Membeli emas untuk pelaburan mahu pun untuk kegunaan sebagai perhiasan wanita, diakui memang mempunyai harga dan nilainya yang tinggi.
Oleh itu tidak hairanlah aksesori emas ini sentiasa ada permintaannya walaupun harganya semakin hari semakin mencanak naik, tetap akan dibeli.
Pun begitu, siapa sangka emas yang berat timbangan dan mahal nilainya itu ada sebahagiannya terkandung besi.
Pastinya, tiada siapa menyangka perkara ini boleh berlaku. Ini sebagaimana perkongsian daripada wanita ini yang membeli emas dengan harga RM3k, namun kecewa bila ingin menjualnya semula dek kerana ada besi di dalam emas tersebut.
Nak tahu lanjut kisahnya itu, jom baca perkongsian ini.
Orang dok share ‘gelang golongan bangsawan’ katanya hihi
Ads
Sekadar berkongsi pengalaman..penah beli dan pakai 3 tahun yg dulu
Gelang ni masa beli memang mahal, ikut harga semasa mengikut berat (gram)..tak ingat dah beli brapa dan berat berapa masa tu..tp 3k keatas
Dipendekkan cerita nak let go gelang ni sbb appak dia nak pakai duit ada hal kecemasan(ku relakan sbb dia yg belikan huhu)nak pinjam kat orang segan kan.
Ads
So offer tanya kt group ‘emas used’di fb sapa yg nak ambik harga paling mahai..so ada sowg saudagar emas ni tawar harga emas agak tinggi masa tu,so ingat boleh untung la kan jual emas masa harga tengah tinggi..huhu
Tapi sangkaan ku meleset..huhu rupa2nya gelang jenis mcm ni ada besi gais di dalam dia..besar dan berat plak tu haha..
Ads
Masa beli, besi tu ditimbang sekali mengikut harga emas..masa nk juai tukang emas akn patahkan dan buang besi tu dan hanya timbang utk harga emas sahaja.haha
Aku tertipu..dan baru ku tahu..
So pada sesiapa yg nk beli gelang mcm ni beringat lah..klu nak pakai sekadar suka2 buat tukar2 xdak hal..klu nak beli pastu nk juai mcm sis ni rugi lah kan..pastu gelang mcm ni tak sesuai nk buat basahan sbb dlm dia kosong ,mudah kemek dan bengkok..tapi simple n nice hihi
Ada orang kata kalau tak cukup kelengkapan memang tak boleh sediakan hidangan lebih-lebih lagi kalau menu pastri. Ini memandangkan menu pastri ini kerja memasaknya sedikit rumit dan perkakasan untuk memasaknya lebih khusus.
Namun bagi yang kreatif, itu semua bukan halangannya jika sudah teringin jika tiada loyang, oven atau sebagainya dicarikan akal untuk dapat disediakan juga. Contohnya memasak tart telur atau ada juga yang panggil pai susu dengan menggunakan periuk nasi. Cukup unik dan menarik untuk dicuba.
Resipi dan cara membuatnya telah dikongsikan oleh Empayar Annur dan semoga jika ada sesiapa antara anda yang teringin memasaknya, bolehlah mencuba!
Pengalaman mengerjakan umrah bersama ahli keluarga tentunya menjadi kenangan yang begitu manis untuk dikenang. Apatah lagi dengan melakukan ibadah ini akan menjadikan jiwa seluruhnya menjadi lebih tenang dan hubungan kekeluargaan juga menjadi lebih akrab.
Menyentuh tentang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga, pastinya sebelum ke sana tentu ada persiapan-persiapan rapi yang harus dilakukan agar perjalan umrah menjadi lancar. Apatah lagi, jika itu merupakan ziarah pertama kali.
Sering juga kita terbaca perkongsian tentang persiapan yang harus dilakukan di media sisoal, namun berbeza dengan perkongsian nan satu ini. Bila mana Puan Afidah Ayob menyenaraikan tip dan panduan umrah bersama anak istimewa, sebagai mana apa yang telah dilakukannya.
Jom semak.
TIPS DAN PANDUAN MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA ANAK ISTIMEWA.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, agar kami dapat mengunjungi rumah-Mu yang agung, menziarahi Rasul-Mu yang mulia, pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya bersama satu keluarga dalam keadaan kami yang terbaik.”
