
Pernah tak pakai gelang, tup tup boleh tercabut? Rasanya macam dah tutup rapat dah cangkuknya, tapi macam mana boleh tercabut pula gelangnya. Kalau tercabut sahaja tak mengapa, kes hilang tercicir ni sedih juga la rasanya!
Kalau anda nak tahu, pengcangkuk berbentuk S antara yang paling mudah tersangkut malah lebih senang tertanggal walaupun dah pasang dengan ketat.
Dah tu, macam mana nak elak daripada benda ni berlaku? Haaa ini dia jom ikuti perkongsian dari pemilik akaun Tiktok, Mexsu_empire nak tunjuk cara betul untuk pastikan gelang lebih tahan lama, tidak rosak dan tercicir dengan mudah.
Tip untuk gelang yang ada cangkuk S!
Elak dari buat macam ni!
1. jangan buka cangkuk ke atas macam ni.
2. jangan tindih cangkuk macam ni.
Cara betulnya..
1. Bila buka cangkuk ke depan bukan ke atas.
2. Bila tutup cangkuk pastikan dia rata dan tak bertindih.
Boleh rujuk video di bawah ini untuk lebih faham caranya
Watch on TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata baru tahu cara betul yang diajar seperti pemilik akaun Tiktok ini. Malah ada juga yang berikan tip lain dengan ikat benang pada gelang.
Sumber : Tiktok Mexsu_empire
“Projek DIY Musim PKP.” Ayah Ni Belajar Ikut Google, YouTube & FB Bina Kolam Renang Mini Untuk Anak!

Menarik perkongsian saudara Eddy Azuan dalam menghasilkan mini kolam renang untuk anak-anaknya. Walaupun belajar melalui youtube, google dan juga facebook, namun hasilnya memang memuaskan.
Ibu bapa yang nak cuba boleh lah belajar melalui perkongsian ini.















“Projek DIY musim PKP : Kolam Renang Mini”
Alhamdulillah..
Akhirnya jadi reality juga projek ni…
Memang nak mula bertangguh tanguh.. tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO… iyer.. sorang2… jaga SOP kan..😅😅😅.. adalah cuba dibantu oleh anak2…. tapi 3 minit ja dia bertahan.. 🤣🤣🤣
Buat projek ni hasil kajian dari GOOGLE , YOUTUBE dan FB…
Ni saya kongsikan step2 yg perlu lalu utk bg jadi… mana tau ada yg nak cuba DIY juga..
*Awas.. nak DIY projek ni mmg MAKAN MASA, TENAGA, dan KULIT PUN LEGAM dibuatnya🤣🤣🤣
Terima kasih sokongan isteriku Syuhada Kamil !!!! Tanpamu mmg tiada ketenangan utk fokus pada kerja2 ni…
*Ok.. projek dah siap, saya nak FOKUS balik kepada BISNES… Nak sewa/jual/beli rumah PM sy.. kasi settle A to Z
Idea Kreatif Deko Dapur Sempit Yang Mak-Mak Boleh Tiru Untuk Susun Banyak Barang. Simple Tapi Praktikal!

Memiliki ruang dapur yang luas menjadi idaman buat ibu-ibu yang suka mendekorasi ruangan ini. Apa lagi bagi mereka yang suka membeli barangan dapur baik periuk, kuali, tuppaware dan pelbagai lagi.
Tetapi bagi yang memiliki ruang dapur sempit, pasti pening kan nak mengatur letak barangan. Jadi, admin kongsikan tip dari Puan Mas Izzuawanie yang berkongsi tip menerusi facebook MJ Greenade Baby Shop. Semoga bermanfaat!
Kita nak share deco ruang dapur kita.
Keluasan dapur cuma 6 kaki x 12 kaki. Tolak table top tu, tinggal la lebar 3 kaki.
Masih banyak boleh diperbaiki. Tapi sekadar nak beri inspirasi rumah orang yang mempunyai barang banyak tapi dapur sempit.
Disebabkan dapur sempit, so kena manfaafkan ruang dinding.
Disebabkan ni hanya rumah kuarters & kemungkinan bertukar-tukar tempat sangat tinggi, jadi hanya guna rak buku sebagai kabinet.
– Skirting ni kita dapat dalam RM 50. Siap dapat tape yang kuat.
– Bahagian atas kita just guna kotak ape yang ada, boleh dibaiki dengan bakul yang lebih baik.
– Periuk nasi / blender kita letak di depan sebab ruang sempit sangat
Microwave pun selamat letak di atas rak.
* Bracket tu kita baru tambah lagi untuk kukuhkan lagi rak buku ni.
*Bekas bekas paling kita suka. Kurus. Jimat ruang dapur.
Sinki paling best. Lengkap semua. Dalam sinki tu bekas nak letakkan sisa makanan. Nak buat baja untuk tanaman belakang rumah.
Minyak dah guna & belum guna.
Minyak dah guna ni, kita plan untuk dijual bagi diproses kepada biodisel.
Ice box ni penting untuk kita membeli barang barang. Selalunya saya beli stok bahan mentah untuk 2 minggu. Jarak ke pasar mengambil masa lebih kurang 46 minit. Jadi wajib ada ice box bagi memastikan kesegaran bahan mentah.
Tong sampah perlu bertutup sebab xselera tengok sampah. Haha
Ruang bawah sinki.
Kabinet memang tiada. Jadi kita guna extendable rack, trolley & storage box untuk menambahkan ruang penyimpanan
Kita drill penyangkut baju besi ni untuk gantung penapis & 2 lagi kuali kita. Sebelah dia ni kita simpan stok sabun basuh baju + beg plastik untuk guna semula.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Malaysia #QuranHour Ke-7 Angkat Tema Solusi Ilahi Formula Menuju Malaysia Berbudi & Penyayang

Program #QuranHour dianjurkan oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama TV alHijrah, Sinar Harian, rakan sinergi media yang lain dan juga Rumah Ngaji seluruh Malaysia meneruskan misi Malaysia Quran Hour untuk kali ke-7.
Program tahun ini berlangsung isnin lalu menerusi medium Microsoft Teams dan TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi. Kali ini membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan 7 surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.
Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada Mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran.”
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu. Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club