Kehadiran zuriat dalam rumah tangga adalah anugerah yang tak ternilai kurniaan dari Yang Maha Esa. Ada yang diberikan rezeki menimang cahaya mata awal, tak kurang yang terpaksa melalui pelbagai ujian dan dugaan.
Bagi yang menempuhi perjalanan IVF untuk mendapatkan cahaya mata bukan lah semudah yang disangkakan. Kesakitan, emosi dan pelbagai lagi ujian terpaksa dilalui namun semuanya ditempuhi dengan sabar demi untuk bergelar ibu.
Demikian juga dengan pelakon dan hos, Siti Elizad yang sebelum ini berkongsi pengalamannya dalam menjalani rawatan IVF. Terbaru, dalam laman instagramnya, Elizad meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya “ Mandul “ tempoh hari .
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu , terkejut , semua ada . Macam mimpi , dapat berckp dgn Tuanku Permaisuri yg saya sendiri jadikan idola dlm cerita perjalanan ivf saya . Sungguhnya ,
Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dgn kisah saya yg bukanlah siapa2 . 🙏🏻
Tuanku berikan kata2 semangat , bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17kali tempuh perjalanan ivf . Memang menyakitkan . Hanya yg mengalami sahaja yg merasai .
Tiada kata yg mampu saya gambarkan , terlalu gembira dapat berbual2 dgn Permaisuri yg disayangi semua . Sungguh2 keibuan .
Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi ? “ . ❤️
To all ttc squad , we are fighters. People can say whatever they wish .
Hanya kita sesama kita yg melalui nya .
For those yg kecam & ckp “ nak buat anak pun nak bising2 “ .
Not to be afraid or malu berjumpa dgn pakar . Nak semua #ttcsquad come forward .
Harap this one clear . ❤️
Tiada paksaan pun utk ikuti kisah saya . Terpulang pada followers .
I just share my journey here .
Jadi x salah kiranya saya berkongsi perjalanan ivf saya & pengalaman bersama mereka yg senasib dgn saya . Spread love semua . Not hate . Terima kasih . ❤️
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul wareseen 🤲🏻
Sumber: Instagram Siti Elizad