Gebunya Kek Marble Moist Ni. Nak Buat Pun Guna Sukatan Cawan. Memang Legend!

Share

Kek adalah hidangan wajib pagi raya selain lemang atau rendang. Ia menjadi salah satu kuih raya yang mesti ada untuk seisi keluarga menjamu selera pagi raya. Kek yang ringkas dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan buat ibu-ibu dalam menyediakan hidangan pagi raya. Ia termasuk kek Marble yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu.
Menerusi facebook, Mariana Zainal resipi kek marble moist yang dikongsi beliau telah menarik perhatian ramai apabila cara penyediaannya begitu mudah hanya mengunakan sukatan cawan dan bahan penyediannya juga ringkas. Selain sukatan cawan, beliau juga menyertakan sukatan menggunakan gram untuk kek yang sama. Apa lagi, jom buat kek untuk raya esok.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

KEK MARBLE MOIST

 

Resipinya(SUKATAN CAWAN)


1 cawan butter ( guna marjerin pun boleh)
3/4 cawan gula castor ( sy kisar gula pasir jer)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum ( ayak)
1 sdb baking powder (ayak)
1 sdt esen vanilla
3 sdb susu pekat manis
2 sdb serbuk koko..
(guna loyang saiz 6@7)

Ni resipi yang GUNA SUKATAN GRAM

250g butter
200gram gula kastor(sy guna gula pasir dan kisar)
5 biji telur gred B
220gram tepung naik sendiri@ tepung gandum biasa pun boleh(ayak)
3 sdb susu segar @ cair
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecik perisa vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Cara sama sahaja…(kek pada gambar sy guna sukatan gram)(guna loyang saiz 7@8)

Caranya penyediaan:
1)Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.. masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan.. masukkan esen vanilla..tepung gandum..baking powder…kaup balik jer.. .masukkan susu pekat manis.. gaul sebati..

2)Bahagi adunan kpd 2 bahagian..adunan pertama warna asal/plain… kedua letak serbuk koko…Sapu marjerin pada loyang saiz 6inci @ 7inci dan lapik kertas minyak..

3)Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah2 loyang.. .jgn ratakan.. biar jer..kemudian ambil 1 senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi…jangan ratakan juga…ulang hingga habis…


Panaskan oven suhu 170′ ..bakar selama 45minit atau hingga masak…api atas dan bawah.

 

Siap! Makan ketika panas memang sedap. Selamat mencuba dan selamat hari raya!

Sumber: Mariana Zainal