juga cari lokasi lain untuk menginap pada malam itu malangnya semua hotel dan homestay sudah penuh mungkin disebabkan musim cuti sekolah.
“Malam itu juga saya bertolak pulang dan tiba di Port Dickson pagi Isnin,” katanya.
Menurut Masnawi, selepas membuat bayaran penuh untuk penginapan, dia turut menerima emel susulan yang meminta tambahan bayaran sebanyak RM100 sebagai deposit untuk menginap di rumah itu.
“Saya abaikan sahaja emel itu dan tidak membuat bayaran tambahan sebab saya sudah jelaskan bayaran penuh.
“Kami sekeluarga rasa kesal dan telah melaporkan perkara yang berlaku kepada platform tempahan hotel dan penginapan yang digunakan,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Muhammad Sufi Soulhi Mohd Sufian, 18, berkata, perkara itu disedari berlaku sejak awal cuti persekolahan yang bermula pada Jumaat minggu lalu.
Terbaharu, katanya, dia terserempak dengan sebuah keluarga yang turut mencari rumah inap yang sama pada malam Isnin.
“Saya keluar rumah sekitar jam 7.45 malam untuk menghantar barang dan terserempak dengan sebuah keluarga dari Kedah yang turut mencari homestay berkenaan.
“Saya sudah maklum kepada mereka bahawa tiada homestay yang seumpama itu beroperasi di kawasan ini. Sebelum ini pun sudah ramai orang mencari homestay yang sama,” katanya.
Muhammad Sufi Soulhi turut memuat naik status di laman sosial Facebook pada Isnin dengan harapan agar pelancong dari luar Terengganu yang ingin menempah rumah inap lebih berwaspada supaya tidak tertipu.
Sumber : Sinar Harian
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Tak Bagi Isteri Jadi Ibu 24 Jam…”-Rupanya Begini Cara Dr Ni Ada Masa Dating Dengan Isteri!

Memastikan adanya masa berkualiti bersama pasangan, sebenarnya dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menyuburkan rasa cinta seperti di awal perkenalan andai terus dipraktikkan dalam rumah tangga.
Namun diakui mencari masa untuk berdua-duaan dengan pasangan tidaklah mudah. Apatah lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan ditambah pula dengan kesibukan suami mencari rezeki, manakala isteri pula banyak habiskan masa dengan mengurus hal rumah tangga.
Walhal itu semua bukan alasan untuk anda berdua tidak ‘berdating’, hal ini perlu diseimbangkan dengan kesibukan anda bekerja dan juga tugas mengasuh anak, urusan keluarga dan rutin mengurus rumah tangga.
Peruntukanlah masa untuk berdua-duaan dengan pasangan. Walaupun sibuk dengan urusan masing-masing, masa bersendirian dengan pasangan sebenarnya adalah momen penting dalam perkahwinan.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Dr Taufiq Razif yang menghalang isterinya menjadi ibu 24 jam. Bahkan dia selalu ingatkan dirinya juga bahawa dia bukan cuma seorang bapa semata mata.
“Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Saya tetap kena ingatkan dia bahawa dia tu bukan cuma seorang ibu semata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
“Jadi memang nak taknak saya akan ‘paksa’ dia dating dengan saya. Tak kisahlah ke kedai mamak ke, kopitiam ke mall ke atau di tepi sungai ke yang penting saya kena cari jalan untuk rehatkan isteri saya.
“Jadi tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri saya daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumahtangga.”
Balanced Life
“Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
“Jadi isteri saya pun akan ‘paksa’ saya untuk dating berdua dengannya semata mata untuk rehatkan saya daripada menjadi pencari nafkah sepenuh masa buat keluarga.
“Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insyaAllah nak jadi ibu ke nak jadi isteri ke nak jadi pekerja ke nak jadi bos ke boleh belaka dan yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!”
Meninjau di ruangkan komen, ramai antara netizen turut berkongsi coretan doktor ini dengan tag pasangan masing-masing dan rata-rata sedar betapa pentingnya meluangkan masa berdua-duaan dengan pasangan dan tidak kurang juga ada yang memuji cara dr ini melayan pasangannya.
“Baguslah camtu alhmdulillah anda sayang istri anda dan ibu kepada anak-anak anda. Tak ramai yang buat camni even isteri ajak keluar nak release kejap banyak alasan dikata mengada tak dilayanla dimarahla malah disuruh lagi isteri duduk rumah buat kerje rumah je jaga anak-anak, tulis Ummu Asmaa di ruangan komen.
Manakala Suree Chuah berkongsi cara dia dan pasangan menikmati masa berkualiti bersama, ujarnya “Saya dan husband akan coffee/dessert date sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selalunya lepas dinner. Tak lama pun. Dalam 30 minit je. Kadang-kadang beli kopi dari speedmart duduk lepak kat bangku depan rumah and sembang. Quality time ”
Begitu juga komen daripada Nisrinah Tayib, “Saya pun suka dating dengan suami Biasanya memang dia la yang ajak.”
Sumber : Taufiq Razif
ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Telinga Fokus Class, Tangan Suap Anak Makan & Mata Tengok Baby.” Isteri Saharul Ridzwan Kongsi Cabaran Ibu Berkerjaya!

Bergelar ibu dan dalam masa yang sama menguruskan perniagaan bukan lah mudah seperti yang disangkakan. banyak cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui terutama sekali dalam soal pembahagian masa. Itulah juga yang menjadi masalah buat Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir, Atau mesra disapan Deena yang mengakui tidak mudah untuk menguruskan perniagaan selepas bergelar ibu.
Isteri kesayangan akltu Saharul Ridzwan ini memuat naik hal tersebut menerusi perkongsian terbarunya di laman instagram miliknya.
Begitupun, dia tidak menganggap perkara itu sebagai halangan untuk meneruskan kerjayanya . bahkan, segala cabaran tersebut membuatkan dia menjadi tabah dan lebih bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan sebagai isteri dan ibu
Pasangan ini berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 2 tahun dan Fateema Azzahra pada 13 Jun 2020.
“Beberapa hari ini Deena Sibuk dengan online business class. Banyak sangat input yang kita dapat, tapi betul lah cakap suami @saharulridzwan.
“Belajar banyak mana pun kalau tak apply sia-sia je. Jadi Deena cabar diri untuk betul-betul focus dan bagi full commitment.
“Perasaan dia exactly macam nak menduduki peperiksaan akhir. Tapi disebabkan kita ni ada anak-anak kecil, memang sangat mencabar ya puan-puan.
“Sebab takde helper. Jadi kuasa supermom pun terkeluar lah sepanjang class. Telinga focus class, tangan sebelah suap anak makan, mata pulak tengok baby,” kongsinya.