A PERSEDIAAN SEBELUM
1) DOA
Doa ialah senjata orang mukmin. Dari saat kita menetapkan hati untuk pergi menunaikan umrah bersama anak istimewa, pintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan dan dipermudahkan.
Aiman kami khatankan beberapa bulan sebelum pergi menunaikan umrah pertama kami dahulu.
3) AGENSI UMRAH
Carilah agensi umrah yang boleh dipercayai dan yang dicadangkan oleh mereka yang pernah pergi (Contoh: THO Travel & Tours , Andalusia Travel & Tours)
Pastikan agensi dapat menyediakan tempat penginapan seperti diiklankan. Banyak kes yang berlaku, bila sampai di haramain, hotel yang diberi sudahlah tidak sama seperti yang dijanjikan, kurang selesa malah jauhnya berganda.
Sebaiknya ambil bilik untuk satu keluarga untuk memudahkan penjagaan anak bersama dan pilih pakej yang menawarkan hotel yang dekat dengan masjid. Boleh lakukan carian di google map atau di internet.
Maklumkan kepada pihak agensi tentang kondisi anak istimewa yang bakal kita bawa bersama untuk mereka mengambil langkah yang sewajarnya. Pastikan kita maklumkan kepada pihak TA jika anak kita perlu membawa tabung oksigen kerana TA perlu menghantar surat kepada pihak penerbangan lebih awal untuk tindakan lanjut.
Dalam hal ini, alhamdulillah, kami sekeluarga pergi menunaikan umrah secara persendirian. Jadi kami dapat memilih hotel mengikut bajet kami dan paling penting kedua-dua hotel yang diduduki hanya di seberang jalan masjid.
4) KESIHATAN
Ikhtiar untuk meningkatkan ketahanan tubuh anak termasuk mengambil suntikan tambahan, mengambil supplements dll.
Jika anak mengalami epilepsi, pastikan membawa surat pelepasan daripada doktor di hospital bagi ubat terkawal.
Pastikan juga stok ubat sawan atau ubat-ubat lain mencukupi. Tips : Simpan di beberapa tempat berasingan. Cth : Bawa dalam ‘hand luggage’ dan beg besar. Jika ada kecemasan, kita masih punya stok yang disimpan di tempat lain.
Ambil maklumat daripada TA tentang lokasi hospital terdekat di Makkah dan Madinah. Sekurang-kurangnya, jika berlaku kecemasan dan wakil TA tidak dapat dihubungi, kita dapat membawa anak terus ke hospital.
5) CARA MEMBAWA ANAK DI HARAMAIN
Stroller tidak dibenarkan sama sekali memasuki masjid. Ada ruang untuk tempat penyimpanan di luar tetapi risiko untuk diambil orang masih ada. Hanya kerusi roda dibenarkan dibawa masuk terus ke masjid. Jadi jika mahu membawa anak bersama ke masjid, pertimbangkan samada mahu membawa kerusi roda atau ‘baby carrier’. Jika masih mahu membawa stroller, beli sahaja stroller yang agak murah supaya kita tidak terkilan jika diduga kehilangan.
6) CUACA
Untuk persiapan material, minda dan fizikal, lakukan sedikit pencarian tentang cuaca di bulan kita bakal pergi kerana cuaca di sana agak berbeza dengan cuaca di Malaysia. Panas dan sejuknya kering menyebabkan kulit cepat kering dan pecah.
Pengalaman menunaikan umrah dalam dua musim berbeza membawa kenangan yang tersendiri. Suhu pernah turun hingga 7 darjah celcius semasa kami tiba di Madinah.
7) PERSEDIAAN FIZIKAL
Walaupun anak tidak boleh berjalan semasa mengikut kita untuk menunaikan umrah, bawa anak juga bersama dalam aktiviti supaya dia biasa dengan keadaan yang bakal ditempuhi semasa tawaf atau bersaie. Namun, jika berhasrat untuk mengendong anak, pastikan anda berlatih dalam keadaan yang sama.
B. SEMASA DALAM PERJALANAN
1) Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup semasa mula melakukan perjalanan kerana perjalanan ke Makkah akan mengambil masa minimum 9 jam jika tanpa henti.
