
Perkongsian pelakon Datin Paduka Eina Azman mengenai masakan sering mendapat perhatian peminatnya.
Begitu juga, gelagat anak-anaknya juga sering dimuat naik di instagramnya.
Terbaru, Datin Paduka Eina Azman muat naik video anaknya, Karl Kareef mengunyah petai secara mentah.
Biarpun video nampak biasa-biasa tetapi apabila anak kecil mengambil petai dan mengunyah ia adalah gelagat yang mencuit hati. Bayangkan bau petai itu dan rasa pahitnya. Namun anak DP Eina makan ulam itu tanpa kekok.
Malah video itu dilihat hampir 500,000 tontonan ini menyaksikan salah seorang anak kembarnya itu ibarat ikut jejak langkah si ibu yang juga penggemar petai.
Kata Karl apabila disoal, “I like petatai.”
View this post on InstagramLike mother like son gituuu??? @aubreykarl
A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
Nyata, netizen melahirkan rasa kekaguman melihat gelagat si cilik ini mengamalkan ulaman petai.
Foto : Instagram Eina Azman
Surah Al A’la, Mak Ayah Baca, Tiup Supaya Anak Senang Ingat Jawapan Soalan Peperiksaan

Isi Kandungan
ToggleSurah Al A’la, Mak Ayah baca, tiup supaya anak senang ingat jawapan soalan peperiksaan. Musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan tempoh yang penuh debaran bagi para pelajar tingkatan lima di seluruh negara. Ia bukan sahaja menjadi ujian akhir persekolahan, tetapi juga penentu kepada hala tuju masa depan mereka.
Surah Al A’la, Mak Ayah Baca
Keputusan SPM sering dilihat sebagai “tiket emas” untuk melangkah ke alam pengajian tinggi, vokasional, atau bidang pekerjaan. Oleh itu, persediaan yang rapi dan strategi pembelajaran yang berkesan amatlah penting.
Tiup Supaya Anak Senang Ingat Jawapan Soalan Peperiksaan
Peranan ibu bapa juga penting sepanjang musim peperiksaan ini. Sokongan moral, doa, dan galakan mampu memberikan semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha. Elakkan memberi tekanan yang berlebihan kerana ia boleh mempengaruhi prestasi pelajar.
Berikut perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh III ini. Untuk bagi kuatkan daya ingatan anak-anak serap ilmu yang dipelajari selama ini. Bolehlah anak-anak mahupun mak ayah mulakan dari sekarang ya.
Amalan Elak Lupa Apa Jua Ilmu Yang Dihafal Masa Belajar
Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu.
2) Ambil segelas air kosong.
3) Baca Surah Al A’la ini.
4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat.
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan di pagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Mak Ayah Pun Boleh Buat, Baca, Tiup Dan Doakan
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa reda Allah taala.
Silalah share ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Sumber: Mohd Fadli Salleh III
Baca artikel lain juga: Hari Pertama Peperiksaan Bertulis SPM, Sokongan Padu Ibu Bapa Sedia Sarapan Untuk Anak-Anak
5 Makanan Otak Yang Disyorkan Pakar Untuk Anak SPM
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Sepatutnya Duduki Ujian Bertutur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Pedih Sikit Tapi Berbaloi. Tak Sampai 10 minit Siap.” Ummi Nazeera Kongsi Prosedur Buat Ujian Saringan COVID-19 Drive Thru!

Pelakon Ummi Nazeera memuat naik satu video sedang menjalani ujian saringan COVID-19 dari dalam kenderaan (drive thru). Ummi dalam masa sama turut mendedahkan keputusan yang diperoleh selepas melakukan saringan itu.
Menurut Ummi, dia mengambil inisiatif sendiri mengikut saranan kerajaan supaya menjalani ujian saringan covid- 19 bagi mereka yang baru pulang dari luar negara. Dia juga turut mengkuarantin selama 14 hari
Hasil sample yang diambil pada bahagian tekak dan hidung menunjukkan beliau negatif daripada virus berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni… Walaupun KKM suruh quarantine sahaja..
“Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni .. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap !
Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone !! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .
View this post on InstagramA post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Sumber: umminazeera
Manisnya Ayat Fedtri Yahya Hargai Pengorbanan Isteri Tersayang

Bahagianya sebuah perkahwinan itu apabila suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Malah lebih bahagia, bila suami begitu menghargai isteri.
Sebagaimana rasa kekaguman hati pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya kepada isterinya, Anati Ismail yang menjadi tulang belakangnya untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Perkara itu dikongsi oleh Fedtri menerusi entri di Instagram (IG) miliknya. Lebih menarik lagi, pada hari ini adalah Hari Wanita Sedunia. Bertepatan sangat ucapan yang ringkas penuh tersirat oleh personaliti ini.
“Wanita hebat ada di depan mata…”
“berjuang membesarkan putera – puteri harapan syurgawi ? ( sentiasa berperang di waktu pagi ?) demi sebuah ilmu.”
Fedtri dan Anati Ismail telah berkahwin pada 28 Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2 dan yang terbaru, cahaya mata keempatnya Ahmad Firaas Mevlana yang baru berusia 3 bulan.
Sumber: Instagram fedtriyahya