Genap Sebulan, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Anak Positif Covid-19, Moga Jadi Iktibar!

Share
Ibu mana yang tak sebak apabila mendapat tahu anaknya telah positif virius paling bahaya dunia.
Melihat anak bakal di bawa ke pusat kuaratin menyebabkan sanggup berkorban menemani walaupun diri disahkan negatif.
Wanita ini, berkongsi kisah pilu ini setelah genap sebulan diri dan anak kembali menjalani kehidupan sepertia biasa setelah bebas virus covid-19.
Hari ni 9hb, genap sebulan ibarat mimpi buruk apabila anak sy, Zhafril Adam disahkan covid-19.
Sekarang baru ada masa dan kekuatan untuk menulis sedikit pengalaman sy tentang pandemic ni.
.
Sewaktu KKM call bagitahu second swab test anak sy Positif , waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis. Tak sangka sebab 1st swab kami sama sama Negetive . Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah. Bayangkan dah elok elok nak habis kuarantin, 2nd swab test pulak sangkut. Rasa lembik dunia berperang dengan perasaan. Kenapa bukan sy, kenapa anak yang kena. Macam macam soalan dtg masa tu. Anak yang tak mengerti apa apa, bagaimana nanti dia bersendirian kuarantin di hospital jaga diri makan minum sendiri? Waktu tu macam macam bermain di fikiran. Bengkak mata tak usah cakap time ni. Adam adalah anak yang sejak lahir tak pernah admit sakit apa apa, jadi bayangkan perasaan sy time tu?
.
Merayu dekat KKM agar ibu boleh teman. KKM benarkan dengan syarat ibu harus swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula. Takpe. Sy buat demi anak.
Jam 12.30pm Ambulans sampai, sy mintak mereka off siren supaya taknak jiran jiran takut atau cemas. Sepanjang 1 Jam lebih perjalanan ke Hospital, dalam ambulan sy lemah lembik. Dari pagi tak makan apa. Takde tenaga. Tapi anak sy mcm dah redha. Seolah mengerti dia akan diambik ambulan dan dibawa ke hospital. Seolah mengerti yang virus ni terlalu bahaya. Masa ni semua orang dah tau. Ada yang menyalahkan ada juga yang simpati. Takpe sy paham. Mentality orang kita tak boleh nak halang. Lagi pon covid ni penyakit baru. Masih dalam penyelidikan.
.
1.30pm sampai lah kami di Hospital. Terus dibawa ke satu bilik dan di kuarantin. Bermulalah episod ‘kurungan’ kami di suhu yang terlalu sejuk selama 10 hari
Kejap kejap makanan sampai, kejap kejap makanan sampai, makan tidur jela keje nya time ni
Petang tu juga KKM datang rumah buat sanitizer satu rumah.
.
Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doctor datang cek darah dan suhu akan pantau semua progresif anak. Macam biasa covid ni takde ubat. 100% bergantung kepada kekuatan sistem imuniti badan. Kalau demam doc akan bagi ubat demam/tahan sakit. Itu sahaja. Anak takde lagi swab sebab dah memang positif, tapi sy diswab untuk kali ketiga takut positif kerana kebolehjangkitan untuk sy kena adalah sangat tinggi sebab jaga anak yang positif.
Bila anak dah mula sakit tekak segala remidi dan petua sy buat untuk kuatkan antibodi anak. Rutin setiap pagi sebelum gosok gigi akan sy bagi dia kumur air garam selama 3 minit. Selepas gosok gigi, madu akan sy suapkan. Tengahari waktu makan, sy bagi vitamin C. Malam sebelum tidur, perahan lemon+madu adalah wajib. Semua tips yang sama juga sy buat untuk diri sendiri untuk kuatkan antibodi sy juga untuk melawan virus bahaya ni supaya tidak dijangkiti. Petua orang lama juga perlu diguna pakai sebab covid ni masih belum jumpa penawar hanya pencegahan.
.