C. TIBA DI HARAMAIN
1. Memandangkan dataran di Masjidil Haram dalam proses renovasi, jemaah yang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa agak terhad. Kerusi roda mungkin tidak dibenarkan sama sekali di dataran waktu jemaah biasa ramai di dataran.
Ini cadangan kami berdasarkan pengalaman.
2. Mengendong anak semasa tawaf umrah wajib perlu dipertimbangkan kerana bimbang melanggar syarat sah tawaf khususnya untuk memastikan anak tidak buang air semasa kita mengendong.
Selepas itu, suami ambil giliran menjaga anak dan isteri pula melakukan tawaf sebelum sama-sama pergi untuk melakukan saie.
3. Tempat tawaf di tingkat atas disediakan untuk mereka yang berkerusi roda. Jaraknya tidak sama dengan di dataran. Dataran boleh mengambil masa hanya 15 minit jika suasana lengang tapi di tingkat satu, tawaf boleh mengambil masa selama sejam untuk tujuh pusingan sejauh kira-kira 7km.
2. MELAYAN KARENAH ANAK
Berlapang dada jika kita tidak dapat berjemaah setiap waktu di masjid jika anak nampak kurang sihat dan letih. Beri peluang kepada suami untuk berjemaah di masjid. Usai solat, suami berilah keizinan kepada isteri untuk pergi pula ke masjid.
Jika ingin beriktikaf di masjid, bawa bersama sedikit bekalan makanan dan minuman untuk anak dan barang-barang keperluannya. Bawa sekali spray wuduk untuk berwuduk. Jika wuduk terbatal, kita dapat mengambil wuduk semula tanpa perlu keluar daripada masjid.
3. MEMASUKI RAUDAH
Berdasarkan pengalaman, cuti sekolah bulan Mac selalunya antara waktu puncak sibuk di haramain. Saya tidak galakkan isteri membawa anak yang kecil untuk memasuki Raudah kerana risiko berhimpit-himpit memang tinggi, bimbang anak terlepas daripada pegangan dan terjatuh. Sebaliknya, mungkin suami boleh membawa anak untuk masuk ke Raudah.
Terdapat laluan untuk pengguna kerusi roda bersama penjaganya menuju ke Raudah. Cuma ada masa, keadaan menjadi agak tidak terkawal di dalam bila jemaah daripada laluan biasa cuba pula memasuki kawasan pengguna kerusi roda ketika mereka sudah hampir keluar daripada Raudah.
Kami turut catatkan perjalanan umrah pertama kami di buku “Lihat Langit Tinggi-Menggapai Impian Aiman”.
Labbaika Allahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, inal hamda wan ni’mata laka wal mulka laa syariika laka. (Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu)
Kesusahan hidup itu menjadikan kita lebih gigih dan nekad untuk berjaya. Ia menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan demi ibu ayah dan keluarga.
Kemiskinan itu mendidik hati seseorang itu menjadi seorang itu tabah dan berjaya dalam hidup.
Sejarah telah membuktikan kemiskinan itu telah melahirkan ramai jutawan dan ahli akademik yang berjaya.
Sebagaimana perkongsian seorang lelaki di facebook Dr Mohammad Rahim Kamaluddin yang memiliki kelulusan PhD mengimbau kisah keluarganya ketika lampau.
Terjumpa slip gaji ibunya hanya berjumpa RM260 membuatkan hati sebak. Dengan gaji itu, dapat membesarkan anak-anak walaupun hidup miskin. Ayah pula bekerja buruh.
Sempat memberi nasihat kepada warganet, usah bimbang anak yang dilahirkan dengan serba kekurangan mampu berjaya dalam hidup.
Terjumpa slip gaji mak yang hanya 260.00 (slps tolak pinjaman awal dan kwsp) pada tahun 2001. Masa itu, mak kerja sebagai tukang sapu di SJKT Menglembu.
Sy bangga jadi anak orang miskin yang pernah bekerja sbg tukang bersih (mak) dan buruh kilang (arwah ayah).
Kepada mak cik/pak cik/abang/kak dan sahabat yang bekerja sbg pekerja biasa, dont give up! Anak Tuan/Puan boleh berjaya suatu hari nanti. Kami doakan.
Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa bangga dengan cara lelaki berkenaan. Berjaya dalam hidup walaupun keluarga serba kekurangan. Malah ada yang berharap ia menjadi teladan kepada keluarga lain.