Ramai ibu bapa inginkan anak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dengan lancar. Ada yang menghantar anak ke kelas tambahan atau mengupah guru datang ke rumah.
Menarik dengan perkongsian seorang bapa ini, apabila latihnya anaknya bercakap bahasa Inggeris di dalam kereta setiap kali balik dari sekolah dengan cara merakamnya.
Bapanya berkongsi rakaman itu menerusi Tiktok miliknya, osman_affan
menunjukkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun sedang menceritakan kejadian yang berlaku sepanjang berada di sekolah.
“Salah satu cara saya bantu anak-anak saya yakin bercakap dalam Bahasa Inggeris.”
@osman_affan Salah satu cara saya bantu anak-anak saya yakin bercakap dalam Bahasa Inggeris. #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #SmartStudy #osmanaffan ♬ original sound – Osman Affan | SmartStudy
Ramai Yang Beri Pujian
Meninjau di ruangan komen ramai yang teruja dengan pendekatan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Ada yang memintanya tip cara mendidik anaknya.
Sumber: osman_affan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club