


Selalu bila gel ni dah kering mengecut kita terus buangkan.
Satu tips Yong nak share, bila kering rendam gel dalam air semalaman, taraaa esok nya akan kembang balik and wangi tu still elok ya.


P/S: sekali saja rendaman lepas tu bila dah kecut blh letgo
Kredit : Aine Soaudi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.
Amal 3 Surah Dan Niatkan Hati Sebelum Berkahwin, Ibu Pelajar Cemerlang Terengganu Ini Kongsikan Tipnya Nak Anak Berjaya, Contoh Untuk Semua!

Siapa yang tidak bahagia bila mana anak yang dikandung, diasuh dan dididik sejak kecil, cemerlang dalam berbagai bidang. Malah diangkat menjadi Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Terengganu pada tahun 2016 adalah satu perkara yang cukup membanggakan hati seorang ibu.
Bagi Hajah Dahliana Mohd Dagang dan suaminya, Hj Mohd Fauzi Ibrahim, kejayaan anak kedua mereka, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang dianugerahkan Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu 2016 serta memperolehi 11A+ ini adalah satu pemberian dari Allah.
“ Saya amat bersyukur kerana Allah makbulkan doa dan pengharapan saya untuk membawa satu lagi bukti kepada masyarakat bahawa pelajar yang menghafaz dan
memartabatkan Al Quran, mempunyai peluang cerah untuk cemerlang dalam akademik,” luahnya di atas kejayaan Husna.
Tidak hanya Husna, malah kesemua adik beradiknya yang lain turut sama cemerlang dalam pelajaran dan ilmu agama. Anak sulung kepada pasangan ini, Muhammad Shakir, telah khatam hafazan di usia 17 tahun, dan bakal melanjutkan pelajaran ke Australia pada Februari ini. Turut sama cemerlang dengan memperolehi 11A dalam SPM 2014.
Manakala anak ketiganya, Muhammad Nuruddin, merupakan peserta daurah pertama yang berjaya khatam hafazan 30 juzuk dalam masa kurang dari 4 bulan. Sarah Mursyidah,14, pula merupakan pelajar tingkatan dua Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kedah. Sementara anak bongsu pasangan ini, Muhammad Luqmanul Hakim, 7, masih lagi bersekolah di Tahun 1, Sekolah Rendah Islam Al Maarif, Sg Petani.
Kongsi Tip Amalan Sejak Kecil
Kejayaan tak datang dalam sekelip mata pada tempoh yang singkat. Bagi pendidik ini, asuhan untuk kesemua anak-anaknya sudah bermula semenjak dalam
kandungan. Ini yang dikongsikannya.
“Sebenarnya sebelum kahwin lagi kita kena niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min dan baitul da’wah lillahi taala. Nak lahirkan generasi soleh dan solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Seboleh-bolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.
Amalkan juga tiga surah ini daripada awal kehamilan lagi iaitu Surah Maryam, Luqman dan Yusuf. Sentiasa berzikir dan baca Al Quran kepada anak-anak dari
sejak lahir lagi.
Kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji. Permainan perlu berunsur pendidikan, kurangkan lagu-lagu dan hiburan yang sia-sia. Solat berjemaah amat penting supaya rahmat dan barokah lebih melimpah ruah.
Kami ibu bapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala suami pula bekas pelajar MRSM Kulim dan berlulusan Professional Accounting dari UK.
Jadi Husna adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang
menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak dan pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi perbelanjaan bulanan tapi itulah namanya
pengorbanan.
Bercerita soal pemilihan makanan, saya biasanya pastikan makanan yang halal dan baik, periksa dahulu bahannya untuk pastikan kandungan terjamin halal.
Pastikan membeli dari penjual yang menjaga syariat Islam misalnya penjual menutup aurat dengan sempurna.
Kalau makanan sunnah memang kami amalkan, cuma agak kurang berdisiplin tetapi Husna memang sentiasa dibekalkan dengan susu, kismis dan kurma setiap hari oleh pihak sekolah.
Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Sentiasa berpesan pada anak-anak supaya menjaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling.
Sentiasa tolong kawan-kawan dan baik pada guru-guru.
Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkn segala sifat-sifat mahmudah, kita sediri kena terlebih dulu mengamalkannya.
Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah dan kita tidak makan makanan yang haram.
Apatah lagi usaha untuk mendidik dan membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada aummah.
Paling penting kita sebagai ibubapa tunjukkan contoh yang baik dan perlu sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat.
Saya amalkan doa yang dikongsi Ustaz Kazim Elias iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin,” katanya berkongsi serba sedikit amalan yang dilakukannya pada anak-anak.
Bagi ibu ini, besar harapannya untuk melihat Husna dan adik beradiknya menjadi hafiz hafizah yang masyi dan mengamalkan ajaran Al Quran demi menjadi insan
yang bermanfaat kepada orang lain; berbakti kepada ummah demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
Guna Kunyit Dan Madu Jika Mahu Bibir Cantik Dan Tidak Merekah. Wow, Jom Cuba Petua Superb Ini!

Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, cuba praktikkan petua ini. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari kerana bahannya mudah didapati dan yang penting selamat. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Perkongsian oleh Afieyzea Aleeschaylee untuk anda yang mempunyai masalah bibir kering dan pecah selain mengelakkan ia kehitaman.
Haa, hari ini Afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita perempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir dan semestinya kunyit tetap ada dalam setiap petua.
Bahan-bahan:
Kunyit
Madu
Cara-Caranya:
- Campurkan kunyit yang di tumbuk halus ke dalam madu
- Sapukan pada bibir
- Biarkan 10 minit dan gosok rata bibir
Khasiat kunyit untuk bibir:
- kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka..
- kunyit juga kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir kehitaman..
- kunyit juga mengandungi anti-inflamasi juga membantu mengurangan kehitaman pada bibir..
Khasiat madu untuk bibir :
- membantu memberi tona / memerahkan bibir secara semulajadi
- mengubati bibir kering rosak , pecah & hitam
- melembabkan bibir
* Tips – tips lain , jangan terlalu kerap menjilat bibir anda ianya akan membuatkan bibir bertambah kering , minum air putih secukupnya.
*Buat banyak boleh simpan dalam peti nanti boleh pakai lagi.
Suami Jangan Syok Sendiri, Cari Apa Isteri Mahu Ketika ‘Bersama’!

Adakalanya demi menjaga hati sang suami, ada isteri yang sanggup melupakan soal rasa dan kehendak hati yang diinginkannya ketika ‘bersama’ suami.
Biar tidak merasa nikmatnya asalkan suami bahagia. Sudahnya ada isteri yang mula menjarakkan hubungan intim secara perlahan-lahan. Menjarakkan setelah tidak rasa lagi nikmat dan keseronokkan bersama.
Bersikap tidak terbuka antara satu kesalahan besar yang dilakukan si isteri. Tak perlu menjaga hati sebaliknya cuba sampaikan secara baik supaya suami tahu apa yang diinginkan oleh isteri kesayangannya. Barulah nikmat dan bahagia dapat dikecap bersama.
9 cara ni suami kena ambil perhatian. Isteri pun janganlah buat tak peduli. Kena beritahu dan kongsi dengan suami. Sembilan ini antara yang disukai oleh isteri. Tak percaya, cuba!
Sebenarnya ada beberapa perkara yang disukai oleh wanita ketika berhubungan seks dengan pasangan. Anda perlu tahu cara terbaik melayani pasangan ketika melakukan hubungan intim bersamanya di ranjang.
1. Hubungan intim bukan sahaja keperluan dan kewajipan bagi suami isteri tetapi satu terapi untuk setiap pasangan. Namun jangan terlalu memaksa isteri ketika mahu berhubungan kerana baik suami atau isteri, kedua-duanya perlu ceria dan suka melakukannya. Kalau isteri penat, jangan paksa.
2. Isteri paling sukakan mood yang ceria dan menggembirakan sebelum aksi seterusnya. Apa salahnya suami bawa isteri makan malam istimewa untuk membangkitkan mood gembira isteri. Kemudian barulah fikirkan langkah seterusnya.
3. Suami diingatkan agar tidak menyakitkan isterinya ketika sedang berhubungan. Kawal diri dan sesekali tanya pasangan, bimbang ia menyakitkan. Paling penting isteri kena selesa.
4. Mood malam pertama cukup disukai isteri. Mungkin mengimbas momen ketika pertama kali ‘bersama’ buat isteri bangkit ghairah. Layanlah isteri dengan sebaik mungkin, usap mesra dan manja. Situasi ni buat isteri lebih selesa dan ‘hangat’.
5. Sebagai suami, anda juga perlu tahu cara terbaik untuk memancing hati isteri ketika berhubungan. Pujian adalah kunci buat suami. Pujilah segenap inci tubuh isteri, barulah keyakinannya bertambah dan terasa hebat untuk diterokai. Berikan pujian paling ikhlas!
6. Kajian menunjukkan sebahagian besar wanita lebih menyukai hubungan intim di waktu pagi. Tubuh lebih segar, bertenaga dan mood romantik juga buat wanita lebih teruja untuk bersama. Suami kena tahu ni!
7. Isteri paling tidak gemarkan lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihannya. Bersih, wangi dan mood selesa yang diberikan suami buat isteri lebih bangkit rasanya. Wajib tahu ni!
8. Wanita paling bahagia bila mana mendengar bisikan ghairah daripada suami secara lembut di telinga. Sambil menghembus nafas hangat secara perlahan-lahan di telinga, buat isteri terangsang.
9. Isteri paling menyukai aktiviti ringan sang suami. So suami jangan malas ya!