“Gembira Berat Dah 1kg, Cuma Sayu Masih Bergantung Pada Bantuan Mesin.” Abby Abadi Mohon Titip Doa Buat Anaknya

Share

Abby Abadi baru-baru ini berkongsi perkembangan terbaru mengenai anaknya, Muhammad Danial Firman yang masih menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya, Abby memaklumkan Danial masih bernafas menggunakan bantuan mesin.

Tambah Abby lagi, walaupun berat anak kesayangannya itu sudah bertambah namun terdapat beberapa perkara yang membimbangkan.

Abby juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Danial.
Muhammad Danial Firman Faizal
.
Tepat 12 tengah malam (28November2019) dah 63hari usia Baby D kita. Syukur Alhamdullillah
.
Terima Kasih ALLAH
.
Maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial ni.. takut tersalah info huhu
.
Malam ni ada sedikit yg Sy buleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira & ada berita sayu .
Yg gembiranya ialah beratnya dah 1kg


.
Dan yg sayunya Baby D masih bergantung pada bantuan mesin utk bernafas. 83% Sy lama tak tengok yg tu.. sbb sibuk nak tahu pasal berat badan dgn susu yg diperlukan je. Suami @jaiezzany yg perasan peratusan tu tadi


.
Banyak lagi isu lain yg memilukan sebenarnya… cuma.. Sy berserah segalanya kepada ALLAH SWT yg Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti DIA Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNYA
.
Mohon DOA berterusan ye Sahabat disini utk Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama Abahnya… Amin,” tulisnya.

Abby melahirkan Danial pada 27 September lalu di Hospital Sungai Buloh secara pembedahan selepas mengalami tanda-tanda untuk bersalin.

Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi dan ibu. Bayi pra-matang tersebut dilahirkan hanya seberat 535 gram sahaja.

Sumber: IG abby_abadi112