Gelagat Anak DP Eina Azman Makan Petai, Tarik Perhatian Netizen.

Share

Perkongsian pelakon Datin Paduka Eina Azman mengenai masakan sering mendapat perhatian peminatnya.

Begitu juga, gelagat anak-anaknya juga sering dimuat naik di instagramnya.

Terbaru, Datin Paduka Eina Azman muat naik video anaknya, Karl Kareef mengunyah petai secara mentah.

Biarpun video  nampak biasa-biasa tetapi apabila anak kecil mengambil petai dan mengunyah ia adalah gelagat yang mencuit hati. Bayangkan bau petai itu dan rasa pahitnya. Namun anak DP Eina makan ulam itu tanpa kekok.

Malah video itu dilihat hampir 500,000 tontonan ini menyaksikan salah seorang anak kembarnya itu ibarat ikut jejak langkah si ibu yang juga penggemar petai.

Kata Karl apabila disoal, “I like petatai.”

Nyata,  netizen melahirkan rasa  kekaguman melihat gelagat si cilik ini mengamalkan ulaman  petai.

Foto : Instagram Eina Azman