Masuk hari ke 4, Anak bagitahu tekak dah tak sakit. Demam tiada, badan masih aktif. Doc bagitahu budak memang mudah kena tapi mudah sembuh juga kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan satu antibodi yang baru. Cuma dalam masa 3-8hari tu badan kena strong untuk lawan. Alhamdulillah syukur Adam kuat. Tapi jaga orang positif covid 19 ni sangat sangat particular. Kerana sy tidak dipakaikan pakaian PPE pun, semua tahu kan PPE costing sangat mahal. Dan hanya kakitangan hospital sahaja yg diberi. Jadi risiko sy terdedah kepada virus adalah sangat besar dan tinggi. Maka setiap 10 minit pegang sudu kena basuh tangan, sanitizer tangan. Setiap kali dekat dengan anak sanitized tangan, bagi anak sesuatu sanitized lagi. Masuk toilet sanitized lagi, pegang benda sanitized lagi.. Pegang barang sanitized lagi.. Naseb lerr tak kecut tangan dek sanitized je setiap 10 minit. Jenuhh oii
Swab ke 3, result sy Negetive juga. Alhamdulillah. Masa tu ready for swab ke 4. Masa ni dok pk jangan laa sangkut lagi. Dah tak sanggup nak nak sambung bercuti dalam ni  Almost 20 hari dah waktu tu kuarantin campur dekat rumah lagi. Mana tak tepuu
Dengan sejuk nya level level koreaaa. Suhu 16’c tak boleh adjust, Selimut 4 dok bantai, sweater pakai, mask 24jam, tangan pakai glove. Gigih tau p order kat shoppe tak tahan sejuk punye pasal.. Stokin dah macam berpantang tak pernah bukak. Serik menahan sejuk yang tak tahan maklumlah kita ni org kg  Ambik darah sampai lebam urat, cek jantung, swab lagi semua sy kena ye sebab mereka risau sy positif.
Alhamdulillah semuanya OK. Sehari sebelum balik, swab yang terakhir dijalankn. Dengan harapan result kali ni Negetif baru dilepaskan keluar. Cuak betul time ni  Sebab result keluar bergantung result swab test sy.
Dan… hari ke 9, Alhamdulillah.. my last result still Negetive. Doctor kata baru laa boleh disharge esoknya.
Esok nya disharge dan baru laa KKM akan datang ke rumah untuk cabut gelang pink. Baru laa tamat proses kuarantin dan bebas.
Masa tu feeling dapat bebas tu macam terlepas dari tali gantung tau leganyaaa
Benda ni satu benda baru dan pengalaman baru utk sy. Sy post sini tulis sini simpan sini biar jadi kenangan yg sy pernah ada pengalaman tentang covid ni. Biarpun kebolehjangkitan untuk sy kena lagi tu adalah tinggi. Sy seorang yg sangat sangat risaukan covid ni, menjaga sop, tapi Tuhan kasi juga sy untuk rasa melalui anak.
Tapi mungkin juga, kalau benda ni tak jadi, tak mungkin sy dpt ilmu pasal covid ni sbb sy bukan ada basic dalam bidang medic. Hanya pengalaman guru sy. Sy sangka sy tak kuat, kenapa sy diuji begini, tapi ternyata sangkaan Allah tu lagi tepat untuk hambanya.
Siang malam berdoa agar anak sembuh dan sy dijauhkan dari virus ini waktu tu. Kekuatan mental fizikal memang kena sgt sgt kuat time ni. Org sekeliling pun tak perlu nak menyalahkan sebab benda ni terlalu halus. Puas kita berjaga tapi tuhan pilih juga untuk lalui ujian ni siapa kita nak tolak? Sampai skrg sy puas fikir dekat mana anak kena sbb 1st swab Negetive. Sampai sekarang masih tak jumpa jawapan. Tapi Alhamdulillah setiap ujian Allah tu pasti ada hikmahnya.
Redha dan terima. Orang cakap sy kuat, berjuang seorang membesarkan anak. Tapi sejujurnya sy tak kuat pun. Kekuatan sy semua dari pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan sy melainkan pertolongan Allah. Semua dari Allah.
Terima Kasih untuk semua barisan fronliners staff KKM, nurse di Jempol & Hospital Rembau. Menjaga kami tanpa sebarang perasaan geli dan jijik. Doktor, nurse layanan sangat baik & ramah.
Tengok la mereka layan anak sy dengan baik sampai sanggup duduk mencangkung nak cek anak  Walaupon mereka sendiri penat, panas berlapis lapis sy saksikan mereka memakai pakai baju PPE dan berdepan dengan ‘musuh’ yang tak nampak dek mata kasar tapi layanan tu takde double standard langsung pun.
Semoga segala amal ibadah korang dikira sebagai jihad ke jalan Allah s.w.t. Terima kasih juga sahabat, teman teman yang tak putus mendoakan anak sy sembuh waktu tu melalui pm, whatapps, & dm. Hanya Allah yang mampu membalas atas doa kalian.
Covid 19 ni bukan benda main, sentiasalah amalkan penjagaan kendiri & patuhi SOP. Kita masih belum menang.
Kita Jaga Kita
Sumber: Nazra Azza

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club