Peranan ayah sebagai ketua keluarga adalah tanggungjawab yang berat. Sehingga karektor ayah digambarkan sebagai seorang yang garang dan tegas. Malah, dengar suara ayah pun berderau darah. Berbanding ibu yang bersikap lembut dan penenang jika dimarahi ayah.
Oleh kerana itu, ada segelintir ayah dianggap serius oleh anak-anak. Sehingga wujud jurang dalam keluarga. Jika bercakap pun hal yang penting sahaja. Lebih-lebih lagi jika diajak bergambar, tentu sukar. Bagaimana pun, situasi berbeza pula bagi Mega Zarif yang mempunyai ibu bapa yang sporting.
Melalui perkongsian di twitter miliknya beliau memaparkan aksi keluarganya bergambar dalam kegembiraan termasuk ayahnya. Lebih menarik, ayahnya berlari laju semata-mata ingin turut serta dalam rakam video. Tanpa disangka, rakaman video keluarga bahagia ini telah dikongsi hampir 30,000 retweet dengan setengah juta tontonan. Menariknya!