Gelagat Spontan Fatima, Mencuit Hati Warganet. Fazura Dan Fattah Pun Terkejut!

Share

Apabila anak-anak semakin membesar tentu pelbagai gelagat yang mencuit hati ibu bapa. Perkembangan buat anak-anak itu pastinya meninggalkan momen yang indah.

Buat selebriti Nur Fazura dan pasangannya, Fattah Amin, kelahiran cahaya mata, Nur Fatima Aisya sudah tentu memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.

Fatima yang kini berusia empat bulan, semakin aktif meneroka dipersekitarannya. Terbaharu, menerusi instastory milik Fazura, memberi tahu anaknya tidak sabar untuk menjamah hidangan ketika menikmati masakan ibu tersayang.

 

Menerusi Instagram fattzuralovelife, turut memaparkan gelagat Fatima memegang pinggan seakan ingin menjamah hidangan. Fazura dan fattah pun terkejut dengan gelagat puteri sulungnya itu.

Kesiannya anak mommy, tak sabarnya nak makan nasi.

Dalam pada itu, gelagat fatimah yang memegang pinggan yang mengandungi nasi mencuit hati warganet. Antaranya:

“Fatima dah taksabarr nak makan nasii dahh tu.

“Eeee gerammmnyaaa tau budak cute ni hahaha sabar k..ur turn will come soon ok Fatima sayang.

“Sabar Fatima… sikiiittt lagi boleh makan solid.

“Lembut nya suara daddy Fatima, selamba jer baby Fatima nak mkn jugak.

“Fatima geram nak tau apa depan dia tu.  Alolololo.

“Comelnyaaa mommy panggil Fatima.

Sumber: fattzuralovelife