Kejadian semalam gempar apabila seorang ibu melahirkan bayi di surau pusat membeli belah di ibu kota ketika berlangsung expo barangan bayi. Lebih menakjubkan proses bersalin ibu itu begitu mudah dan berlaku dengan pantas. Memang rare sekali! Dalam situasi ini ramai yang menghulurkan bantuan.Tabiklah!
Keadaan ibu dan bayi selamat setelah tindakan pantas orang ramai yang menghulurkan bantuan termasuk menghubungi operator kecemasan dan pasukan perubatan penganjur. Lebih menakjubkan bayi dan ibu dalam keadaan selamat sehingga mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.
Situasi yang mendebarkan ini dilalui olah salah seorang yang terlibat menghulurkan bantuan ketika kejadian itu. Ikuti perkongsian puan Tinie Badri ini yang merupakan salah seorang yang melalui detik cemas ketika saat membantu ibu muda ini yang dikenali sebagai Rynn bersalin semalam. Perkongsian ini begitu mengujakan buat mereka yang bergelar ibu.
Hari ni dalam sejarah yang tak mungkin mami lupakan. Hajat di hati ke TCE Baby Expo nak beli barang baby je, direzkikan Allah menyaksikan baby lahir depan mata. Allahuakbar.
Kisahnya lepas selesai membeli beberapa barang baby yg dihajati, kami pun turun ke surau. Selesai solat Maghrib, mami dan anak2 tunggu Dedi di luar surau. Takde kerusi di luar tu. Mami taklarat dah berdiri, jadi duduk bersila di lantai dengan Kaklong Dan Aira.
Tiba-tiba pintu di tepi mami terbukak, dan seorang ibu hamil bersama seorang kawannya masuk. Dan kawannya beritahu “Nak bersalin dah ni”. “Ha??? Ke contraction je?” Mami menyedapkan hati “Tak, dah nak keluar” kata ibu tadi sambil menurunkan seluarnya. Oh my.. paniknya
“Ya Allah Ya Allah tolong tolong panggil ambulan, nak bersalin dah” mami menjerit bagitau orang sekeliling. Hp mami out ??♀️ Kawannya kata tak sempat dah tolong cover dia dengan kain. Ya Allah serious mengeletar mami masa ni. Mami dan sorang lagi di situ tolong tutup ibu yang dah terduduk di hujung sudut. Baby dah selamat dilahirkan. “Allahuakbar, Allahuakbar”. Mami masih panik, kawan ibu tu tadi dah menangis sambil pegang baby ?syabas buat kawannya yang berani!
Dedi tolong bagi kain pelekat dari dalam surau untuk cover ibu tadi, ada seorang makcik sedekahkan kain batiknya untuk selimutkan baby.
Ada seorang perempuan cakap dia nak call ambulan tapi basement tu takde line, dia akan naik call di atas. Mami mintak dia bagitau pak guard sama. Seorang perempuan pulak bgtau dia akan call organizer. Rupanya sis ni exhibitor di situ, tokey butik Mumdreams dengarnya tadi mujur dia ada no organizer. Dan seorang lagi lelaki yang ada di situ bantu call kecemasan. Alhamdulillah dapat.
Mami sempat bercakap kejap dengan operator kecemasan yang bertanyakan keadaan baby dan ibu. Mami bagitau baby ada menangis, mata berkedip dan ada pergerakan. Ibu pun sedar. Kami disuruh selimutkan baby. Masa ni kawan yang pegang baby pun dah lenguh bertinggung. Mami tolong pegang baby tu sementara dia betulkan duduk. Allahuakbar nak nangis rasa dapat pegang baby yang masih basah. Lembut, bersih, Comel sangat. Baby boy
.Kemudian pasukan Medic organizer sampai dan sambung bercakap dengan pihak hospital, suuh cari tali diorang nak guide untuk ikat tali pusat. Jenuh kami cari tali ? last kami jumpa tali yang kat face mask dalam beg Medic tu. Mami tarik je tali tu ? pihak medic tu pun ikat tali pusat baby. Masa ni uri tak keluar lagi. Ibu ni dah rasa rengat sakit perut.
Mak ibu yang melahirkan dah sampai di situ. Dia memang datang bersama ke expo tu tapi berpisah sebab anaknya nak ke hospital dnegan kawannya. Katanya takpe selawat usap je perut nanti keluar la. Kagum betul makcik ni tenang cool je. Orang Brunei makcik ni. Elok makcik ni cakap memang keluar urinya. Allahuakbar sebelum ni mami tak pernah tengok real uri tu macam mana. ? Organizer pun ada datang membantu. Katanya ni first time baby TCE lahir kat event, diorang akan contact untuk bagi hadiah special untuk ibu ni.
Ada yang menghulurkan air mineral. Ada yang tolong pegang kain cover dari jadi tontonan. Ada yang tolong pegang fon untuk team medic tu bercakap dengan hospital. Ada yang tolong suluh dengan lampu fon masa team Medic nak ikat tali pusat. Ramai yang membantu.
Tak lama kemudian ambulan datang. Alhamdulillah kejap je tali pusat dipotong. Baby dan ibu dibawa ke HKL ? Alhamdulillah .Dah setel baru mami sedar kain mami ni basah kena air ketuban n sedikit darah
? rezki mami yang tak pernah bersalin normal dan tak berpeluang pun nak normal yg ketiga bulan depan ni, untuk tengok macam mana orang bersalin normal depan mata.. baru tau air ketuban tu mcm mana
Terima kasih pada semua yang membantu. Baik2 semuanya. Rezki ibu tu mudah je melahirkan. Pukul 7 katanya start sakit, dia bersalin tu dalam 7.30-7.40 mcm tu. Sempat ibu ni bersembang agaknya sebab dia banyak jalan tu mudah bersalin
Sumber:Tinie Badri dan TCE Baby Expo