Genap sebulan selepas dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu, pelakon, Dayana Roza tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Dayana yang mesra disapa dengan panggilan nama D berkongsi pilihan namanya dan suami buat putera sulung mereka.
Gabungan nama klasik dan moden. Begitu kata wargamaya mengenai pemilihan nama anak Dayana, Aryan Andika.
“Bismillahirahmanirahim, hari ni genap sebulan D lahirkan our precious baby boy, Aryan Andika Bin A’dale Adham @aaryanandika.
“Born on 30th december 2023 at 1.56am, weighing 3.02kg ( 37 weeks ), emergency c-section ( emlscs for acute fetal distress),” tulisnya berkongsi.
Ads
Melalui hantaran yang sama, Dayana turut berkongsi beberapa keping gambar terbaru bayinya dalam satu sesi fotografi tetapi tidak berkongsi wajah comel Aryan Andika.
Tambah Dayana lagi, detik kelahiran anak keduanya itu menjadi pengalaman paling berharga malah kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan Aryan akan diingatinya sampai bila-bila.
“Mama akan ingat sampai bila-bila rasa sakit sebelum dan selepas lahirkan @aaryanandika. Satu pengalaman yang mama takkan lupa sampai mati. Jauh beza dengan masa lahirkan @astridraheeya dulu tapi mama bersyukur Aryan sihat & selamat.
“Semoga Aryan Andika menjadi anak yang soleh, anak yang baik, mendengar kata, bijak, disenangi ramai & menjadi pelindung mama & astrid.
Ads
“Mama, Baba & Astrid loves you so much Adik Aryan 💖💖 Dengan ini mama isytiharkan kilang ditutup. Sekian terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Cahaya mata Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya sering dikatakan wajahnya seiras ayahnya. Malah Fatima juga sangat rapat dengan ayahnya sehingga mereka menggelarkan Fatima merupakan daddy’s girl. Perkongsian terbaru di Instagram ini sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.
Video filter Fatima dalam versi lelaki membuatkan ramai terkeliru. Wajah Fatima terus bertukar seperti ayahnya. Fatima juga dilihat agak malu-malu dan tergelak sendiri melihat wajahnya. Memang copy paste ayahnya Fatima ni.
Di ruangan kapsyen pula ditulis, ‘siapa yang kata anak daddy sangat tu?’ merujuk kepada netizen yang menggelarkan Fatima. Tetapi perkongsian ini nampaknya membuatkan makin ramai menyatakan Fatima sememangnya anak ayah.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bak kata orang, sejuk dan bahagia rumahtangga apabila anak perempuan mewarisi wajah ayahnya. Fatima ni versi perempuan Fattah.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju yang wajah Fatima sememangnya seiras dengan wajah ayahnya. Comel jer Fatima apabila melihat wajahnya bertukar. Nampaknya Fazura kena bagi adik lelaki pada Fatima. Selalunya anak lelaki ikut muka ibu pula.
Untuk rekod, Fazura telah mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya.
Perkongsian wanita ini yang cukup aktif menyertai event larian bersama suami, menarik juga untuk pasangan suami isteri yang lain menyertainya.
Dikatakan sekurang-kurangnya dua pertandingan larian disertainya dalam sebulan, malah tiga kali seminggu juga sesuatu yang biasa dilakukan pasangan ini.
Pun begitu, hendak dijadikan cerita pasangan ini sebenarnya telah berkahwin hampir 11 tahun, namun masih belum dikurniakan zuriat.
Namun dia perlu redho, ujian yang dilaluinya ada hikmat disebaliknya. Ayuh kita baca perkongsian daripadanya ini.
Salam
Sebelum ni saya pernah post yang saya berjaya turunkn berat badan dan penyakit darah tinggi saya pun dah tak ada..saya juga mohon mendoakan moga saya dikurniakan zuriat kerana tahun ni adalah tahun ke 10 saya berkahwin dan tak pernah memiliki zuriat..
Nak dijadikan cerita..atas usaha secara natural saya turunkn berat dengan aktif joging + join fun run + zumba الله makbulkan doa kami suami istri yang saya mengandung 2 bulan tapi sayang di saat kami menerima berita gembira tu kandungan tu tak boleh diselamatkan kerana saya dah bleeding teruk selama 12 hari..
Saya tak pernah tau yang saya dah mengandung..saya terlalu aktif bersukan..maybe baby tak boleh survive..dengan saya berdiet juga..takpe la macam mana pun saya kena redho..walau agak perit menerimanya..
Pasni saya kena berehat dari running..tak tau la berapa lama..sedih sebenarnya tapi untuk kesihatan diri terpakse rela untuk terima..
Imbas kembali
Sebelum start running..saya dulu suka joging..tapi bila lama-lama boring pulak..Jadi pada April 2018 saya mula join 1 fun run di tempat kerje saya..
Yangg betol-betul suka start larian ketika Milo Run 2018..Dari situ, detiap bulan saya dan suami akan join run. Paling tidak sebulan 2 event kami join. Kira aktiviti wajiblah setiap bulan untuk saya dan suami.
Lupakan buat sementara
Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana yang mengaminkn doa saya pada posting sebelum ni..tq korang..doakan moga saya terus kuat dah tabah dengan dugaan ni ye..
Pic run ni adalah yang terakhir saya join..masa ni bleeding teruk dah..ingat period pain je..rupanya benda lain…lepas dari keguguran saya ade 4 lagi event run..tapi sumua tu saya biarkan je..just ambik racepack je..medal memang burn..
Terkadang kita sering terlupa, dalam hidup ini ada keluarga orang lain lebih susah hidupnya.
Ini sebagaimana kisah yang telah dikongsikan oleh Puan Hayati Abu Hassan, isteri kepada seorang pembekal ayam.
Jika sebelum ini, setiap lebihan kaki ayam yang dipotong, sering dianggap sampah olehnya dan pengakhirannya kaki-kaki ayam tersebut ditanam untuk dilupuskan.
Namun hinggalah terjadi satu kes, yang membuatkan betapa hatinya tersentuh, dan ini perkongsian penuh daripadanya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah.
Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain.
Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi. Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer.
Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil.
Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.’Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah. Menangis saya baca. Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah.
Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.